10 Fesyen Raya Sabotaj Gaya dan Imej Anda

10x Anda Sabotaj-2

Kurang seminggu sahaja lagi untuk kita, umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan bulan Syawal..

Sudah menjadi praktis setiap tahun , beberapa bulan sebelum tibanya puasa, saya cukup gemar memerhatikan fesyen raya yang diperkenalkan oleh pengeluar pakaian Muslimah , baik dari pereka fesyen yang terkenal mahupun pereka muda – selaku muka baru untuk koleksi Hari Raya. Dan tahun ini tidak terkecuali.
Tahun 2018 – tiada banyak keluaran terbaru yang begitu ketara rekaannya, ramai yang masih mengekalkan kurung moden seperti tahun-tahun sudah cuma diubahsuai sedikit dari tahun terdahulu.

Seperti tahun lalu (2017) , saya telah dijemput sebagai panel undangan khas di studio Apa Kata Wanita RTM TV1 bagi membicarakan topik ‘Isu Fesyen Raya 2017’ bersama hos Datin Zamzarina Zambri.

This slideshow requires JavaScript.

Menariknya, tahun ini (tanpa saya jangka), sekali lagi saya dijemput membicarakan topik ‘Pemilihan Baju Raya’ , tetapi oleh stesyen tv islamik terkenal TV Al Hijrah bagi mengisi slot program Assalamualaikum #Lifestyle atau #GayaHidup, pada pagi Rabu 6hb Jun 2018 yang lalu.

Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman sebagai hos program ‘WOW’ Apa Kata Wanita sepanjang tahun lalu di TV1, dan lebih 5 kali bersiaran secara LIVE di TV Al Hijrah tahun ini, membicarakan topik sebegini bukanlah satu tugas yang sukar, malah saya sangatlah teruja juga terharu kerana mendapat sokongan dan kepercayaan produser untuk berkongsi di pentas ini.

This slideshow requires JavaScript.

Tidak cukup dengan 15minit perkongsian di kaca tv, saya merasakan perlu untuk saya ulaskan beberapa lagi contoh baju raya, yang sebenarnya boleh mensabotaj gaya dan imej anda – jika tidak dipilih dengan betul.

Ini penting, kerana sebagai pembeli dan pengguna yang bijak , adalah menjadi hak kita mengetahui apa yang terbaik untuk diri sendiri, sebelum meletakkan sejumlah wang sebagai tanda anda berpuas hati dengan kualiti, harga dan rekaannya.

  1. Mengelakkan anda daripada terus melakukan pembaziran setiap tahun
  2. Tahu apa yang terbaik untuk anda sebagai pembeli
  3. Dalami ilmu penggayaan (secara percuma) dari saya!

Stay tune! Jangan lupa nantikan post saya seterusnya ok!


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.

Untuk sebarang konsultasi mengenai

  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic

Bergaya ala Indah Nada Puspita

Warna mengikut undertone.png

Setiap kali terpandang wajah wanita yang bergaya anggun tapi ringkas dalam penampilannya..saya pasti terdiam kaku (sambil cuba mengamati keistimewaan personaliti mereka). Dan ternyata, Indah Nada Puspita antara mereka yang istimewa.

Bersahaja tetapi hadir dengan penuh versatil, begitulah ungkapan yang dapat saya berikan. Ramai lagi contoh selebriti (baik dari dalam atau luar negara) yang mungkin dapat saya kongsi rahsia penggayaan mereka, tetapi jom… apa kata kita mulakan dengan Indah Nada Puspita ?

Percaya atau tidak, ramai wanita yang sering bertanyakan saya akan rahsia penggayaan dan suai padan. Dari pilihan warna, jenis fabrik, suai padan baju, kesesuaian mengikut bentuk tubuh, dan pelbagai persoalan yang menjadi dilema kebanyakan wanita hari ini. Ahh.. mungkinkah anda antara daripada mereka ? 🙂

Screen Shot 2017-09-26 at 3.55.11 PM

Dan saya juga percaya…ramai yang bakal menyangkal , dan berkata… “Ah..orangnya cantik, pakai apa pun pasti cantik” .. atau “Ah.. artis, mestilah kena cantik selalu”.

Daripada terus membiarkan diri ditenggelami emosi negatif dan keyakinan diri yang semakin mengurang, apa kata kita belajar dan aplikasikan serba sedikit tips yang saya nak kongsikan di sini?

