Keliru memilih warna makeup sesuai? Ini rahsianya!

Ketika penyanyi tersohor Rihanna melancarkan jenama kosmetik barunya, Fenty Beauty di New York , awal September 2017 yang lalu – saya sudah jangkakan – satu fenomena baru dalam industri kecantikan bakal meletup dan menggegarkan peminat semua.
Walaupun saya pernah menghasilkan artikel mengenai Fenty Beauty  sebelum ini dan berkongsi kepada semua bagaimana kepelbagaian variasi produk beliau membuatkan satu dunia teruja – sehinggakan setiap kali berkunjung ke Sephora, pasti saya lihat, barangan di kaunter kosmetik milik penyanyi ‘Diamond’  ini kosong dan terpaksa pula menunggu kemasukan stok seterusnya. Wow, amazing bukan?!
Tetapi percayalah , di sebalik kegilaan mendapatkan produk terbaru seperti ini, betapa ramai di antara kita yang sebenarnya pulang dengan kehampaan ? Ia bukan tentang kualiti yang saya maksudkan (sudah tentu kualiti dan long term result adalah keistimewaan USP dan keutamaan produk Fenty Beauty). 
Bercakap mengenai isu kualiti, adalah sangat subjektif. Tidak saya nafikan adakalanya produk yang ditawarkan rendah pada harganya memberikan satu kepuasan berbanding dengan yang tinggi nilainya. Jadi terpulang kepada citarasa dan bajet masing-masing untuk memilih yang terbaik. 
Terus terang dengan saya…berapa ramai di kalangan anda di sini yang tahu ‘exactly’ atau secara tepatnya untuk memilih warna makeup yang sesuai?
untuk membeli berdasarkan kepada skin tone atau warna tona kulit bukan undertone-3.pngNah, okay.. percayalah, segalanya yang dikongsi di atas ini, bukan anda seorang! Ternyata, saya sendiri pernah mengalaminya!
Dan penting untuk saya tekankan di sini bahawa, langkah pertama dalam memilih warna makeup yang sesuai adalah dengan mengenalpasti undertone kulit anda , samaada di bawah kategori undertone panas, sejuk atau neutral (warm, cool or neutral). Tapi malangnya seringkali saja kita membuat pilihan kerana terikut-ikut dengan yang lain atau terpengaruh dengan saranan oleh jurujual di kaunter untuk membeli berdasarkan kepada skin tone – light, medium, dark bukan undertone. Being a Malaysian – we always wanted to be nice and avoid hurting other people’s feeling by rejecting them, betul ? Saya faham! Kerana pengalaman seperti inilah , ramai yang akhirnya ‘tertipu’ dan akhirnya terpaksa akui – pembelian tadi tidak memberikan result yang memuaskan, walaupun resit di tangan menunjukkan RM300 untuk satu urusniaga pembelian sahaja!
Screen Shot 2018-08-01 at 3.11.18 PM.pngJadi, apa sebenarnya yang perlu anda tahu?   
Undertone!
Kenyataan : Undertone bukan skintone (nama pun berbeza,bukan?) Usah keliru!
Undertone merujuk kepada tona di bawah warna kulit, seakan bebayang kepada warna kulit anda. Berbeza dengan skin tone  atau tona kulit, undertone kita tidak sesekali akan berubah. Terhasil daripada sejumlah pengeluaran pigmen di dalam sel kulit, ia secara tidak langsung mengkategorikan setiap individu kepada warm undertone, cool undertone dan juga neutral undertone (setelah dianalisa oleh Perunding Imej dan Warna bertauliah seperti CFIP, CPICC). 
Ciri-ciri mereka yang berundertone sejuk
  • Urat di pergelangan tangan kelihatan kebiruan atau ungu
  • Terserlah bila disuaipadankan dengan warna putih (pure white) , hitam beserta aksesori bermetal silver.
  • Warna mata coklat kehitaman, atau seakan hitam
