Kod Pakaian, Jangan Main Redah!

Pagi tadi , kelihatan staf A tiba di Pejabat dengan berselipar, rambut masih basah dan blaus seakan hendak pergi ke pasar. Tidak kurang staf B yang bertudung tapi berseluar culottes tiga suku pendeknya , atau staf C pula gemar hadir dengan baju kurung moden yang penuh glamor ibarat menghadiri majlis kahwin.
Senario yang disebut seperti ini bukanlah sesuatu yang asing buat saya. Isu yang seringkali disuarakan dan ditekankan oleh pegawai-pegawai Unit Latihan dan Pembangunan Manusia mahupun Pengurus Sumber Manusia sendiri yang saya temui ketika menghadiri sesi taklimat kecil sebelum memulakan program atau bengkel imej yang bakal dikendalikan. Lebih mencabar apabila staf berikut dikenalpasti oleh pihak pengurusan sehingga isu ini dibawa ke Pejabat pengurusan sumber manusia.   Tetapi menariknya , bila dianalisa dan diselidiki ‘root cause’ permasalahan ini , penemuannya cenderung kepada isu berikut:-
  1. Tiada ‘dress code’ atau kod pemakaian ke Pejabat yang ditetapkan sebelum ini
  2. Kod pemakaian ditetapkan tetapi tidak pula ditekankan akan kepentingannya
  3. Kod pemakaian ada, tetapi tidak diketahui oleh staf
  4. Kedua-dua pihak, baik pihak pengurusan sumber manusia mahupun staf itu sendiri tidak memahami konsep di sebalik setiap kod pakaian dan elemen-elemen yang perlu ada padanya.
Tatacara pemakaian atau etiket pemakaian ke Pejabat harus berpandukan kod yang telah ditetapkan. Kod ini merupakan set piawai yang dikeluarkan oleh syarikat bagi memberi panduan juga rujukan kepada semua kakitangan bagaimana , dan apa pemakaian yang sesuai dipakai ke tempat kerja.
Formaliti kod pakaian ini juga sangat bergantung kepada jenis industri syarikat, interaksi kakitangan dengan pelanggan baik di dalam premis mahupun di luar, selain jawatan masing-masing. Bagi sebuah syarikat di mana pelanggan mereka mengharapkan setiap kakitangan tampil profesional, kemas , boleh dipercayai dan menjaga integriti , kod pemakaian haruslah di bawah kategori formal atau rasmi.
Jika anda salah seorang peminat filem sekuel Kingsman, pasti pernah mendengar ungkapan “Clothes make the man”. Mungkin kedengaran agak sedikit keterlaluan, kerana tentu ada sahaja faktor penentu lain, tetapi ianya sangat benar. Cara pemakaian memberikan clue atau petunjuk tentang siapa anda sebelum orang lain mula mendekati anda secara dekat. Malah, ahli psikologi bersetuju bahawa hampir 90 peratus daripada apa yang orang ramai ingati tentang suatu pertemuan (pertama) sangat berkaitan dengan komunikasi bukan lisan, di mana sebahagian besarnya adalah penampilan , ekspresi bahasa badan dan sikap keseluruhannya.
Cara pemakaian menyampaikan mesej komunikasi bukan lisan dan berkisar tentang latarbelakang – keperibadian, tahap pendidikan, status kewangan, pangkat dan kredibiliti si pemakainya. Jika visi sesebuah syarikat ingin menjadi syarikat nombor satu di rantau Asia atau di peringkat antarabangsa , maka setiap kakitangannya harus juga tampil kongruen dengan visi tersebut. Bukan sahaja dari segi pemakaian, tetapi sikap, tingkah laku dan cara berkomunikasi dengan orang ramai tidak harus diendahkan atau dianggap perkara kecil dan tidak penting.
Kod pemakaian ke Pejabat ,mengikut set piawaian yang dikeluarkan dan digunapakai oleh mereka yang pakar dalam industri perundingan imej , terdiri daripada empat peringkat.
  1. Formal (rasmi)
  2. Separa formal
  3. Kasual bisnes
  4. Kasual  atau ‘dressing down’ (tidak rasmi)
Tidak hairanlah , syarikat yang berasaskan teknologi maklumat, seperti di Silicon Valley, Amerika Syarikat atau di Cyberjaya, Malaysia lebih mengutamakan kod pemakaian yang lebih rileks dan santai yang jatuh di bawah kategori kasual bisnes dan kasual. Antara faktor jenis pekerjaan, budaya dan persekitaran, maka gaya pemakaian atau kod pakaian begini dipilih. Berpengalaman lebih 6 tahun di syarikat-syarikat ICT selain syarikat berstatus MNC (syarikat multinasional), saya juga melihat , mereka di peringkat pengurusan atasan tidak sesekali mensabotaj penampilan mereka, malah sebaliknya mereka bijak memilih kod pakaian yang lebih formal , atau sekurang-kurangnya separa formal (semi formal) terutamanya ketika mereka dijadual  berurusan dengan pelanggan yang berpangkat VIP . Malah kita juga melihat, ada juga syarikat yang menyarankan 2 jenis kod pakaian , bergantung kepada jawatan dan ‘nature of job’ masing-masing.
Tetapi antara cabaran utama hari ini adalah, elemen setiap kategori kod pakaian seringkali disalahertikan.
1. Apakah yang dikatakan formal, dan bagaimana pula mengenalpasti elemen pemakaian kasual atau dressing downini (tidak rasmi)?
2. Adakah semua jenis pakaian tradisional atau kebangsaan dianggap rasmi ?
3. Bagaimana warna, jenis fabrik, corak , hiasan , jahitan memainkan peranan malah memberikan panduan kepada kita tentang formaliti kategori setiap satu?
Apapun pilihan anda, penting untuk anda ketahui bahawa, kod pakaian secara tidak langsung sebenarnya membimbing kita bagaimana untuk berkelakuan, berinteraksi dengan orang ramai, kongruen dengan jenama peribadi dan penjenamaan syarikat. Ia juga satu komunikasi bukan lisan dalam menyampaikan mesej, dan ternyata penampilan profesional pastinya mencerminkan individu yang secara tidak langsung menghormati dirinya (latarbelakang – jawatan hari ini, kepakaran , kemahiran, wakil industri )  selain mereka turut bangga menjadi ‘brand ambassador’ kepada syarikat.

