Bergaya ala Indah Nada Puspita

Warna mengikut undertone.png

Setiap kali terpandang wajah wanita yang bergaya anggun tapi ringkas dalam penampilannya..saya pasti terdiam kaku (sambil cuba mengamati keistimewaan personaliti mereka). Dan ternyata, Indah Nada Puspita antara mereka yang istimewa.

Bersahaja tetapi hadir dengan penuh versatil, begitulah ungkapan yang dapat saya berikan. Ramai lagi contoh selebriti (baik dari dalam atau luar negara) yang mungkin dapat saya kongsi rahsia penggayaan mereka, tetapi jom… apa kata kita mulakan dengan Indah Nada Puspita ?

Percaya atau tidak, ramai wanita yang sering bertanyakan saya akan rahsia penggayaan dan suai padan. Dari pilihan warna, jenis fabrik, suai padan baju, kesesuaian mengikut bentuk tubuh, dan pelbagai persoalan yang menjadi dilema kebanyakan wanita hari ini. Ahh.. mungkinkah anda antara daripada mereka ? ūüôā

Screen Shot 2017-09-26 at 3.55.11 PM

Dan saya juga percaya…ramai yang bakal menyangkal , dan berkata… “Ah..orangnya cantik, pakai apa pun pasti cantik” .. atau “Ah.. artis, mestilah kena cantik selalu”.

Daripada terus membiarkan diri ditenggelami emosi negatif dan keyakinan diri yang semakin mengurang, apa kata kita belajar dan aplikasikan serba sedikit tips yang saya nak kongsikan di sini?

RAHSIA#1

Beliau bijak bermain dengan warna. Indah Nada Puspita seorang yang berundertone sejuk (cool undertone) di bawah musim Summer.

  1. Di dalam penggayaan, bagi seorang wanita Muslimah, warna hijab sebenarnya lebih cantik jika ia dipilih dan dipadankan dari warna yang paling minimal terdapat pada baju tersebut.
  2. Dengan memiliki kelebihan berundertone sejuk atau cool undertone, warna tudung yang cenderung kepada tona yang cerah dan lembut akan memberikan efek yang lebih WOW kepada si pemakainya!
  3. Tidak hairanlah , beliau memilih soft pastel teal , bukan mustard yellow atau magenta yang terdapat pada kimono long cardigannya.

RAHSIA#2

Keseimbangan dalam gaya.  Tidak disangkal lagi, beliau sememangnya seorang ikon fesyen yang mempunyai sense of style tersendiri.

Menyebut tentang keseimbangan , apa yang perlu diperhatikan adalah

  1. Jumlah warna yang terdapat di dalam gaya tersebut
  2. Penggunaan aksesori dan jumlah POI
  3. Keseimbangan antara pilihan warna tudung dan baju
  4. Solekan dan keharmonian keseluruhannya

Ramai yang beranggapan dengan mengenakan warna tudung yang lebih terang menyerlah, baju yang penuh hiasan , aksesori lengkap seperti cincin, gelang, rantai, kerongsang, tali pinggang, subang – bersaiz besar dan bling bling , solekan ala gaya nak ke majlis makan malam yang akan memberikan efek WOW kepada si pemakai.

Malangnya , sangkaan itu hanyalah impian mereka bergelar yang fashion victim atau mangsa fesyen. Uhhh… saya harap anda tidak tergolong di antara mereka di bawah kategori ini ya!

RAHSIA#3

Suai padan dengan hanya mengulangi warna yang sama di dalam satu gaya. Ya,  berikut adalah salah satu strategi mudah yang boleh anda praktikkan. Antara kesalahan yang perlu dielak ketika menyuai-padankan pakaian dengan hijab :-

  1. Jangan cuba ulangi warna hijab dengan warna paling banyak / besar yang ada pada baju tersebut. Pilih sebaliknya.
  2. Jika hijab anda jenis bercorak , maka pilihan warna baju hendaklah diulangi dengan memilih warna yang paling minimal pada hijab tersebut.
  3. Tidak mengapa , jika anda memilih warna yang paling banyak pada hijab untuk diulangi pada baju. Cuma kesan efek WOW! agak kurang menyerlah di situ..

RAHSIA#4

Tidak melebihi 4 warna. Pastel teal, mustard yellow, teal, magenta. Walaupun anda mungkin perasan bahawa latarbelakang kimononya berwarna putih. Tidak mengapa kerana ia merupakan warna asas dalam baju ini dan ditenggelami di sebalik coraknya.

TIPS OLEH PERUNDING IMEJ EMI IDURA

RAHSIA#5

Suai padan menggunakan RODA WARNA. Untuk penggayaan , beliau menggunakan skim warna triad (rujuk segitiga di atas) .

Nak tahu apa itu Roda Warna dan bagaimana nak suai padankan menggunakan alat ini ? Jangan lupa , dengarkan perkongsian saya mengenai topik Roda Warna di http://bit.ly/SuaiPadanGayadenganRodaWarna

RAHSIA#6

Point of interest (POI) yang minimal iaitu dengan hanya menggunakan aksesori seperti jam di tangan. Ya, less is more!

  1. Solekan di muka (checked!)
  2. Baju dan tudung bercorak (checked!)
  3. Kanta lekap berwarna  (checked!)
  4. Aksesori di hijab (checked!)
  5. Aksesori fesyen seperti jam tangan, gelang, tali pinggang , rantai berfesyen, cincin di jari (checked!)

Wanita yang tampil versatil tidak memerlukan banyak POI untuk menunjukkan status mereka, atau terlalu berusaha untuk menyerlahkan diri. Mereka simple tetapi cukup menawan!