  • Kulit kelihatan seakan warna merah jambu, violet atau kebiruan.
  • Kulit mudah terbakar (burn) atau kulit menggelupas selepas berjemur atau menjalankan aktiviti di bawah panas terik matahari untuk beberapa lama
Maksudnya?
  • Pilihla bedak asas ( foundation) berdasarkan warna merah jambu (pink based)
  • Lipstik, blusher dan eyeshadow pula berdasarkan warna biru (blue based)
Ciri-ciri mereka yang berundertone panas 
  • Urat di pergelangan tangan kelihatan lebih kehijauan 
  • Terserlah cantik dengan warna-warna tanah (earthy colors), seperti warna emas, coklat mocha, ivory, kehijauan tanah , bata merah burgundy dan jingga.
  • Sesuai dengan pilihan makeup yang berasaskan warna kuning. 
  • Kulit kekuningan, keemasan , pic, atau kadangkalanya undertone seakan hijau olive (bagi mereka yang cenderung kepada undertone neutral)
  • Mudah tan selepas berjemur atau menjalankan aktiviti di bawah panas terik matahari untuk beberapa lama
Maksudnya?
  • Pilihla bedak asas ( foundation) , lipstik , blusher dan eyeshadow berasaskan warna kuning (yellow based).
Tapi, bagaimana pula anda bukan di kedua-dua kategori di atas ? Kelirunya!
Jika anda masih tidak dapat mengenalpasti undertone anda pada saat ini, kemungkinan besar anda di bawah kategori neutral.  Walaupun kelebihan mereka di bawah kategori neutral ini boleh mengenakan apa sahaja warna dan tampil tetap menarik , tetapi kecenderungan pasti akan terjurus kepada salah satu apabila disuaipadankan secara dekat. 
Berlainan dengan palet warna undertone panas (warm) atau undertone sejuk (cool) yang lebih ‘straightforward’ , menganalisa individu berundertone neutral memerlukan kepakaran Perunding Imej dan Warna bertauliah (CFIP, CPICC) untuk membantu mendapatkan jawapan yang lebih tepat.
Cuba lihat contoh warna foundation, powder, blusher dan eyeshadow di bawah ini. Dapatkah anda membezakan antara warna-warna yang berasaskan warna biru dan warna-warna berasaskan warna kuning ? Jika ya, tahniah! Saya yakin anda kini tahu di mana kumpulan kategori undertone anda berada..
untuk membeli berdasarkan kepada skin tone atau warna tona kulit bukan undertone-7.png
Saya percaya, jika anda seorang yang obses dengan kecantikan, pastinya anda pernah melihat label seperti
1. Neutral Cool (NC) – merujuk kepada mereka yang neutral tapi lebih cenderung kepada cool undertone*
2. Neutral Olive – merujuk kepada mereka yang neutral tapi cenderung kepada warm undertone.
3. Warm Peach – merujuk kepada mereka yang berundertone panas (warm)
4. Neutral Warm (NW) -merujuk kepada mereka yang neutral tapi lebih cenderung kepada warm undertone*
5. Cool – merujuk kepada individu berundertone sejuk (cool)
6. Warm- merujuk kepada individu berundertone panas (warm)
*Kecuali jenama kosmetik MAC, walaupun mereka menggunakan label NC, NW – tetapi maksud sebenar di sebalik N ini adalah NOT, iaitu NOT COOL (NC) dan NOT WARM (NW). Ya, agak mengelirukan labelnya, saya akui! Harus hati-hati ketika memilih nanti, ya!
Wow, kalau begitu di mana silapnya??
Apa yang sering disarankan oleh jurujual di kaunter-kaunter kosmetik hari ini , adalah pemilihan warna berdasarkan skin tone. Ternyata bukan salah anda, kerana sebelum ini , saya pasti , anda tidak tahu atau mungkin tidak pernah terdengar akan info yang saya kongsikan di atas ini , betul?

