Tambah ketinggian tanpa pil ? 7 strategi bijak wanita petite (seperti Neelofa) boleh amalkan…

Melihat kepada kekecohan di media sosial , dengan rata-rata netizen mem’bawang’kan isu selebriti Neelofa mempromosikan suplemen peninggi badan beberapa hari yang lepas, terpanggil pula untuk saya membahaskan isu ini dengan lebih mendalam.

Adakah saya ingin memperbetulkan isu ini dan turut sama mengecam beliau? Oh tidak, tidak…. sudah tentu, tidak sama sekali !

Tanpa
pil tinggi-5.png

Rasanya elok sahaja isu seperti ini dijawab oleh mereka yang pakar , dan ternyata jawapan dari Dr Beni Rusani dan Dr Amalina Bakri sudah cukup membantu kita untuk menilai sejauh mana ubat peninggi ini mampu membantu tumbesaran dari segi ketinggian seseorang apabila mengamalkannya.

 

This slideshow requires JavaScript.

Sesuatu yang menarik perhatian saya tentang isu yang hangat diperkatakan semua (setelah Neelofa memuatnaik status beliau di Instagram) ini adalah, kewujudan pil sebegini membuktikan adanya permintaan di pasaran!

Sasaran pasaran ? Tentulah mereka yang di bawah kategori petite !

Seperti selebriti….Neelofa 1.57m | Elfira Loy 1.54m 

Di dalam industri fesyen dan pakaian, saiz petite adalah saiz pakaian standard yang direka untuk wanita yang rendah ukurannya, iaitu 160 cm (5 kaki 3 inci) ke bawah- menurut sumber Wikipedia mengenai ‘Saiz Petite’.

Tetapi menariknya – berapa ramai di antara kita hari ini , yang bersikap optimistik dan memilih jalan selamat dengan mempelajari ataupun mendalami ilmu yang mampu memberikan anda mesej WOW (tingginya!), tanpa mengambil sebarang pil?

Apa yang anda perlukan hanyalah keinginan untuk belajar sesuatu yang baru. Belajar dan praktikkannya secara konsisten!

7 Strategi Anda Boleh Praktikkan Hari Ini Juga

STRATEGI PERTAMA – VAMP KASUT 

Dikatakan strategi ‘no brainer’ – tidak disangkal lagi penggunaan kasut bertumit tinggi mampu memberikan visual ketinggian kepada si pemakainya.

Tetapi di sebalik pemilihan kasut bertumit , rekaan dan potongannya haruslah juga diambil kira. Apa yang saya cuba maksudkan di sini adalah, potongan ‘vamp’ kasut tersebut.

Mereka yang petite , saya sarankan agar memilih kasut bervamp rendah (low vamp) bagi memberikan ilusi , visual ketinggian. Sekiranya kasut bervamp tinggi menjadi pilihan, ia bukan sahaja ‘memotong’ badan anda kepada beberapa bahagian , sekaligus memberikan persepsi anda seorang yang rendah.

Kasut-2

STRATEGI KEDUA – MUNCUNG KASUT BERBENTUK TIRUS V (Pointy Toe)

Siapa sangka muncung kasut turut memainkan peranan, bukan? Nah..ini sesuatu yang mungkin anda boleh praktikkan sekarang juga (tanpa berlengah!)

Pilihan muncung kasut berbentuk tirus V dikatakan membantu memberi ilusi kaki yang lebih panjang dan secara tidak langsung memberi visual ketinggian berbanding muncung bersegi atau bulat.

STRATEGI KETIGA – WARNA KASUT

Bagi wanita Muslimah, lebih cantik jika warna kasut yang dipilih adalah warna yang terdekat dengan garis kelepet (hem lines) seluar atau skirt.

Sebaliknya, buat wanita bukan hijabi (memilih untuk tidak menutup bahagian bawah kaki, dari lutut ke pergelangan kaki)  boleh memilih warna nude – seakan warna kulit kaki bagi memberikan ilusi ketinggian secara tidak langsung.

Kasut-6.png

STRATEGI KEEMPAT – PILIHAN SKIM WARNA MONOKROMATIK 

Antara 7 skim warna yang ada, saya lebih gemar untuk menyarankan anda kepada pilihan skim warna monokromatik.