RAHSIA#1

Beliau bijak bermain dengan warna. Indah Nada Puspita seorang yang berundertone sejuk (cool undertone) di bawah musim Summer.

  1. Di dalam penggayaan, bagi seorang wanita Muslimah, warna hijab sebenarnya lebih cantik jika ia dipilih dan dipadankan dari warna yang paling minimal terdapat pada baju tersebut.
  2. Dengan memiliki kelebihan berundertone sejuk atau cool undertone, warna tudung yang cenderung kepada tona yang cerah dan lembut akan memberikan efek yang lebih WOW kepada si pemakainya!
  3. Tidak hairanlah , beliau memilih soft pastel teal , bukan mustard yellow atau magenta yang terdapat pada kimono long cardigannya.

RAHSIA#2

Keseimbangan dalam gaya.  Tidak disangkal lagi, beliau sememangnya seorang ikon fesyen yang mempunyai sense of style tersendiri.

Menyebut tentang keseimbangan , apa yang perlu diperhatikan adalah

  1. Jumlah warna yang terdapat di dalam gaya tersebut
  2. Penggunaan aksesori dan jumlah POI
  3. Keseimbangan antara pilihan warna tudung dan baju
  4. Solekan dan keharmonian keseluruhannya

Ramai yang beranggapan dengan mengenakan warna tudung yang lebih terang menyerlah, baju yang penuh hiasan , aksesori lengkap seperti cincin, gelang, rantai, kerongsang, tali pinggang, subang – bersaiz besar dan bling bling , solekan ala gaya nak ke majlis makan malam yang akan memberikan efek WOW kepada si pemakai.

Malangnya , sangkaan itu hanyalah impian mereka bergelar yang fashion victim atau mangsa fesyen. Uhhh… saya harap anda tidak tergolong di antara mereka di bawah kategori ini ya!

RAHSIA#3

Suai padan dengan hanya mengulangi warna yang sama di dalam satu gaya. Ya,  berikut adalah salah satu strategi mudah yang boleh anda praktikkan. Antara kesalahan yang perlu dielak ketika menyuai-padankan pakaian dengan hijab :-

  1. Jangan cuba ulangi warna hijab dengan warna paling banyak / besar yang ada pada baju tersebut. Pilih sebaliknya.
  2. Jika hijab anda jenis bercorak , maka pilihan warna baju hendaklah diulangi dengan memilih warna yang paling minimal pada hijab tersebut.
  3. Tidak mengapa , jika anda memilih warna yang paling banyak pada hijab untuk diulangi pada baju. Cuma kesan efek WOW! agak kurang menyerlah di situ..

RAHSIA#4

Tidak melebihi 4 warna. Pastel teal, mustard yellow, teal, magenta. Walaupun anda mungkin perasan bahawa latarbelakang kimononya berwarna putih. Tidak mengapa kerana ia merupakan warna asas dalam baju ini dan ditenggelami di sebalik coraknya.

TIPS OLEH PERUNDING IMEJ EMI IDURA

RAHSIA#5

Suai padan menggunakan RODA WARNA. Untuk penggayaan , beliau menggunakan skim warna triad (rujuk segitiga di atas) .

Nak tahu apa itu Roda Warna dan bagaimana nak suai padankan menggunakan alat ini ? Jangan lupa , dengarkan perkongsian saya mengenai topik Roda Warna di http://bit.ly/SuaiPadanGayadenganRodaWarna

RAHSIA#6

Point of interest (POI) yang minimal iaitu dengan hanya menggunakan aksesori seperti jam di tangan. Ya, less is more!

  1. Solekan di muka (checked!)
  2. Baju dan tudung bercorak (checked!)
  3. Kanta lekap berwarna  (checked!)
  4. Aksesori di hijab (checked!)
  5. Aksesori fesyen seperti jam tangan, gelang, tali pinggang , rantai berfesyen, cincin di jari (checked!)

Wanita yang tampil versatil tidak memerlukan banyak POI untuk menunjukkan status mereka, atau terlalu berusaha untuk menyerlahkan diri. Mereka simple tetapi cukup menawan!

Nah, duduk bergaya  di atas trolley bag seperti Indah Nada Puspita pun sudah vogue! Anda, bagaimana pula?


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, atau anda ingin menjadi sebahagian daripada kami (Perunding Imej dan Warna Profesional) , sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.

 

 

 

Jenis Fabrik Pilihan Menggemukkan Anda?