Screen Shot 2018-08-01 at 5.24.06 PM.png

Rujukan kepada skin tone seperti di atas hanya akan memberikan anda pilihan warna  mengikut warna tona kulit anda, tetapi tidak tepat selagi anda tidak mengenalpasti undertone sendiri. Adakah anda cenderung kepada pilihan warna-warna sejuk , panas atau neutral?
Tidak saya nafikan , terlalu banyak kekeliruan mesej di atas, baik yang dikongsikan di YouTube channel , atau seminar-seminar kecantikan dan imej sehingga menyebabkan ramai wanita hari ini tetap melakukan kesalahan yang sama setiap kali membeli. Saranan saya, agar jangan mudah terpengaruh , dan pastikan anda mendapat konsultasi dari rakan-rakan Perunding Imej dan Warna Profesional yang bertauliah sahaja. 
Dapatkan jawapan kepada undertone anda, kemudian barulah anda mula rujuk kepada skintone pula. Langkah seperti ini lebih tepat dan membantu anda untuk berjimat lebih ratusan kali ganda dalam setahun…
Berita baiknya, anda boleh dapatkan jawapan di atas, dengan menempah buku Kuasa Warna kami , hari ini! Pertama di pasaran, sebuah buku praktikal dalam penguasaan warna , dengan aspirasi agar pembaca dapat menguasai kemahiran menganalisa warna peribadi secara mudah. Diolah dengan begitu teliti, ia menawarkan panduan langkah demi langkah mengenalpasti undertone masing-masing secara do-it-yourself (DIY).
Buku Kuasa Warna ini dihasilkan dengan merujuk kepada sistem analisis warna bermusim (seasonal color analysis) yang digunapakai oleh Perunding Imej antarabangsa seluruh dunia, juga menepati standard industri Perundingan Imej secara keseluruhannya.
Ia bukanlah untuk dibandingkan dengan mana-mana sistem analisis warna yang diperkenalkan dan hasil inovasi Perunding Imej antarabangsa yang lain tetapi lebih kepada panduan pantas menganalisa undertone peribadi tanpa mendalami konsep analisis warna yang rumit dan kadangkalanya tidak bersesuaian pula dengan orang Asia. Hubungi pihak kami di +012 9023625 jika berminat untuk menempahnya, hari ini!!!!
IMG_1509 2.PNG

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic

Mengapa Mark Zuckerberg memilih ‘kredibiliti’ berbanding ‘keselesaan’? 