Ternyata skim warna ini antara yang favourites dan must-haves dalam setiap wardrobe si petite (termasuk saya!)

Pun begitu, ha… jangan sesekali confuse antara skim warna monokromatik dan akromatik ini. Walaupun ia ditandapagar (hashtags) begitu popular sekali di setiap platform media sosial , termasuk laman pengeluar fesyen terkenal Malaysia, ikon fesyen dan instafamous di sini – apa yang perlu anda tahu adalah…

Monokromatik BUKAN merujuk kepada warna-warna hitam, putih dan kelabu!

Mono = Satu , manakala Kromatik = Warna

Monokromatik bermaksud, satu warna tetapi berlainan tona (hasil campuran warna-warna putih, hitam juga kelabu iaitu campuran hitam dan putih itu tadi). Dapatkan jawapan perbezaan antara monokromatik dan akromatik di sini...

Elakkan Gaya Color Block – 

Wanita petite tidak disaran sama sekali menggayakan fesyen dengan pilihan ‘color block’. Ya, apa agaknya alasan di sebalik cadangan ini?

Gaya ‘color blocking’ ini , dengan pilihan warna yang pelbagai dan berlainan di setiap zon (bahagian badan), ia membuatkan ketinggian (visual) seseorang itu seakan lebih terbantut (rendah) dari biasa. Ia ibarat memotong setiap bahagian badan individu itu kepada beberapa peringkat.

STRATEGI KELIMA – PENGGUNAAN WOW FAKTOR ‘GARISAN’ DALAM REKAAN 

Ini juga antara strategi yang saya pasti – semua sedia maklum akan kesannya kepada individu yang menggayakan.

Garisan menegak, melintang dan menyerong menyampaikan mesej yang berbeza. Bagi si petite yang berimpian untuk nampak lebih tinggi, gunakan garisan menegak dengan skala yang sesuai dengan skala badan masing-masing.

Screen Shot 2018-04-28 at 6.33.30 PM.png

STRATEGI KEENAM – REKAAN HIGH WAISTED 

Antara rekaan fesyen yang mungkin anda boleh praktikkan , dengan bersyarat anda memiliki perkadaran atas badan yang panjang dan berkaki pendek (long torso,  short legs). Dengan pilihan rekaan high waisted, ia membantu perkadaran anda agar kelihatan lebih ideal , dengan visual bahagian kaki yang lebih panjang berbanding sebelumnya.

Pilihla high waisted skirt atau seluar dan padankan dengan strategi yang lain di atas!

STRATEGI KETUJUH – HELAH ‘POSE’ CARA INSTAFAMOUS

Jika anda gemar ber#ootd dan memuatnaiknya di status media sosial seperti instafamous, pastikan strategi terakhir ini memberikan anda sedikit idea untuk menghasilkan ‘pose’ gaya yang lebih menarik.

Antaranya

  1. Menyilang kaki ketika berdiri,
  2. Mengambil gambar ketika anda berjalan (atau sekadar pose seakan anda sedang berjalan),
  3. Posisi kamera diambil dari bawah bahagian badan
  4. Jaga postur badan!
  5. Pilihan kasut yang betul (Rujuk semula strategi kedua di atas)
  6. Pusingkan badan anda secara menyenget – Letakkan satu kaki di depan yang lain, arahkan kaki tersebut ke arah kamera, dan letakkan berat badan anda pada kaki belakang-sudut ini sesuai untuk membuat anda kelihatan lebih tinggi dan lebih langsing dalam foto. Sentiasa elakkan menghadap kamera secara berdepan.

Kasut-7.png



Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.

Untuk sebarang konsultasi mengenai

  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

PENSIJILAN TTT PIC

 

 

 

 

 

SaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSave

SaveSave

Bergaya ala Indah Nada Puspita

Warna mengikut undertone.png

Setiap kali terpandang wajah wanita yang bergaya anggun tapi ringkas dalam penampilannya..saya pasti terdiam kaku (sambil cuba mengamati keistimewaan personaliti mereka). Dan ternyata, Indah Nada Puspita antara mereka yang istimewa.