 

Semua wanita idamkan kecantikan 2-3

Percayalah…Tiada siapa yang mahu dirinya digelar gemuk, gempal atau dilihat berisi dari berat badan biasa. Bagaikan satu perkataan taboo , jika disebut atau diungkap, ia seperti satu panahan hebat dan berdesing juga rasanya di telinga. Anda pernah alaminya? Ya sudah tentu..

Di sebalik lambakan trend fesyen semasa di pasaran, adakah anda dapat mengenalpasti jenis fabrik yang perlu dielakkan agar gelaran gemuk , gempal atau berisi itu tidak terkena pada diri sendiri ? (jika YA, tahniah!)

Bagaimana pula jika anda seorang shopaholic dan tidak mampu membezakan apa yang terbaik untuk bentuk dan jenis badan anda ? Nah, bentuk dan jenis badan adalah 2 perkara yang berbeza ya.

Apapun cabaran bentuk badan anda hari ini – mesej utama adalah berpakaian agar kelihatan langsing , kurus dari biasa bukan ? Tipu jika anda katakan, objektif  berpakaian hari ini sebenarnya untuk kelihatan lebih besar dan gemuk (kecualilah jika anda sememangnya sangat petite dan kurus!)

Langsing dan kurus bukan hanya di badan, tetapi muka juga. Ramai yang terlepas pandang dan hanya menekankan kepada pembelian pakaian sahaja (agar mencapai objektif kurus itu tadi) tetapi sebaliknya muka pula tetap nampak berisi.

Sejujurnya, dengan lambakan trend fesyen hari ini, daripada jenama keluaran selebriti mahupun blogger / trendsetter terkenal – membuatkan saya mengekot sebentar. Biarpun dijual dengan harga yang tinggi , tetapi keluaran jenis tudung satin silk seakan tiada penghujungnya.

Beritahu saya, antara jenama-jenama terkenal ini, di manakah kelebihan keluaran mereka yang dapat merealisasikan impian anda selain nampak trendy, bergaya, menarik , anggun, tetapi membantu anda tampil lebih langsing , dan kurus ? Ya, selain ada yang membuatkan muka anda nampak lebih gelap , kusam dan pucat pula. Tak percaya ? Cuba intai gambar rakan-rakan anda yang kulitnya agak sawo matang – di sosial media. Tip : Jangan terlalu obses dengan gambar model yang menggayakan tudung, kerana majoritinya dipilih dari kalangan mereka yang berkulit putih , cerah dan berundertone sejuk.

Ada yang cantik, tak kurang yang tenggelam di sebaliknya. Jika anda membelanjakan lebih RM300 untuk sehelai tudung, apakah misi anda tadi untuk nampak kurus dan langsing , mungkin lebih ceria dan menarik tercapai ? Well, I doubt so!

Screen Shot 2017-09-11 at 3.34.38 PM.png

Tidak mudah untuk say NO untuk shopping! Percayalah, saya juga pernah melalui fasa itu satu waktu dahulu, sebelum bergelar Perunding Imej dan berkecimpung di dalam industri ini 5 tahun yang lalu.

Tetapi, dengan PENGALAMAN dan ILMU , merubah segalanya. Ia berjaya mengubah mindset dan membentuk peribadi saya untuk menjadi pembeli yang lebih bijak dan cost-conscious. Bukan istilah kedekut, tetapi cost-conscious yang sememangnya memberikan saya penjimatan yang mencapai lebih ribuan ringgit setahun!

Wahh, banyak kan ? Anda nak tahu strateginya ?

  1. Utama – adalah dengan mengenalpasti UNDERTONE anda –  iaitu melalui sesi Analisis Warna yang ditawarkan oleh Perunding Imej bertauliah (antara kursus yang kami tawarkan adalah Color For the Image Professionals – Pensijilan CFIP dan Personal Shopper di dalam satu kursus)
  2. Pelajari dan kenali bentuk dan jenis badan sendiri.
  3. Personaliti gaya – membezakan gaya anda dengan mereka yang lain.
  4. Bagaimana pemilihan jenis-jenis fabrik, garisan , motif , rekaan , tekstur membantu merealisasikan impian anda untuk kelihatan lebih kurus dan langsing.
  5. Berjimat dengan strategi CPW – dan bagaimana saya boleh aplikasikan CPW agar memberikan impak visual dan mesej yang saya idamkan melalui pilihan wardrobe hari ini.

Nota : tidak ada undertone , personaliti gaya , bentuk badan dan ukuran yang serupa antara anda , adik-beradik dan rakan-rakan di pejabat. Setiap individu adalah unik dan anda perlu bijak dalam mencungkil keunikan dan kelebihan yang anda miliki hari ini.

Satin, silk, brocade, wool, tweed, lace , songket ..

Selain warna yang harus bertepatan dengan undertone anda, jenis fabrik dan tekstur fabrik mampu memberikan visual saiz badan dan kelebaran muka yang tidak sesekali anda inginkan.  Memilih jenis fabrik ini untuk majlis perkahwinan anda (lace, songket, brocade) walaupun pemakaian harian dengan tudung jenis satin silk – bukanlah suatu pilihan yang bijak untuk nampak kurus dan langsing….


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK) , kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, atau pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.

 

 

Rahsia Pilihan Jeans

Screen Shot 2017-08-19 at 1.03.46 AM

Adakah badan anda yang tersalah saiz ? Atau mungkinkah jenis jeans yang dibeli ?

Tampil menarik dalam sepasang seluar jeans biru yang bersaiz standard adalah matlamat yang agak sukar dicapai bagi ramai wanita. Percayalah, anda tidak keseorangan di dalam hal ini! Sebagai contoh, seluar jeans yang sudah berpadanan di pinggang, boleh kelihatan menggelembung di bahagian kaki . Rekaan dan jahitan jeans yang kelihatan cantik di bahagian kaki, menghasilkan visual ‘muffin top’ di bahagian perut si pemakainya pula.

Bak kata, sukar juga mendapatkan sepasang seluar jeans yang sesuai untuk diri sendiri. Lebih-lebih lagi dengan memiliki bentuk badan yang memiliki kekurangan di sana sini.

Harus saya tekankan , bahawa pemilihan seluar jeans bukan hanya bergantung kepada saiz, juga jenama atau label. Padanan jeans yang sesuai sebenarnya memerlukan anda mengenalpasti perkadaran badan atau ‘body proportion’ masing-masing. Setiap individu dilahirkan memiliki body proportion yang berbeza, jesteru itulah memilih jeans dengan rekaan standard untuk semua atau trend terkini bukanlah satu idea yang saya sarankan.

Secara umumnya, aspek utama yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih dan membeli seluar adalah cawatnya. Artikel kali ini bakal saya kongsikan apa itu cawat, bagaimana ia diukur dan mengapa ia tidak harus diabaikan. Saya juga akan membincangkan mengapa seluar pilihan ramai jenis ‘low rise’, tidak ideal untuk semua jenis dan bentuk badan wanita. Cawat seluar diambil kiraannya (menggunakan tali pengukur) dari tengah jahitan punggung sehinggalah ke paras pinggang anda (bukan pusat). Panjangnya berbeza dan mencecah antara 7 hingga 12 inci (super high rise hingga super low rise jeans). Atau secara visualnya dari hadapan, ukuran ini juga boleh diambil dari celah kelangkang seluar hinggalah ke paras pinggang masing-masing. Cawat seluar ini sangat penting kerana ia menentukan di mana seluar anda akan terletak pada badan , secara tidak langsungnya memberikan visual lengkung pinggang si pemakainya.

Sebelum kita terus mengenalpasti jenis-jenis cawat jeans yang ada atau trending di pasaran hari ini, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah mengira perkadaran badan sendiri.

Topik ini agak rumit untuk dirumuskan di dalam sebuah artikel pendek ,  lebih mudah jika ia didemo secara perseorangan mahupun di dalam program bengkel yang saya kendalikan . Apapun secara ringkasnya, apa yang anda perlu adalah tali pengukur dan anda dikehendaki berdiri tegak menyandar pada dinding. Seorang rakan lagi diperlukan untuk mengukur perkadaran badan pertama – iaitu jarak dari anak rambut (atas tengah dahi) sehingga hujung dagu. Secara idealnya, ukuran perkadaran badan pertama ini adalah 20cm atau hampir 8inci.

Bagi mereka yang memiliki saiz cawat yang ideal (perkadaran badan yang ke-empat) , ukuran perkadaran badan pertama itu tadi seharusnya sama dengan panjang cawat seluar hadapan.

Apapun jangan panik dengan kenyataan ini. Apa yang berlaku adalah, jika anda dapati ukuran panjang cawat yang sedikit pendek dari panjang perkadaran badan pertama (panjang muka) , ia memberikan tanda bahawa anda mempunyai cawat yang pendek dan sesuai sangatlah untuk anda memilih atau dipadankan dengan jeans yang bertanda ‘low rise’. Begitu juga sebaliknya , jika anda dapati saiz cawat yang terlebih panjang dari ukuran perkadaran badan pertama itu tadi. Asalnya ukuran muka anda mungkin 20cm, dibandingkan pula dengan saiz cawat yang mencapai sehingga 25cm.

Bagi anda yang tergolong dalam kategori ini , seperti saya juga; anda akan dapati bahawa penggunaan ‘low rise jeans’ amatlah tidak selesa , dan anda tertanya-tanya mengapa ia berlaku pada anda, sedangkan ia nampak menarik dan terletak cantik pada badan orang lain.

Adakah ia sesuatu yang anda boleh kaitkan dengan cabaran pembelian jeans anda hari ini? Jika ya… terus kan membaca.

Kenali torso (batang tubuh badan) anda

Saya pasti anda mungkin pernah terdengar mengenai mereka yang bertubuh panjang (di atas) dan berkaki pendek. Atau, bertubuh pendek (di atas) dan berkaki panjang. Manakala, tidak terkecuali , ada juga yang mempunyai tubuh badan yang seimbang (batang tubuh di atas vs bahagian kaki). Apa pun jangan khuatir, ia bukan menunjukkan anda tidak sempurna atau sebaliknya. Mengenalpasti perkadaran tubuh (terbahagi kepada lapan bahagian ini) amat penting dalam penggayaan seseorang individu. Cara yang paling cepat dan ringkas , adalah dengan mengukur dari bawah bahagian dada (tempat bra anda terletak)dengan menggunakan tangan kanan anda, dan tangan kiri di bawahnya. Lihat , jika masih ada ruang antara tangan kiri itu tadi dengan kedudukan pusat, bermaksud anda mempunyai torso tubuh badan yang panjang. Jika sebaliknya, iaitu tangan kiri benar-benar terletak pada pusat atau melebihi garisan pusat, berkemungkinan anda memiliki torso badan yang pendek (di atas).

Jeans yang ada di pasaran terdiri daripada

Super High Rise – ianya sesuai untuk memberikan visual kaki yang panjang. Pinggang seluar kebiasaannya terletak lebih dari 1 inci dari paras pinggang.

High rise jeans – sesuai untuk mereka yang mempunyai torso badan yang panjang. Dengan memilih high rise ia memberikan visual torso badan yang sedikit pendek. Pinggang seluar kebiasaannya terletak 1 inci atas paras pinggang.

Screen Shot 2017-08-19 at 12.06.00 PM.png

Medium rise jeans – sesuai untuk mereka berbadan ‘curvy’ seperti ‘hourglass’. Pinggang seluar terletak betul-betul pada paras pinggang. Terserlah kelangsingan bentuk badan si pemakainya!

Medium to low rise jeans – pinggang seluar terletak 2-3 inci di bawah pusat. Sangat popular di antara kebanyakkan pengeluar denim, terutamanya untuk wanita. Terbaik untuk meratakan punggung.

Low rise jeans – paras pinggang seluar yang sangat rendah, kebiasaannya 3-5 inci di bawah pusat. Sesuai bagi mereka yang mempunyai perut yang kempis. Bagi anda yang mempunyai cabaran ‘muffin tops’ atau lebihan perut yang terbonjol keluar – amatlah tidak disarankan memilih jenis seluar begini.

Tips memilih jenis cawat 

1.     Sentiasa pertimbangkan bentuk badan anda, panjang torso dan perkadaran. Sekiranya anda mempunyai torso badan yang panjang , anda memerlukan jenis high rise (cawat panjang). Memilih low rise jeans hanya akan memberikan visual kaki yang lebih pendek pula.

2.     Sekiranya anda sangat sensitif dengan saiz perut anda yang besar , pemilihan high rise jeans akan membantu mengurangkan visual perut itu. Tetapi jangan salah anggap penggayaan high rise jean ini sepertimana penggunaan ‘girdle’ pula ya!

3.     Ada 2 perkara perlu dipertimbangkan sebelum memilih jenis low rise jeans. Pertama, ia mampu menayangkan ‘butt cleavage’ atau celah punggung ketika anda duduk. Keduanya, lebihan berat (lemak) di perut akan tertolak ke atas sehingga menyebabkan terbentuknya ‘muffin top’.

4.     Super high waisted jeans atau super high rise kadangkalanya boleh memberikan tanggapan ‘old fashion’ kepada si pemakainya. Alternatifnya , pilih pinggang seluar yang terletak 1 inci di atas paras pinggang.

5.     Super low rise jeans sangat sesuai untuk mereka yang berbadan langsing.Sekiranya anda berbentuk pir dan mempunyai berat berlebihan di antara pusat dan paras pinggang seluar jeans – ia seakan-akan menonjolkan lagi pinggul anda yang bersaiz besar.

Selamat Mencuba!


Artikel ini telah disiarkan di kolum Bicara Imej Utusan Malaysia – MEGA Rona pada Rabu 2 Ogos 2017 (m.s 21).

Untuk mendapatkan khidmat runding Puan Emi, sesi secara peribadi atau bercadang untuk mengadakan bengkel, juga program melibatkan latihan di peringkat jabatan atau korporat, sila hubungi beliau di :-

top2toestyliesta@gmail.com | +012 9023625

 

 

Kursus Pentauliahan dan Pensijilan Perunding Imej dan Warna Profesional (CPICC), IITTI (Kanada)

Screen Shot 2017-08-02 at 3.34.42 PMDalami kursus intensif 5.5 hari bersama team kami yang merangkumi modul imej dan etiket berstandard antarabangsa serta bimbingan latihan lengkap dalam menyediakan anda sebagai seorang Perunding Imej  dan Warna Profesional (CPICC) dan pensijilan antarabangsa IITTI Tahap 1 (Kanada) di bawah Top2ToeStyliesta Image Consulting hari ini !

Pensijilan Perunding Imej dan Warna Profesional

Mahukah anda dilatih oleh Perunding Imej Puan Emi Idura , yang bukan sahaja ditauliahkan dan diakreditasikan di peringkat tempatan , malah secara antarabangsa dari 3 buah negara iaitu United Kingdom, United States dan juga Australia selain Malaysia ?

Mahukah anda mendaftar di kursus pentauliahan kami yang menawarkan modul penjenamaan dan pengurusan imej peribadi, etiket perniagaan dan tatarias diri, etiket di meja makan rasmi yang bukan sahaja berstandard antarabangsa malah dipantau oleh sebuah Institut yang bertindak sebagai sebuah badan ISO , berpusat di Kanada ?

Mahukah anda kerjaya yang membenarkan anda bekerja mengikut waktu yang anda tetapkan ? Pendapatan bulanan yang tiada had , malah membolehkan anda menjadi pakar kepada pelbagai cabang bidang, perunding imej korporat, penata gaya, stailis hijab, personal shopper, perunding kecantikan , hos program tv, kolumnis , perunding kerjaya dan sebagainya.

Mahukah anda dibimbing malah duduk sebaris dengan Perunding Imej dan Etiket berstatus Master dan Profesional dunia , dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan projek terkini dalam memartabatkan industri perundingan imej ini dan program yang bakal menempatkan jenama anda di persada antarabangsa ?

Pendapatan tiada had (anda tentukan), pendedahan kepada pelbagai cabang bidang latihan , kecantikan ,  fesyen dan gaya , rakan media , membolehkan anda dikenali di media sosial dan tiket bagi melebarkan sayap ke luar negara jiran dan peringkat antarabangsa.

Screen Shot 2017-08-02 at 3.47.34 PM.pngKriteria yang kami cari , mudah.

Pastikan anda berminat untuk membantu wanita dalam menaikkan keyakinan , kredibiliti dan karisma mereka sebagai seorang individu yang dihormati. Bukan semata-mata kerana ingin menyandang gelaran Perunding Imej itu sendiri. Jika anda yakin, ini kerjaya yang dicari.. sila lengkapkan butiran peribadi dengan klik di pautan di bawah.

Kursus Pensijilan Perunding Imej dan Warna Profesional

Terima kasih. Team kami akan menghubungi Cik Puan/Puan/Tuan dengan kadar segera!

Pensijilan Perunding Imej dan Warna Profesional

 

Screen Shot 2017-08-02 at 10.41.56 PM.png

Screen Shot 2017-08-03 at 1.59.46 PM.png

Berikut di atas merupakan senarai pentauliahan anda pada akhir kursus nanti!

Ya, pensijilan dikeluarkan oleh TopToToeStyliesta Image Consulting juga pengendorsan secara antarabangsa bersama Institute of Image Training and Testing International (IITTI, Kanada)

Screen Shot 2017-08-03 at 2.51.15 PM.png

 

Screen Shot 2017-08-03 at 2.25.01 PM.png

BE BOLD . BE BEAUTIFUL . BE A BRAND NEW YOU