May your day be as bright as the flowers of May.png
Rata-rata saya melihat komen Perunding Imej Antarabangsa yang bertaraf Profesional dan Master dunia yang memuji tindakan CEO juga pengasas syarikat Facebook Mark Zuckerberg – ketika beliau dipanggil oleh Ahli Kongres UK bagi menjawab pertuduhan yang dikenakan ke atas firmanya baru-baru ini . Ianya berkaitan dengan kes pencerobohan data dilakukan oleh Cambridge Analytica yang melibatkan jutaan data pengguna laman media sosial itu.
Pujian itu tidak lain tidak bukan, bahawa beliau (Mark) bijak dalam menguruskan persepsi dan pandangan orang ramai dan tidak sesekali menjatuhkan kedudukan beliau dengan memakai jeans dan T-shirt , baju dan juga ‘pakaian seragam’ yang menjadi ‘trademark’ kebiasaannya itu.
Apa sebenarnya yang saya cuba maksudkan?
Cara berpakaian merupakan sebahagian daripada imej – iaitu personaliti gaya seseorang , juga ia menggambarkan identiti jenama yang ingin ditonjolkan. Ya , jenama  peribadi.
Siapa anda hari ini, dan apa yang membezakan anda dengan yang lain.  Ia memberikan maksud dan mesej berbeza bergantung bagaimana anda cuba sampaikannya . Dalam konteks ini, kita merujuk kepada visual penampilan.
Pemilihan baju seperti T-Shirt dan jeans hanya memberikan mesej – jenis pilihan pakaian kasual (dalam pengertian industri perundingan imej standard antarabangsa ia bermaksud ‘dressing down’).
Dressing down ini secara automatiknya membuatkan si pemakainya kelihatan agak relaks, terbuka, peramah, ya memang mereka mudah didekati, tetapi dari segi kedudukan dalam aras autoriti – TIADA. Lebih tepat lagi, ia bukan dalam kategori pakaian rasmi atau formal.
Relaks = Kasual = Tiada Autoriti
Nahh, jangan cepat melatah!🤦🏻‍♀️ (Baca dulu ulasan saya di bawah …)
Ia juga bergantung kepada situasi –
Mark , umum sedia maklum seorang individu yang sangat berpengaruh, terkenal, antara yang ke-7 terkaya di dunia malah dikatakan net worthnya adalah US$62.2 bilion setakat Mac tahun 2018 ini sahaja.
Mereka yang SUDAH MEMPUNYAI JENAMA dan DIKENALI RAMAI seperti beliau , tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam menempatkan diri beliau di dalam industri mahupun mengviralkan diri semata-mata untuk mendapatkan followers atau dikenali ramai.
Persoalannya, mengapa beliau memilih berpakaian secara formal dengan bersut lengkap ketika menghadirkan diri memberi keterangan di hadapan Ahli Parlimen UK beberapa bulan yang lalu? Sedangkan , bagi seseorang yang ternama dan sudah ‘selesa’ dengan kedudukan dan kejayaannya hari ini , boleh sahaja memilih dan tampil sepertimana beliau dikenali.  T-shirt kelabu dan berseluar jeans.
Ya, saya pasti anda akan menjawab – tujuannya bagi menghormati kod etika pemakaian majlis.
Okay, benar ! Ia adalah etiket pemakaian yang perlu kita ikuti dan patuhi ketika menghadiri mana-mana majlis – di mana sebagai seorang individu yang  bertimbang rasa dan menghormati antara satu sama lain atau tuan rumah sendiri – kita haruslah sentiasa peka dengan kod etika pemakaian yang mungkin telah ditetapkan oleh pihak yang menjemput atau mengikut jenis formaliti majlis.
Berdasarkan skala kod pemakaian ke pejabat yang dikeluarkan oleh Perunding Imej bertaraf Profesional dan Master dunia, malah disahkan pula oleh Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa Kanada , ada 4 peringkat pemakaian atau jenis pemakaian kesemuanya yang menyampaikan mesej berbeza (pertama kepada pemakainya, dan kedua kepada orang ramai yang melihatnya).
Ia secara tidak langsung mempengaruhi cara si pemakainya berfikir, rasa, bertindak juga tingkah laku. Kemudian bagaimana pula orang ramai bertindak balas terhadap respons pemakainya itu tadi.
Jenis Pakaian ke Pejabat (mengikut industri standard Perundingan Imej)
Dari gaya kasual , Mark memilih kredibiliti sebagai mesej penampilan beliau…
Berdasarkan situasi, majlis juga audiens yang bakal dihadapinya, Mark Zuckerberg telah memilih untuk tampil penuh kredibiliti berbanding keselesaan (bergaya santai kasual). Lihat bagaimana beliau bijak menggunakan mesej berpakaian untuk menyampaikan apa yang beliau rasa, fikir pada saat dan ketika itu. Dari paras 1 , beliau memilih untuk tampil lebih berwibawa dengan memilih kategori pemakaian di paras 4.
Sesuatu yang menarik tentang pilihan Mark untuk bersut lengkap (dengan bertali leher) pada hari tersebut , turut dimuatnaik di dalam status Facebook beliau sendiri…
Mark Zuckerberg memilih untuk memakai tali leher setiap hari pada tahun 2009 yang lalu. Persoalannya…apakah yang beliau cuba sampaikan ? Ya! Beliau serius dan mempunyai kredibiliti (mahu dihormati dan diyakini di dalam bidang yang diceburinya!)
……’I started doing these challenges in 2009. That first year the economy was in a deep recession and Facebook was not yet profitable. We needed to get serious about making sure Facebook had a sustainable business model. It was a serious year, and I wore tie every day as a reminder’
Today feels a lot like that first year. The world feels anxious and divided, and Facebook has a lot of work to do — whether it’s protecting our community from abuse and hate, defending against interference by nation states, or making sure that time spent on Facebook is time well spent. 
Secara peribadi, saya merasakan Mark harus dipuji kerana bijak menggunakan ‘mesej berpakaian’ sebagai alat untuk menggambarkan betapa seriusnya beliau dalam memastikan perniagaan Facebooknya mempunyai model perniagaan yang mampan walaupun ketika zaman ekonomi meleset ketika itu (2009). Memakai tali leher sepanjang tahun sebagai satu simbol kesungguhan atau keseriusan , sehingga beliau menamakannya sebagai “Wore a Tie for a whole year” , iaitu antara peristiwa penting yang pernah berlaku dalam sejarah hidupnya.
Dan melalui status yang dimuatnaik , beliau merasakan amat perlu untuk mengekalkan dan mengulangi mesej tersebut tahun ini.  Cabaran peribadi 2018 – fokus dalam memperbetulkan isu yang melanda.