Bersahaja tetapi hadir dengan penuh versatil, begitulah ungkapan yang dapat saya berikan. Ramai lagi contoh selebriti (baik dari dalam atau luar negara) yang mungkin dapat saya kongsi rahsia penggayaan mereka, tetapi jom… apa kata kita mulakan dengan Indah Nada Puspita ?

Percaya atau tidak, ramai wanita yang sering bertanyakan saya akan rahsia penggayaan dan suai padan. Dari pilihan warna, jenis fabrik, suai padan baju, kesesuaian mengikut bentuk tubuh, dan pelbagai persoalan yang menjadi dilema kebanyakan wanita hari ini. Ahh.. mungkinkah anda antara daripada mereka ? 🙂

Screen Shot 2017-09-26 at 3.55.11 PM

Dan saya juga percaya…ramai yang bakal menyangkal , dan berkata… “Ah..orangnya cantik, pakai apa pun pasti cantik” .. atau “Ah.. artis, mestilah kena cantik selalu”.

Daripada terus membiarkan diri ditenggelami emosi negatif dan keyakinan diri yang semakin mengurang, apa kata kita belajar dan aplikasikan serba sedikit tips yang saya nak kongsikan di sini?

RAHSIA#1

Beliau bijak bermain dengan warna. Indah Nada Puspita seorang yang berundertone sejuk (cool undertone) di bawah musim Summer.

  1. Di dalam penggayaan, bagi seorang wanita Muslimah, warna hijab sebenarnya lebih cantik jika ia dipilih dan dipadankan dari warna yang paling minimal terdapat pada baju tersebut.
  2. Dengan memiliki kelebihan berundertone sejuk atau cool undertone, warna tudung yang cenderung kepada tona yang cerah dan lembut akan memberikan efek yang lebih WOW kepada si pemakainya!
  3. Tidak hairanlah , beliau memilih soft pastel teal , bukan mustard yellow atau magenta yang terdapat pada kimono long cardigannya.

RAHSIA#2

Keseimbangan dalam gaya.  Tidak disangkal lagi, beliau sememangnya seorang ikon fesyen yang mempunyai sense of style tersendiri.

Menyebut tentang keseimbangan , apa yang perlu diperhatikan adalah

  1. Jumlah warna yang terdapat di dalam gaya tersebut
  2. Penggunaan aksesori dan jumlah POI
  3. Keseimbangan antara pilihan warna tudung dan baju
  4. Solekan dan keharmonian keseluruhannya

Ramai yang beranggapan dengan mengenakan warna tudung yang lebih terang menyerlah, baju yang penuh hiasan , aksesori lengkap seperti cincin, gelang, rantai, kerongsang, tali pinggang, subang – bersaiz besar dan bling bling , solekan ala gaya nak ke majlis makan malam yang akan memberikan efek WOW kepada si pemakai.

Malangnya , sangkaan itu hanyalah impian mereka bergelar yang fashion victim atau mangsa fesyen. Uhhh… saya harap anda tidak tergolong di antara mereka di bawah kategori ini ya!

RAHSIA#3

Suai padan dengan hanya mengulangi warna yang sama di dalam satu gaya. Ya,  berikut adalah salah satu strategi mudah yang boleh anda praktikkan. Antara kesalahan yang perlu dielak ketika menyuai-padankan pakaian dengan hijab :-

  1. Jangan cuba ulangi warna hijab dengan warna paling banyak / besar yang ada pada baju tersebut. Pilih sebaliknya.
  2. Jika hijab anda jenis bercorak , maka pilihan warna baju hendaklah diulangi dengan memilih warna yang paling minimal pada hijab tersebut.
  3. Tidak mengapa , jika anda memilih warna yang paling banyak pada hijab untuk diulangi pada baju. Cuma kesan efek WOW! agak kurang menyerlah di situ..

RAHSIA#4

Tidak melebihi 4 warna. Pastel teal, mustard yellow, teal, magenta. Walaupun anda mungkin perasan bahawa latarbelakang kimononya berwarna putih. Tidak mengapa kerana ia merupakan warna asas dalam baju ini dan ditenggelami di sebalik coraknya.

TIPS OLEH PERUNDING IMEJ EMI IDURA

RAHSIA#5

Suai padan menggunakan RODA WARNA. Untuk penggayaan , beliau menggunakan skim warna triad (rujuk segitiga di atas) .

Nak tahu apa itu Roda Warna dan bagaimana nak suai padankan menggunakan alat ini ? Jangan lupa , dengarkan perkongsian saya mengenai topik Roda Warna di http://bit.ly/SuaiPadanGayadenganRodaWarna

RAHSIA#6

Point of interest (POI) yang minimal iaitu dengan hanya menggunakan aksesori seperti jam di tangan. Ya, less is more!

  1. Solekan di muka (checked!)
  2. Baju dan tudung bercorak (checked!)
  3. Kanta lekap berwarna  (checked!)
  4. Aksesori di hijab (checked!)
  5. Aksesori fesyen seperti jam tangan, gelang, tali pinggang , rantai berfesyen, cincin di jari (checked!)

Wanita yang tampil versatil tidak memerlukan banyak POI untuk menunjukkan status mereka, atau terlalu berusaha untuk menyerlahkan diri. Mereka simple tetapi cukup menawan!

Nah, duduk bergaya  di atas trolley bag seperti Indah Nada Puspita pun sudah vogue! Anda, bagaimana pula?


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, atau anda ingin menjadi sebahagian daripada kami (Perunding Imej dan Warna Profesional) , sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.

 

 

 

Penilaian Pensijilan IITTI Tahap 1

Screen Shot 2017-01-19 at 4.53.49 PM.png

Alhamdulillah, hari ini salah seorang Associate di bawah syarikat Top2ToeStyliesta Image Consulting menduduki penilaian Pensijilan Tahap 1 oleh Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa atau Institute of Image Training and Testing International (IITTI) yang berpusat di Kanada – namun dikendalikan dan dipantau sepenuhnya oleh syarikat kami di sini.

Saya, selaku Associate pertama kepada IITTI dan pertama mewakili Malaysia, merasa sangat bertuah dan berbangga mewakili badan bukan keuntungan ini (non-profit organisation), sebuah organisasi pendidikan yang ditubuhkan oleh sekumpulan Perunding Imej dan Etiket (Master) yang berpengalaman dan bertauliah daripada Persatuan Perunding Imej Antarabangsa (AICI), satu-satunya badan profesional terbesar di dunia buat Perunding Imej peribadi dan korporat.

IITTI adalah sistem ujian bebas yang standard secara global bagi modul pengurusan imej dan etiket perniagaan.
Ibarat seperti GMAT, TOEFL, atau ISO – IITTI menyediakan cara yang seragam untuk majikan dan pencari kerja untuk mengukur kemahiran insaniah yang kritikal untuk kejayaan peribadi dan perniagaan.

Pemeriksaan ujian standard yang memberi manfaat kepada seluruh organisasi korporat mahupun kerajaan, pelajar lepasan ijazah dan penganggur yang mencari pekerjaan, di mana kertas ujian disediakan dan disahkan sendiri oleh Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa (IITTI – disebut sebagai ‘ET’), Kanada.

Majikan, terutamanya kakitangan pengurusan Sumber Manusia syarikat boleh menggunakan peperiksaan dalam talian ini sebagai medium penilaian untuk menentukan tahap pengetahuan dan pemahaman pengurusan imej peribadi dan profesional , etiket perniagaan, dan amalan dandanan peribadi , baik untuk kakitangan syarikat mahupun pemohon atau calon temuduga.