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !
pensijilan-ttt-pic

SaveSave

SaveSave

SaveSaveSaveSave

Fenty Beauty telah buktikan, anda bila lagi?

Screen Shot 2017-09-21 at 5.18.30 PMKetika peminat di media sosial , para instafamous dan vloggers sibuk memperkatakan tentang Fenty Beauty , jenama alat solek kelahiran pertama penulis lirik , pelakon dan penyanyi popular Rihanna #riri #badgalriri kelahiran Barbados ini , sejujurnya saya akui telah menarik nafas lega selain teruja kerana akhirnya lahir juga sebuah koleksi barangan kosmetik yang benar-benar menawarkan solusi kepada pelanggannya dengan lebih 40 pilihan rona bedak asas (Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation) ketika ia dilancarkan.

Dengan kelebihan ini, ia memberikan Fenty Beauty satu kelebihan USP atau Unique Selling Proposition yang tidak pernah diperkenalkan oleh mana-mana pengeluar produk di dalam industri kecantikan lantas menjadikannya jenama pertama yang memecah tradisi dan memegang ekslusiviti produk itu sendiri.

Maka tidak hairan jugalah, pada hari yang sama Fenty Beauty dilancarkan di New York Fashion Week, Kylie Jenner, juga pemilik empayar Kylie Cosmetics memilih untuk unfollow penyanyi ini melalui Instagram kerana merasakan bahang pesaing yang bakal dihadapinya kelak. Kylie Cosmetics sebelum ini hanya mengeluarkan product line yang cenderung kepada wanita berkulit putih , tidak juga mahu mengalah lantas mempromosikan rona kuning-keperangan Brown Sugar lipstik jenis matte pada hari tersebut yang dihasilkan khas buat mereka yang berkulit gelap atau golongan women of color.