After the start of the recession in 2008, I wanted to signal to everyone at Facebook that this was a serious year for us. Great companies thrive by investing more heavily while everyone else is cutting back during a recession. But great companies also make sure they’re financially strong and sustainable. My tie was the symbol of how serious and important a year this was, and I wore it every day to show this.

Kesimpulannya…
Mengenalpasti mesej berpakaian sangat penting kerana ia menyampaikan apa yang kita fikir, rasa, mood juga emosi ketika itu – lantas membentuk satu cerminan kepada orang ramai dan membuatkan mereka menilai, memberi pandangan juga persepsi yang berbeza. Adakalanya positif, dan tidak kurang negatif.
Sebagai seorang Perunding Imej yang bertauliah , mengenalpasti 4 peringkat pemakaian (levels of business dressing) , elemen dan mesej di setiap peringkat ini sangatlah penting. Elemen yang menyentuh tentang tahap autoriti bagi setiap pewarnaan, jenis baju , rekaan, jahitan, jenis fabrik yang sangat berkaitan dengan pekerjaan dan industri si pemakai.
Atas sebab itu jugalah, bimbingan imej peribadi (personal image coaching) mahupun program latihan dalaman Korporat (corporate in-house training), akan diberi penekanan tentang mesej berpenampilan yang berdasarkan 4 peringkat atau paras pemakaian ke pejabat. Jangan tersilap, strategi ini juga boleh diaplikasikan buat mereka yang tidak bekerja di pejabat tetapi masih perlu berurusan dengan orang ramai dan ingin mendapatkan lebih keyakinan, kepercayaan, penghormatan dari mereka sekeliling. Transformasi imej secara menyeluruh perlu dilihat secara holistik, dari dalaman kepada luaran dan memerlukan lebih dari strategi A, B, C dan D. Ya, bukan hanya pada personaliti gaya, bentuk badan , pewarnaan peribadi dan modul berkonsepkan grooming semata-mata.
(Nota kecil : Pastikan program latihan anda mendapat ROI atau pulangan pelaburan yang berbaloi dengan nilai tambah yang ditawarkan – bertepatan dengan kos konsultasi fi yang dikenakan).
Key takeaways …
Sebagaimana kita membuat keputusan setiap hari , iaitu dalam urusan pembelian produk (contohnya), seringkali kita melihat dan membuat perbandingan dari segi ‘presentation’ iaitu cara pembungkusan , pewarnaan , mesej penulisan juga fontnya , bahan yang digunakan dan tentunya kualiti produk itu sendiri –  bolehkah ia dipercayai , diyakini dan mendapat ‘pengesahan’ dari orang ramai. Setiap produk ini tentunya mewakili syarikat dan juga pengasasnya secara tidak langsung.
Mesej pengisiannya harus positif , baik secara dalaman dan luaran. Begitu jugalah dengan anda. Dan Mark Zuckerberg, di dalam hal ini, tentunya tidak terkecuali! Sekilas pandang, iaitu dari sesingkat 7 saat tanggapan pertama, visual penampilan akan dinilai terlebih dahulu (selain bahasa badan).  Seperti produk yang dipamer di rak-rak jualan, persepsi positif atau negatif sudahpun terbentuk di minda seseorang samaada untuk terus mendekati atau menjauhi anda. Menjadi kawan, atau lawan.
VISUAL KREDIBILITI = FORMAL = AUTORITI TINGGI
Konsistensi adalah kunci utama di sini. Mesej untuk lebih diyakini, dihormati, dipercayai terletak di tangan anda. Dalam apa juga keadaan, waktu dan majlis, saya memilih kredibiliti dahulu, dan keselesaan yang kedua. Ia sesuai dengan mesej yang ingin saya sampaikan sebagai seorang perunding imej yang berpegang kepada nilai-nilai – Profesionalisme, Integriti,Kredibiliti, Kecemerlangan, dan Boleh dipercayai.
Anda, bagaimana??