Nah, duduk bergaya  di atas trolley bag seperti Indah Nada Puspita pun sudah vogue! Anda, bagaimana pula?


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, atau anda ingin menjadi sebahagian daripada kami (Perunding Imej dan Warna Profesional) , sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.

 

 

 

Jenis Fabrik Pilihan Menggemukkan Anda?

 

Semua wanita idamkan kecantikan 2-3

Percayalah…Tiada siapa yang mahu dirinya digelar gemuk, gempal¬†atau dilihat berisi dari berat badan biasa. Bagaikan satu perkataan taboo , jika disebut atau diungkap, ia seperti satu panahan hebat dan berdesing juga rasanya di telinga. Anda pernah alaminya? Ya sudah tentu..

Di sebalik lambakan trend fesyen semasa di pasaran, adakah anda dapat mengenalpasti jenis fabrik yang perlu dielakkan agar gelaran gemuk , gempal atau berisi itu tidak terkena pada diri sendiri ? (jika YA, tahniah!)

Bagaimana pula jika anda seorang shopaholic dan tidak mampu membezakan apa yang terbaik untuk bentuk dan jenis badan anda ? Nah, bentuk dan jenis badan adalah 2 perkara yang berbeza ya.

Apapun cabaran bentuk badan anda hari ini Рmesej utama adalah berpakaian agar kelihatan langsing , kurus dari biasa bukan ? Tipu jika anda katakan, objektif  berpakaian hari ini sebenarnya untuk kelihatan lebih besar dan gemuk (kecualilah jika anda sememangnya sangat petite dan kurus!)

Langsing dan kurus bukan hanya di badan, tetapi muka juga. Ramai yang terlepas pandang dan hanya menekankan kepada pembelian pakaian sahaja (agar mencapai objektif kurus itu tadi) tetapi sebaliknya muka pula tetap nampak berisi.

Sejujurnya, dengan lambakan trend fesyen hari ini, daripada jenama keluaran selebriti mahupun blogger / trendsetter terkenal – membuatkan saya mengekot sebentar. Biarpun dijual dengan harga yang tinggi , tetapi keluaran jenis tudung satin silk seakan tiada penghujungnya.

Beritahu saya, antara jenama-jenama terkenal ini, di manakah kelebihan keluaran mereka yang dapat merealisasikan impian anda selain nampak trendy, bergaya, menarik , anggun, tetapi membantu anda tampil lebih langsing , dan kurus ? Ya, selain ada yang membuatkan muka anda nampak lebih gelap , kusam dan pucat pula. Tak percaya ? Cuba intai gambar rakan-rakan anda yang kulitnya agak sawo matang – di sosial media. Tip : Jangan terlalu obses dengan gambar model yang menggayakan tudung, kerana majoritinya dipilih dari kalangan mereka yang berkulit putih , cerah dan berundertone sejuk.

Ada yang cantik, tak kurang yang tenggelam di sebaliknya. Jika anda membelanjakan lebih RM300 untuk sehelai tudung, apakah misi anda tadi untuk nampak kurus dan langsing , mungkin lebih ceria dan menarik tercapai ? Well, I doubt so!

Screen Shot 2017-09-11 at 3.34.38 PM.png

Tidak mudah untuk say NO untuk shopping! Percayalah, saya juga pernah melalui fasa itu satu waktu dahulu, sebelum bergelar Perunding Imej dan berkecimpung di dalam industri ini 5 tahun yang lalu.

Tetapi, dengan PENGALAMAN dan ILMU , merubah segalanya. Ia berjaya mengubah mindset dan membentuk peribadi saya untuk menjadi pembeli yang lebih bijak dan cost-conscious. Bukan istilah kedekut, tetapi cost-conscious yang sememangnya memberikan saya penjimatan yang mencapai lebih ribuan ringgit setahun!

Wahh, banyak kan ? Anda nak tahu strateginya ?

  1. Utama Рadalah dengan mengenalpasti UNDERTONE anda Р iaitu melalui sesi Analisis Warna yang ditawarkan oleh Perunding Imej bertauliah (antara kursus yang kami tawarkan adalah Color For the Image Professionals РPensijilan CFIP dan Personal Shopper di dalam satu kursus)
  2. Pelajari dan kenali bentuk dan jenis badan sendiri.
  3. Personaliti gaya – membezakan gaya anda dengan mereka yang lain.
  4. Bagaimana pemilihan jenis-jenis fabrik, garisan , motif , rekaan , tekstur membantu merealisasikan impian anda untuk kelihatan lebih kurus dan langsing.
  5. Berjimat dengan strategi CPW – dan bagaimana saya boleh aplikasikan CPW agar memberikan impak visual dan mesej yang saya idamkan melalui pilihan wardrobe hari ini.

Nota : tidak ada undertone , personaliti gaya , bentuk badan dan ukuran yang serupa antara anda , adik-beradik dan rakan-rakan di pejabat. Setiap individu adalah unik dan anda perlu bijak dalam mencungkil keunikan dan kelebihan yang anda miliki hari ini.

Satin, silk, brocade, wool, tweed, lace , songket ..

Selain warna yang harus bertepatan dengan undertone anda, jenis fabrik dan tekstur fabrik mampu memberikan visual saiz badan dan kelebaran muka yang tidak sesekali anda inginkan. ¬†Memilih jenis fabrik ini untuk majlis perkahwinan anda (lace, songket, brocade) walaupun pemakaian harian dengan tudung jenis satin silk – bukanlah suatu pilihan yang bijak untuk nampak kurus dan langsing….


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK) , kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, atau pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.