Screen Shot 2017-09-23 at 6.46.49 PM.png

Screen Shot 2017-09-23 at 3.09.58 PMDi sebalik keobsesan pengeluar jenama kosmetik yang tumbuh bagai cendawan dari kalangan selebriti terkenal , atau makeup artist profesional (MUA) baik dari luar atau dalam negara, Rihanna atau Riri mengambil langkah bijak dengan menawarkan sesuatu yang luar dari jangkaan iaitu, produk yang menepati setiap variasi undertone individu. Melalui pengalaman saya bersama beberapa MUA di Kuala Lumpur , termasuk yang telahpun bergelar selebriti MUA, baik ketika bekerjasama menjalankan program latihan dalam syarikat (in house program) atau secara peribadi bersama pelanggan wanita yang lain, jarang sekali saya melihat rakan-rakan MUA ini menyolek berdasarkan undertone pelanggan atau sekurang-kurangnya membuat sedikit analisis tentang undertone individu yang berada di hadapan mereka sebelum aktiviti menyolek. Ya, kemahiran dan pengalaman mungkin jawapannya, tetapi sejujurnya saya melihat masih ada ruang yang boleh diperbaiki dan ilmu yang boleh ditingkatkan sekiranya mereka mahu belajar dari mereka yang pakar.

Soalan – Jika Rihanna peka akan wujudnya jenis undertone yang berbeza , mengapa tidak MUA – yang seharusnya lebih mahir di dalam bidang ini (berbanding beliau yang hanya seorang penyanyi?) Nah..inilah persoalannya yang ingin kita cungkil.

Screen Shot 2017-09-23 at 3.12.43 PMUndertone setiap individu hanya terbahagi kepada 3 :-

  1. Cool Undertone (undertone sejuk)
  2. Warm Undertone (undertone panas/hangat)
  3. Neutral Undertone (undertone neutral)

Mengenalpasti jenis undertone individuMelihat kepada warna urat nadi di pergelangan tangan anda adalah salah satu cara paling pantas untuk mengenalpasti jenis-jenis undertone, tetapi harus saya tekankan di sini bahawa, ia BUKANLAH strategi paling tepat. Ya, sesuai untuk rujukan pantas tetapi tidak membantu keputusan akhir analisis sepenuhnya.

Mengenalpasti jenis undertone individu melalui analisis warna

Analisis Warna Peribadi merupakan salah satu strategi yang lebih tepat untuk menganalisa undertone seseorang individu.  Konsultasi yang hanya ditawarkan oleh Perunding Imej dan Warna bertauliah ini mampu memberikan pelbagai sentuhan magic kepada keseluruhan penampilan seseorang, secara tidak langsung. Dan kepercayaan orang ramai bahawa , hanya mereka yang berkulit putih dikategorikan cool undertone dan mereka yang berkulit gelap, bersawo matang pula sebagai warm undertone adalah tidak benar sama sekali.

Lihat contoh gambar di atas, kesalahan mengenakan warna fabrik gold ke atas individu yang berundertone sejuk akan membuatkan warna tersebut menenggelami skin tone beliau. Bukan sahaja kulitnya seakan lebih kekuning-kuningan, tetapi secara psikologinya (dari riak ekspresi muka) ia membuatkan si pemakai agak kurang selesa , tidak berkeyakinan.

 

Screen Shot 2017-09-23 at 3.53.52 PM.png

Di dalam temubual Rihanna eklusif bersama para media, beliau ada menyebut tentang keperihatinan dalam mengeluarkan produk yang dapat disesuaikan dengan individu yang berkulit gelap, berkulit putih pucat dan juga buat mereka yang di pertengahan.

Jangan keliru, kerana apa yang beliau cuba tekankan di sini adalah nilai tona warna kulit , iaitu merujuk kepada kecerahan dan kegelapan kulit individu dan bukan undertone (sejuk ,  panas/hangat atau neutral).

                   DJOi42zWsAEisYt-2.jpgfenty-beauty-foundation-shades-swatches

Gambarajah di atas merujuk kepada kecerahan dan kegelapan kulit individu.

Dengan lebih 40 tona warna bedak asas , saya pasti ia akan memberikan lebih banyak pilihan kepada wanita yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, budaya, dan personaliti di seluruh dunia hari ini.

Tidak berakhir di situ, walaupun dibekalkan dengan pelbagai rona warna pilihan (lighter to darker shades), pengguna juga harus bijak dalam memilih jenis undertone .