Dengan pensijilan IITTI – tentunya ia salah satu cara yang bijak dan paling efektif dalam mengukur Pulangan Pelaburan Syarikat (Return of Investment).
—————
Kepada Pakar . Dari Pakar

IITTI Associate anda,
Perunding Imej Emi Idura

7 Strategi Bijak Kate Middleton – Anda boleh Praktikkan Hari Ini, Sekarang juga!

748f23462a849bd49f72ca7020852c8b

Ketika Putera William, Duke of Cambridge mengumumkan pertunangannya dengan Catherine Elizabeth Middleton (Kate Middleton) pada bulan November, 2010, pemerhati diraja di seluruh dunia akhirnya menarik nafas lega gembira apabila penantian 8 tahun sebagai “Waity Katie” akhirnya telah sampai ke penghujungnya. Tetapi apa yang mereka tidak jangkakan pada masa itu adalah betapa berpengaruhnya Kate Middleton, Duchess of Cambridge juga bakal ratu England ini – dan berapa cepatnya dia akan mengubah industri fesyen Britain ketika itu dengan fenomena yang dikenali sebagai “Kate Effect”, malah telah berjaya menjana lebih £2 bilion kepada industri fesyen Britain hanya pada tahun 2012 dan angka ini dikatakan terus meningkat sehingga hari ini. ‘Kate Effect’ atau ‘Kesan Kate’ adalah satu fenomena yang terkenal yang membawa maksud – apa sahaja Duchess of Cambridge kenakan atau tampilkan di khalayak ramai seperti baju, kasut, topi, jaket, skaf, baju ibu mengandung dan bag tangan – kemudian dilaporkan pula melalui media sosial seperti di blog, Twitter, Facebook – ia mampu dijual dengan sekelip mata, sesingkat 30 minit, beberapa jam mahupun di dalam 2 hari sahaja! Jadi mengapa agaknya ‘Kate Middleton Effect’ ini memberikan impak yang sangat besar? Ya, memang tidak dapat disangkal, Kate mempunyai badan yang langsing, rupa paras yang cantik , tetapi bagaimana pula dengan wanita-wanita sosialit lain yang berprofil tinggi , berpakaian serba mewah tetapi tidak pula ditiru bulat-bulat dan menjadi kegilaan seperti beliau? Apakah yang membuatkan Kate lain dari yang lain?

Menurut Bay Garnett, seorang stailis juga penyumbang editor majalah Vogue berkata, beliau percaya bahawa “daya tarikan Kate pada hakikatnya terletak pada aspirasi gaya , tidak mustahil ia menjadi inspirasi kepada semua wanita, dan mudah pula diikuti. Bukan sesuatu ‘avant-garde’, eklektik , bukan radikal malah tidak memerlukan imaginasi luar biasa- semuanya normal. Anda pun mampu melakukannya!”

Gaya yang serba ringkas, elegan, klasik , bijak berfesyen, dan sering menjadi perhatian ramai dengan gaya pemakaian yang dilihat sentiasa sempurna. Itulah Kate Middleton.

Apakah pula strategi bijak beliau di sebalik fenomena ini?

Penampilan – ya, semua pun tahu bahawa sebagai salah seorang bakal pemegang takhta diraja Britain, Kate dikelilingi oleh para stailis juga konsultan imej diraja yang membantu sebahagian besar imej beliau pada hari ini. Tetapi jangan pula ini dijadikan alasan untuk anda tidak mahu pelajari rahsia beliau dan meniru gaya ikon fesyen ini pula?

Jom, saya kongsikan sedikit sebanyak strategi bijak Duchess of Cambridge ini :-

  • Pelajari dan pilih warna yang paling sesuai buat anda – bermula dengan mengenalpasti ‘tona di bawah warna kulit’ anda hari ini , adakah anda bertona sejuk atau bertona panas (cool or warm undertone)? Bagi yang bertona sejuk, mereka lebih sesuai dengan warna sejuk dan berasaskan warna biru. Manakala mereka yang bertona panas pula lebih cenderung kepada warna-warna panas dan berasaskan warna kuning. Kate Middleton sangat bijak dalam mengenakan tona warna yang sesuai buat ‘undertone’ beliau. Ia merupakan rahsia mereka yang sering bergaya anggun dan menarik. Untuk mengenalpasti undertone anda secara tepat, dapatkan khidmat Perunding Imej dan Warna Profesional terdekat , melalui sesi Analisis Warna Peribadi hari ini.

e5b43fa39610d134ec43c315e46feac9

  • Kenali personaliti gaya anda dan tampilkannya secara konsisten tanpa perlu menjadi hamba fesyen sehingga melanggar etika berpakaian. Ya, tidak dinafikan anda akan mendapat lebih perhatian, tetapi wanita yang bergaya sopan akan lebih dihormati! Ada beberapa gaya personaliti wanita yang perlu anda tahu , iaitu gaya klasik elegan, klasik tradisional, romantik, dramatik (high fashion atau adibusana), ‘sporty’ kasual, juga kreatif . Yang mana satukah personaliti gaya dominan dan gaya kedua anda hari ni ? Ya, saya tidak terkejut sama sekali jika anda mempunyai 3 jenis gaya pada satu masa! Gaya klasik tradisional ketika waktu bekerja di pejabat, gaya sporty kasual ketika berhujung minggu, dan sedikit dramatik ketika menghadiri majlis-majlis keraian sahabat, keluarga juga ketika acara majlis makan malam tahunan syarikat. Pernahkah anda melihat Kate Middleton tampil seperti ala-ala fesyen Lady Gaga (dramatik kreatif) untuk menarik perhatian dunia ? Sudah tentu tidak perlu! Duchess of Cambridge sentiasa bijak memilih gaya menampakkan beliau tampil klasik dan elegan. Ya! Miliki busana yang mampu menyerlahkan gaya personaliti anda yang unik dan tersendiri, padankan dengan sedikit gaya trendy hanya jika ia sesuai dengan ‘mesej imej’ yang ingin anda sampaikan.
  • Kenalpasti bentuk badan juga jenis badan anda – seorang pembeli yang bijak tidak sesekali akan membeli secara gerak hati tetapi sebaliknya dia pasti tahu apa yang terbaik untuk bentuk dan jenis tubuhnya. Bentuk badan anda yang akan menentukan rekaan baju dan jenis fabrik terbaik untuk anda pilih ketika membeli belah. Anda perlu bijak memilih baju yang mampu ‘menyembunyikan’ kekurangan pada badan anda. Adakah kekurangan itu ‘terserlah’ di bahagian perut, di pinggul, di bahagian dada, di lengan anda ? Adakah badan anda berbentuk ‘hourglass’, ‘pir’, ‘epal’, segitiga terbalik atau segiempat tepat seperti pembaris ? Dengan ukuran badan 30-23-33, Kate memiliki bentuk badan berbentuk ‘ruler’ dan tidak hairanlah sebahagian besar daripada wardrobe beliau banyak bermain dengan ‘tali pinggang’ atau penggunaan ‘aksesori’ pada seperti butang  pada baju tersebut. Lihat contoh di bawah..
  • Penggunaan aksesori yang berkesan – Apakah aksesori kegemaran Kate ? Topi ‘fascinator’, clutch kecil , juga ‘pump shoes’ yang bertumit setinggi 3 inci dan bertutup di hadapan juga belakang kasut. Kadangkala kelihatan ‘brooch’ kecil diselitkan di dada jaket sebagai tanda penghormatan apabila menghadiri sesuatu majlis rasmi atau negara yang beliau lawati. Bijak bukan ?! Pilih aksesori yang bersesuaian dengan gaya juga majlis yang anda hadiri . Pastikan pilihan aksesori itu senada dengan pilihan warna baju agak ia nampak lebih harmoni dengan keseluruhan imej itu tadi . Saya namakan ia strategi K.I.S.S – Keep it simple, but smart!
c6c3416a5139784c0dfab7e872fcad33
Antara aksesori kegemaran Kate : Topi Fascinator 
  • Hiasi diri anda dengan mengenakan solekan yang sesuai dan menitikberatkan soal kebersihan diri – Apabila berbicara mengenai imej yang positif, seringkali penampilan diri menjadi tumpuan dan topik utama bagi seseorang wanita. Terpulang kepada anda, ada yang suka mengenakan solekan yang tebal , ada juga yang senang dengan solekan yang ringkas dan nampak ‘natural’. Pilihan Kate Middleton? Ringkas dan natural. Rahsia beliau pula ? Dikatakan antara produk kecantikan pilihan Kate ketika hari perkahwinan beliau adalah palet pembayang mata (eyeshadow) jenama Urban Decay – Naked , juga maskara Hypnose oleh Lancome bagi menghasilkan teknik smokey eye.

 

  • