Tambah ketinggian tanpa pil ? 7 strategi bijak wanita petite (seperti Neelofa) boleh amalkan…

Melihat kepada kekecohan di media sosial , dengan rata-rata netizen mem’bawang’kan isu selebriti Neelofa mempromosikan suplemen peninggi badan beberapa hari yang lepas, terpanggil pula untuk saya membahaskan isu ini dengan lebih mendalam.

Adakah saya ingin memperbetulkan isu ini dan turut sama mengecam beliau? Oh tidak, tidak…. sudah tentu, tidak sama sekali !

Tanpa
pil tinggi-5.png

Rasanya elok sahaja isu seperti ini dijawab oleh mereka yang pakar , dan ternyata jawapan dari Dr Beni Rusani dan Dr Amalina Bakri sudah cukup membantu kita untuk menilai sejauh mana ubat peninggi ini mampu membantu tumbesaran dari segi ketinggian seseorang apabila mengamalkannya.

 

This slideshow requires JavaScript.

Sesuatu yang menarik perhatian saya tentang isu yang hangat diperkatakan semua (setelah Neelofa memuatnaik status beliau di Instagram) ini adalah, kewujudan pil sebegini membuktikan adanya permintaan di pasaran!

Sasaran pasaran ? Tentulah mereka yang di bawah kategori petite !

Seperti selebriti….Neelofa 1.57m | Elfira Loy 1.54m 

Di dalam industri fesyen dan pakaian, saiz petite adalah saiz pakaian standard yang direka untuk wanita yang rendah ukurannya, iaitu 160 cm (5 kaki 3 inci) ke bawah- menurut sumber Wikipedia mengenai ‘Saiz Petite’.

Tetapi menariknya – berapa ramai di antara kita hari ini , yang bersikap optimistik dan memilih jalan selamat dengan mempelajari ataupun mendalami ilmu yang mampu memberikan anda mesej WOW (tingginya!), tanpa mengambil sebarang pil?

Apa yang anda perlukan hanyalah keinginan untuk belajar sesuatu yang baru. Belajar dan praktikkannya secara konsisten!

7 Strategi Anda Boleh Praktikkan Hari Ini Juga

STRATEGI PERTAMA – VAMP KASUT 

Dikatakan strategi ‘no brainer’ – tidak disangkal lagi penggunaan kasut bertumit tinggi mampu memberikan visual ketinggian kepada si pemakainya.

Tetapi di sebalik pemilihan kasut bertumit , rekaan dan potongannya haruslah juga diambil kira. Apa yang saya cuba maksudkan di sini adalah, potongan ‘vamp’ kasut tersebut.

Mereka yang petite , saya sarankan agar memilih kasut bervamp rendah (low vamp) bagi memberikan ilusi , visual ketinggian. Sekiranya kasut bervamp tinggi menjadi pilihan, ia bukan sahaja ‘memotong’ badan anda kepada beberapa bahagian , sekaligus memberikan persepsi anda seorang yang rendah.

Kasut-2

STRATEGI KEDUA – MUNCUNG KASUT BERBENTUK TIRUS V (Pointy Toe)

Siapa sangka muncung kasut turut memainkan peranan, bukan? Nah..ini sesuatu yang mungkin anda boleh praktikkan sekarang juga (tanpa berlengah!)

Pilihan muncung kasut berbentuk tirus V dikatakan membantu memberi ilusi kaki yang lebih panjang dan secara tidak langsung memberi visual ketinggian berbanding muncung bersegi atau bulat.

STRATEGI KETIGA – WARNA KASUT

Bagi wanita Muslimah, lebih cantik jika warna kasut yang dipilih adalah warna yang terdekat dengan garis kelepet (hem lines) seluar atau skirt.

Sebaliknya, buat wanita bukan hijabi (memilih untuk tidak menutup bahagian bawah kaki, dari lutut ke pergelangan kaki)  boleh memilih warna nude – seakan warna kulit kaki bagi memberikan ilusi ketinggian secara tidak langsung.

Kasut-6.png

STRATEGI KEEMPAT – PILIHAN SKIM WARNA MONOKROMATIK 

Antara 7 skim warna yang ada, saya lebih gemar untuk menyarankan anda kepada pilihan skim warna monokromatik.

Ternyata skim warna ini antara yang favourites dan must-haves dalam setiap wardrobe si petite (termasuk saya!)

Pun begitu, ha… jangan sesekali confuse antara skim warna monokromatik dan akromatik ini. Walaupun ia ditandapagar (hashtags) begitu popular sekali di setiap platform media sosial , termasuk laman pengeluar fesyen terkenal Malaysia, ikon fesyen dan instafamous di sini – apa yang perlu anda tahu adalah…

Monokromatik BUKAN merujuk kepada warna-warna hitam, putih dan kelabu!

Mono = Satu , manakala Kromatik = Warna

Monokromatik bermaksud, satu warna tetapi berlainan tona (hasil campuran warna-warna putih, hitam juga kelabu iaitu campuran hitam dan putih itu tadi). Dapatkan jawapan perbezaan antara monokromatik dan akromatik di sini...

Elakkan Gaya Color Block – 

Wanita petite tidak disaran sama sekali menggayakan fesyen dengan pilihan ‘color block’. Ya, apa agaknya alasan di sebalik cadangan ini?

Gaya ‘color blocking’ ini , dengan pilihan warna yang pelbagai dan berlainan di setiap zon (bahagian badan), ia membuatkan ketinggian (visual) seseorang itu seakan lebih terbantut (rendah) dari biasa. Ia ibarat memotong setiap bahagian badan individu itu kepada beberapa peringkat.

STRATEGI KELIMA – PENGGUNAAN WOW FAKTOR ‘GARISAN’ DALAM REKAAN 

Ini juga antara strategi yang saya pasti – semua sedia maklum akan kesannya kepada individu yang menggayakan.

Garisan menegak, melintang dan menyerong menyampaikan mesej yang berbeza. Bagi si petite yang berimpian untuk nampak lebih tinggi, gunakan garisan menegak dengan skala yang sesuai dengan skala badan masing-masing.

Screen Shot 2018-04-28 at 6.33.30 PM.png

STRATEGI KEENAM – REKAAN HIGH WAISTED 

Antara rekaan fesyen yang mungkin anda boleh praktikkan , dengan bersyarat anda memiliki perkadaran atas badan yang panjang dan berkaki pendek (long torso,  short legs). Dengan pilihan rekaan high waisted, ia membantu perkadaran anda agar kelihatan lebih ideal , dengan visual bahagian kaki yang lebih panjang berbanding sebelumnya.

Pilihla high waisted skirt atau seluar dan padankan dengan strategi yang lain di atas!

STRATEGI KETUJUH – HELAH ‘POSE’ CARA INSTAFAMOUS

Jika anda gemar ber#ootd dan memuatnaiknya di status media sosial seperti instafamous, pastikan strategi terakhir ini memberikan anda sedikit idea untuk menghasilkan ‘pose’ gaya yang lebih menarik.

Antaranya

  1. Menyilang kaki ketika berdiri,
  2. Mengambil gambar ketika anda berjalan (atau sekadar pose seakan anda sedang berjalan),
  3. Posisi kamera diambil dari bawah bahagian badan
  4. Jaga postur badan!
  5. Pilihan kasut yang betul (Rujuk semula strategi kedua di atas)
  6. Pusingkan badan anda secara menyenget – Letakkan satu kaki di depan yang lain, arahkan kaki tersebut ke arah kamera, dan letakkan berat badan anda pada kaki belakang-sudut ini sesuai untuk membuat anda kelihatan lebih tinggi dan lebih langsing dalam foto. Sentiasa elakkan menghadap kamera secara berdepan.

Kasut-7.png



Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.

Untuk sebarang konsultasi mengenai

  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

PENSIJILAN TTT PIC

 

 

 

 

 

SaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSave

SaveSave