Sebagai contoh, wanita berkulit cerah (putih) dan berundertone sejuk. Untuk memudahkan anda, bedak asas yang berdasarkan pink base, adalah sesuai buat mereka yang berundertone sejuk. Sebaliknya yang memilih yellow base , ianya sesuai buat mereka yang berundertone panas/hangat.

Screen Shot 2017-09-23 at 4.16.23 PM.png

Foundation Shade Finder merupakan tools yang sangat mesra pelanggan dan inovasi yang bijak kerana ia memberikan anda panduan nilai tona warna kulit juga undertone sekaligus. Anda akan lihat variasi tona warna kulit dari cerah kepada gelap (light , medium, tan , deep) di sebelah atas halaman page tersebut dan undertone pula di bahagian bawah.

Tetapi, saya juga harus akui bahawa, ia hanya bermanfaat JIKA ANDA SUDAHPUN MENGENALPASTI JENIS UNDERTONE MASING-MASING SEBELUM INI. Walaupun anda boleh memilih bedak asas ini berdasarkan tona warna kulit tetapi kesalahan pemilihan jenis undertone (panas/hangat , sejuk atau neutral) tidak dapat memberikan anda keputusan yang anda inginkan, malah pembaziran beratus ringgit tanpa disedari. Antaranya , kesan kulit yang asalnya putih tetapi kelihatan seakan kuning-kekuningan . Atau bagi mereka yang berkulit gelap akan kelihatan bertambah kusam dan pucat pula.

Screen Shot 2017-09-23 at 11.41.06 PM

Rihanna membuktikan beliau berjaya mengeluarkan sebuah produk kosmetik yang bukan sahaja berkualiti tinggi (mengikut tinjauan peminat) tetapi menawarkan pelbagai variasi tona warna bedak asas untuk disesuaikan dengan semua jenis tona warna kulit , beserta shade finder yang ekslusif .  Secara tidak langsung ia cuba mendidik pelanggan satu ilmu baru yang harus mereka pelajari sebelum membeli.

Beliau percaya bahawa setiap wanita, dilahirkan unik – dengan tona warna kulit dan undertone yang berbeza antara satu sama lain, jadi mengapa mengehadkan pilihan yang ada dengan menawarkan produk yang hanya bertumpukan kepada golongan tertentu sahaja.

Bagi anda yang pertama kali ingin menggunakan shade finder seperti ini, saya sangat mengesyorkan agar anda dapatkan konsultasi analisis warna peribadi daripada Perunding Imej dan Warna bertauliah (CPICC, CFIP) terlebih dahulu. Walaupun mungkin anda melihat ini sebagai satu perkara yang remeh (tidak penting) , tetapi manfaatnya sangatlah besar dan bakal mengujakan anda untuk

  1. Anda mula percaya bahawa tiada jalan yang pintas untuk tampil cantik, tetapi dengan sedikit ilmu , segalanya menjadi mudah ,  menjimatkan masa, tenaga dan…
  2. Berjimat lebih ratusan malah ribuan ringgit setahun. Melalui pengalaman peribadi, mengenalpasti undertone seseorang individu bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada pemilihan warna kosmetik, tetapi warna pakaian (termasuk tudung), warna kanta lekap berwarna, pewarnaan rambut, dan pilihan aksesori fesyen.
  3. Rakan-rakan mula menegur dan memuji bagaimana anda semakin kelihatan muda dan lebih anggun bergaya dari tahun-tahun sebelumnya. Ini terjadi kerana padanan tona warna yang sesuai dengan undertone boleh mengurangkan kesan visual penuaan (garisan halus, kedutan di muka) , lingkaran hitam di bawah mata, bayang-bayang juga visual berdagu dua.
  4. Secara kesimpulannya ia membantu dalam mengimbangi warna kulit anda dan mengharmonikan pakaian anda secara keseluruhan. 
  5. Tidak perlu gusar untuk terlalu mengikut trend ,label dan jenama mewah seperti rakan-rakan yang lain. Jika dulu, anda terpaksa berbelanja lebih untuk mendapat tempat ‘di hati’ followers di sosial media, kini dengan ilmu yang anda peroleh, segalanya menjadi lebih mudah , ringkas, dan bijak dalam memilih apa yang sesuai dengan anda, bukan kerana trend semata-mata. 
  6. Aktiviti bershopping kini menjadi singkat (masa) , malah pulang dengan penuh kepuasan dan result yang sangat berbaloi.

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK) , kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, atau pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.

 

Kursus Pentauliahan Perunding Imej Dan Warna Profesional TTT CPICC , IITTI

 

ANDA SUDAH BERSEDIA ?

Dalami kursus intensif 6 hari bersama kami yang merangkumi modul berstandard antarabangsa serta latihan lengkap dalam menyediakan anda sebagai seorang Perunding Imej  dan Warna Profesional (CPICC) dan pensijilan IITTI Tahap 1 (Kanada) di bawah Top2ToeStyliesta Image Consulting hari ini 

Screen Shot 2016-09-05 at 5.41.19 PM

Mahukah anda dilatih oleh Perunding Imej yang bukan sahaja ditauliahkan dan diakreditasikan di peringkat tempatan , malah secara antarabangsa dari 3 buah negara iaitu United Kingdom, United States dan juga Australia selain Malaysia ?

Mahukah anda mendaftar di kursus pentauliahan kami yang menawarkan modul penjenamaan dan pengurusan imej peribadi, etiket perniagaan dan tatarias diri yang bukan sahaja berstandard antarabangsa malah dipantau oleh sebuah Institut yang bertindak sebagai sebuah badan ISO , berpusat di Kanada ?

Mahukah anda dibimbing dan duduk sebaris dengan Perunding Imej dan Etiket berstatus Master dan Profesional dunia , dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan projek terkini dalam memartabatkan industri perundingan imej ini dan program yang bakal menempatkan jenama anda di persada antarabangsa ?

Screen Shot 2016-09-06 at 5.13.39 PM.png

This slideshow requires JavaScript.

Screen Shot 2016-09-08 at 1.10.52 AM.png

DAFTAR SEGERA UNTUK KURSUS PENTAULIAHAN PERUNDING IMEJ DAN WARNA PROFESIONAL (CPICC) BERSAMA KAMI MARCH 2017 INI!

BE BOLD . BE BEAUTIFUL . BE A BRAND NEW YOU

T2T pensijilan.jpg

JADILAH ANTARA MEREKA YANG PERTAMA MENDAPATKAN PENSIJILAN TAHAP 1 IITTI YANG DIKELUARKAN DAN DISAHKAN OLEH INSTITUT SELAKU BADAN ISO KEPADA SEMUA PERUNDING IMEJ DAN ETIKET SELURUH DUNIA!

 

IITTI Certification

Penilaian Pensijilan IITTI Tahap 1

Screen Shot 2017-01-19 at 4.53.49 PM.png

Alhamdulillah, hari ini salah seorang Associate di bawah syarikat Top2ToeStyliesta Image Consulting menduduki penilaian Pensijilan Tahap 1 oleh Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa atau Institute of Image Training and Testing International (IITTI) yang berpusat di Kanada – namun dikendalikan dan dipantau sepenuhnya oleh syarikat kami di sini.

Saya, selaku Associate pertama kepada IITTI dan pertama mewakili Malaysia, merasa sangat bertuah dan berbangga mewakili badan bukan keuntungan ini (non-profit organisation), sebuah organisasi pendidikan yang ditubuhkan oleh sekumpulan Perunding Imej dan Etiket (Master) yang berpengalaman dan bertauliah daripada Persatuan Perunding Imej Antarabangsa (AICI), satu-satunya badan profesional terbesar di dunia buat Perunding Imej peribadi dan korporat.

IITTI adalah sistem ujian bebas yang standard secara global bagi modul pengurusan imej dan etiket perniagaan.
Ibarat seperti GMAT, TOEFL, atau ISO – IITTI menyediakan cara yang seragam untuk majikan dan pencari kerja untuk mengukur kemahiran insaniah yang kritikal untuk kejayaan peribadi dan perniagaan.

Pemeriksaan ujian standard yang memberi manfaat kepada seluruh organisasi korporat mahupun kerajaan, pelajar lepasan ijazah dan penganggur yang mencari pekerjaan, di mana kertas ujian disediakan dan disahkan sendiri oleh Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa (IITTI – disebut sebagai ‘ET’), Kanada.

Majikan, terutamanya kakitangan pengurusan Sumber Manusia syarikat boleh menggunakan peperiksaan dalam talian ini sebagai medium penilaian untuk menentukan tahap pengetahuan dan pemahaman pengurusan imej peribadi dan profesional , etiket perniagaan, dan amalan dandanan peribadi , baik untuk kakitangan syarikat mahupun pemohon atau calon temuduga.

Dengan pensijilan IITTI – tentunya ia salah satu cara yang bijak dan paling efektif dalam mengukur Pulangan Pelaburan Syarikat (Return of Investment).
—————
Kepada Pakar . Dari Pakar

IITTI Associate anda,
Perunding Imej Emi Idura

Resolusi Imej Tahun Baru

Ada benarnya di sebalik pepatah ‘Dress for the job you want , not for the job you have’ bagi mereka yang betul-betul yakin, tentang bagaimana strategi komunikasi bukan lisan ini mampu merubah kehidupan seseorang individu secara tidak langsung.

Ya, jika anda tampil kena pada gaya dan personalitinya, orang ramai akan mudah mempercayai dan meyakini bahawa anda mampu melakukan sesuatu pekerjaan itu , tanpa banyak soal bicara. Bagi yang merasakan misi ini sukar untuk dilakukan, ‘Don’t fake it till you make it’. Tetapi, ‘Fake it till you become it!’.

when-your-interviewer-asks-042115

Membina identiti jenama diri harus bermula dengan anda mengenali diri sendiri. Apa yang membuatkan anda autentik dan unik. Kenalpasti elemen-elemen yang boleh membantu anda membina pakej imej yang baik dan positif. Ia sebahagian daripada proses strategik yang menjadikan anda rakan aktif dan kreatif dalam mewujudkan hala tuju kehidupan .

Impak 7 Saat

Fikirkan , bagaimana mudah dan cepatnya kita menilai seseorang saat pertemuan pertama bertemu di majlis sosial , rundingan perniagaan mahupun ketika berjalan-jalan santai di sebuah pusat membeli belah pada hari minggu.

Adakah anda masih ingat setiap perkataan yang mereka katakan ? Bagaimana lontaran intonasi suara mereka ? Atau mungkinkah secara tepat anda masih boleh bayangkan ,  keseluruhan penampilan mereka pada hari tersebut? Cukup bergaya, kemas, harum dengan wangian, setiap inci penampilan ibarat dijaga rapi atau mungkinkah mereka tampil selekeh dengan tudung dan baju tidak bergosok, rambut ala kadar mungkin tidak sempat disikat, muka agak pucat tanpa sebarang solekan, gaya berjalan pula agak malas dan ibarat tiada keyakinan diri.

Apa yang menariknya , kesemua di atas boleh dikaitkan dengan kajian dijalankan oleh Profesor Albert Mehrabian, melalui hasil tulisan beliau ‘Silent Messages’, yang diterbitkan awal tahun 1971 di mana beliau merumuskan bahawa 55% daripada bahasa badan (tingkah laku) dan visual penampilan juga 38% daripada intonasi (bunyi) suara individu itu yang pertama diingati sebaik pertemuan sesingkat 7 saat pertama. Dan baki peratusan 7% pula , dinilai melalui setiap perkataan yang kita gunakan. Suka atau tidak, impak ‘first impression’ sebanyak 93% ini sebenarnya banyak merujuk dan dinilai berdasarkan kepada komunikasi bukan lisan seseorang individu.

Bagaimana dengan anda? Apakah 3 perkataan yang boleh anda rumuskan tentang keseluruhan imej anda hari ini? Sudahkah anda bersedia untuk melangkah ke tahun baru dengan sentuhan imej yang lebih segar dan memberi impak ?

Membina jenama imej peribadi

Imej anda terbentuk dari keseluruhan personaliti, sikap, tingkah laku, latarbelakang akademik, kemahiran , pengalaman, juga nilai-nilai peribadi. Bagi membantu anda menonjol di dalam pasaran  atau persekitaran yang kompetitif , pastinya anda harus mengenali diri sendiri agar tampil lebih autentik dan unik menggunakan kekuatan kemahiran berkomunikasi juga imej penampilan diri.