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic

Apa yang perlu anda tahu bila memilih baju raya!

APA YANG ANDA PERLU TAHU BILA MEMILIH BAJU RAYA!
Soalan saya mudah,
1. Anda membeli kerana fesyen dan trend terkini , atau kerana ia sesuai dengan bajet dan personaliti anda secara peribadi ?
Pilih Jawapan : 
A. Obses dengan fesyen terkini
B. Kesesuaian bajet dan personaliti
C. Tak kisah pun, saya ada banyak duit nak spend. Saya beli sebab saya suka.
IMG_7955
Ruffle di tangan, elakkan bagi mereka yang badannya berbentuk epal
2. Pernahkah anda terfikir atau tertanya-tanya bahawa fesyen yang dipilih itu mampu digayakan sehingga tahun depan (sekurang-kurangnya) ? 
Pilih Jawapan :
A. Tak pernah terfikir, yang penting saya beli trend terkini
B. Penting tu! Kebiasaannya baju yang dibeli adalah antara rekaan klasik tetapi diubah mengikut trend terkini. Saya juga pastikan walaupun untuk 2-3 tahun akan datang, saya masih tak malu menggayakannya.
C. Nama lagi fesyen. Saya suka menggayakan apa yang dikatakan fesyen in-trend. Haute couture , saya tak beli RTW (ready-to-wear). Tahun depan saya beli koleksi yang lain.
3. Pernahkah anda mengukur atau mengenalpasti bentuk dan jenis badan sendiri ?
Pilih Jawapan :
Penting : Pemilihan baju haruslah berdasarkan bentuk dan jenis badan. Saiz ? Cari saiz selepas anda sudah mengenalpasti bentuk dan jenis badan sendiri.
A. Bentuk badan ? Saya cari dulu baju apa yang saya suka, kemudian terus memilih saiz. Saya tak tahu pula kita kena beli mengikut bentuk badan.
B. Ya, saya sering memilih baju mengikut bentuk badan sendiri. Tak mahulah, beli fesyen terkini, tapi tetap serlahkan bahagian badan yang bermasalah. Contoh, kalau saya besar di bahagian perut, takkan nak pakai peplum lagi. Itu bukan tutup kekurangan, tapi buat orang pandang lagi di bahagian situ , adalah!
C. Saya tak mengikut rules dalam fesyen. Saya pakai apa yang saya suka.
Padanan tudung dengan baju raya
Padanan tudung : Jika tudung berbunga, warna baju haruslah dipilih berdasarkan salah satu warna paling kecil di dalam tudung tersebut. Lakukan sebaliknya jika warna tudung berona polos. Baru dilihat ada keharmonian di dalam sesuatu penggayaan..Perunding Imej Emi Idura
4. Warna membangkitkan emosi, mempengaruhi mood dan perasaan si pemakai juga mereka yang melihat – baik secara langsung dan tidak langsung. Warna juga mampu menyerlahkan penampilan seseorang individu , malah boleh menenggelamkannya jika tidak bijak menyuaipadan.
Nota :
– Pemilihan warna yang tepat mampu membuatkan anda jauh lebih muda dari usia sebenar. Dan saya tidak sebut tentang harga dan jenama ya!
– Pemilihan warna yang tepat, membantu anda nampak sangat ceria , wajah lebih putih berseri di dalam gambar potret raya!
– Pemilihan warna yang kurang tepat, lebih-lebih satu keluarga menggayakannya, membuatkan potret raya nampak boring, muka seakan pucat dan tidak menceriakan.
– Wajah pula lebih kusam, gelap. Dari jauh, hanya nampak warna baju dahulu yang timbul, si pemakainya tenggelam di sebaliknya.
Bagaimana anda memilih warna baju raya ? Pernahkah terfikir untuk memilih warna terbaik dan menepati kesesuaian setiap ahli keluarga?
Pilih Jawapan :
A. Saya pilih warna yang belum pernah digayakan sebelum ini. Tempah atau beli saja RTW . Tak kisah , yang penting kami sedondon.
B. Hmm, pernah terfikir juga. Kadangkala, bila pilih sesuatu warna tu, nampak cantik ketika dipamerkan. Tapi bila kami sekeluarga pakai, bergambar raya, aduhai…tak cantik pula. Ada strategi ya, Puan?
C. Saya suka kalau nampak outstanding dari yang lain. Tak kisah sesuai atau tidak. Asalkan baju designer terkenal, i’m happy.
Nah, jawapan anda ?
Jika ianya lebih cenderung kepada A
You need help! Pemilihan baju raya bukan hanya berkisar tentang fesyen dan trend terkini. Warna, bentuk dan jenis badan, personaliti gaya, bajet vs kos setiap penggunaan, jenis kitaran fesyen, ini antara ilmu yang perlu anda dalami.
Jika ianya lebih cenderung kepada B
Anda mempunyai sedikit ilmu tentang penggayaan. Seorang individu yang tidak terlalu obses dengan trend semasa, tapi tahu apa yang terbaikuntuk diri dan keluarganya.
Jika ianya lebih cenderung kepada C
Wow! Yang pasti anda tidak suka mengikut peraturan. Kebanyakkan waktu, mereka ini tergolong dalam individu berpersonaliti gaya dramatik dan kreatif. Mereka inginkan perhatian , dan tidak kisah tentang apa yang orang kata tentang dirinya.
Jom!
Nak tahu lebih lanjut? Jangan lupa LIKE, LOVE, SHARE video ni , di mana saya kongsikan sedikit tips pemilihan baju raya , di Assalamulaikum TV Al Hijrah , pada Rabu 6hb Jun yang lalu..