Melangkah ke tahun baru Januari ini , pastinya ramai graduan yang akan memasuki alam pekerjaan , ada pula yang mengimpikan kenaikan pangkat, yang kembali bekerja selepas bersalin atau yang mula berjinak-jinak dengan sektor perniagaan dan bidang keusahawanan. Apapun pilihan anda hari ini , siapa pun anda, jawatan, industri , latarbelakang akademik dan pengalaman – mulakan langkah pertama dengan mengenalpasti visi, misi, objektif peribadi , matlamat malah nilai-nilai peribadi.

mission-vision-values1

Mengenalpasti ‘sweet-spot’ peribadi

‘Sweet-spot’ anda merupakan niche pasaran yang benar-benar unik hanya untuk anda.  Jom kenalpasti

  1. Kenapa ia penting untuk anda – dengan mengenalpasti tujuan atau misi kehidupan
  2. Identiti peribadi – kenalpasti bakat, kemahiran , dan personaliti diri
  3. Sasaran pasaran –  kenalpasti individu, syarikat, yang anda ingin bekerja sama
  4. Apa yang anda mampu tawarkan – kenalpasti idea atau ilmu yang boleh dikongsikan berdasarkan latarbelakang akademik , kemahiran juga pengalaman lalu

Nah…bagaimana? Bolehkah anda kaitkan senarai di atas dengan senario menghadapi sesi temuduga kerja , atau proses kenaikan pangkat ? Ia bukanlah sekadar ‘wish-list’ yang boleh kita minta-minta dengan bakal majikan atau ketua pejabat, tetapi ia memerlukan anda berfikir dan bertindak dengan lebih bijak. Ia merupakan sebahagian daripada proses penjenamaan imej peribadi. Ya, bunyinya agak serius , dan tentunya ia penting untuk anda, jika anda benar-benar serius untuk melakukan perubahan dalam kehidupan!

‘Everybody wants to be a diamond, but very few are willing to get cut’. Ya, saya suka dengan petikan ini dan percaya, ramai antara pembaca di sini, yang sangat mengimpikan kejayaan karier dengan memiliki jawatan yang baik, atau mempunyai perniagaan yang sukses. Tetapi sayangnya , berapa ramai agaknya yang benar-benar yang mengambil inisiatif untuk berfikir sejenak dan membuat refleksi diri , tentang kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Apakah antara jurang tersebut , yang boleh diperbaiki dan diperkukuhkan demi mempertingkatkan pembangunan sahsiah diri ?

Jawatan yang baik atau perniagaan yang sukses memberikan gambaran tahap kejayaan dan kekukuhan kewangan seseorang individu itu. Secara peribadi, saya tidak menganggap kejayaan itu sebagai memiliki harta kekayaan yang menggunung. Sudah tentu maksud kejayaan ini sangat berbeza dari seseorang individu kepada individu yang lain, dan tentunya bukan hanya bertumpu kepada harta benda sahaja. Jadi , anda tidaklah begitu terkesan melihat kejayaan orang lain , sedangkan kejayaan itu sendiri sangat subjektif maksudnya. Pun begitu, kita tidak boleh hanya duduk menunggu hasil , jika tiada langsung usaha ke arah itu, bukan ?

‘Dress for the job that you want, not for the job that you have’

  1. Kenalpasti visi, misi , objektif kehidupan juga nilai peribadi itu tadi.
  2. Buat carian di Google , tentang bagaimana ikon yang berjaya , mungkin juga idola anda menonjolkan jenama peribadi mereka. Pastikan industri mereka sama dengan anda, sekurang-kurangnya agar visi, misi dan objektif tidak lari dari fokus
  3. Mulakan dengan menyenarai mesej imej yang anda ingin tonjolkan. Ia penting dan harus kongruen dengan nilai-nilai peribadi. Contoh seorang berpangkat Eksekutif haruslah konsisten dengan kod pakaian yang lebih formal , bergaya klasik , tradisional , fabrik yang lebih tegap (firm fabric) dan dijahit lurus , warna yang menampilkan lebih kewibawaan (autoriti)
  4. Melabur untuk diri sendiri – Jangan sesekali berasa rugi untuk melabur demi pembangunan sahsiah diri. Ia membantu bukan sahaja dari peningkatan keyakinan dan harga diri, walaupun nampak kecil, tetapi impak jangka masa panjangnya sangat menguntungkan.