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

    pensijilan-ttt-pic

10 Fesyen Raya Sabotaj Gaya dan Imej Anda

10x Anda Sabotaj-2

Kurang seminggu sahaja lagi untuk kita, umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan bulan Syawal..

Sudah menjadi praktis setiap tahun , beberapa bulan sebelum tibanya puasa, saya cukup gemar memerhatikan fesyen raya yang diperkenalkan oleh pengeluar pakaian Muslimah , baik dari pereka fesyen yang terkenal mahupun pereka muda – selaku muka baru untuk koleksi Hari Raya. Dan tahun ini tidak terkecuali.
Tahun 2018 – tiada banyak keluaran terbaru yang begitu ketara rekaannya, ramai yang masih mengekalkan kurung moden seperti tahun-tahun sudah cuma diubahsuai sedikit dari tahun terdahulu.

Seperti tahun lalu (2017) , saya telah dijemput sebagai panel undangan khas di studio Apa Kata Wanita RTM TV1 bagi membicarakan topik ‘Isu Fesyen Raya 2017’ bersama hos Datin Zamzarina Zambri.

This slideshow requires JavaScript.

Menariknya, tahun ini (tanpa saya jangka), sekali lagi saya dijemput membicarakan topik ‘Pemilihan Baju Raya’ , tetapi oleh stesyen tv islamik terkenal TV Al Hijrah bagi mengisi slot program Assalamualaikum #Lifestyle atau #GayaHidup, pada pagi Rabu 6hb Jun 2018 yang lalu.

Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman sebagai hos program ‘WOW’ Apa Kata Wanita sepanjang tahun lalu di TV1, dan lebih 5 kali bersiaran secara LIVE di TV Al Hijrah tahun ini, membicarakan topik sebegini bukanlah satu tugas yang sukar, malah saya sangatlah teruja juga terharu kerana mendapat sokongan dan kepercayaan produser untuk berkongsi di pentas ini.

This slideshow requires JavaScript.

Tidak cukup dengan 15minit perkongsian di kaca tv, saya merasakan perlu untuk saya ulaskan beberapa lagi contoh baju raya, yang sebenarnya boleh mensabotaj gaya dan imej anda – jika tidak dipilih dengan betul.

Ini penting, kerana sebagai pembeli dan pengguna yang bijak , adalah menjadi hak kita mengetahui apa yang terbaik untuk diri sendiri, sebelum meletakkan sejumlah wang sebagai tanda anda berpuas hati dengan kualiti, harga dan rekaannya.

  1. Mengelakkan anda daripada terus melakukan pembaziran setiap tahun
  2. Tahu apa yang terbaik untuk anda sebagai pembeli
  3. Dalami ilmu penggayaan (secara percuma) dari saya!

Stay tune! Jangan lupa nantikan post saya seterusnya ok!


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.

Untuk sebarang konsultasi mengenai

  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic

Datin Seri Rosmah serba merah di SPRM

34445066_10156566564534873_3197455864558518272_n

Datin Seri Rosmah Mansor tiba di perkarangan pejabat SPRM pagi ini dengan berselendang merah dan berbaju biru hangat musim Spring..

Selendang di kepala MERAH
Shawl di tangan MERAH
Handbag Versace MERAH
Kasut MERAH

Pendapat saya, ia satu pilihan yang kurang tepat terutamanya apabila beliau perlu menghadapi saat-saat sukar ketika menjawab pertanyaan pegawai nanti.(Almaklum, namapun ‘dipanggil’ bukan ‘dijemput’ SPRM…ia adalah 2 situasi yang berbeza. Mesej yang perlu disampaikan juga berbeza.)

MERAH, lambang kekuatan, kemegahan, kuasa.
Tetapi jika salah digunakan atau digayakan di tempat-tempat tertentu, boleh membawa ‘bencana’ kepada diri sendiri.

MERAH, mampu menjejaskan mood, tingkah laku juga tahap stress seseorang. Secara psikologinya , ia mampu meningkatkan kadar pernafasan dan tekanan darah , oleh kerana itu, muka kita cepat menjadi merah apabila dalam keadaan malu atau marah.

MERAH, walaupun menurut kajian oleh ahli psikologi , Andrew J. Elliot dari University of Rochester , New York, Amerika Syarikat pada tahun 2014 – kaum lelaki dikatakan gemar memandang WANITA berpakaian warna ini, kerana mereka dianggap lebih menarik juga mengghairahkan, tetapi saya pasti itu tidak berlaku di pejabat SPRM pagi ini …

MERAH, secara negatifnya pula , ia bermaksud kemarahan, bersifat ingin menguasai, tidak mudah bertolak ansur, keras kepala, ganas, kejam.Dikelilingi oleh terlalu banyak warna

MERAH juga boleh membuatkan sesuatu ruang (bilik), si pemakai atau orang di sekelilingnya berasa panas, gelisah akhirnya cepat marah.

Warna bukan sekadar hiasan.
Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan.

Pilihla warna yang tepat berdasarkan situasi dan mesej yang anda ingin sampaikan.Kalau nak tunjuk kuasa, biarlah ia ‘bertempat’…

Topik ini pernah saya kongsikan di Utusan Malaysia 2 tahun yang lalu, dan boleh dibaca di sini.


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.

Untuk sebarang konsultasi mengenai

  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic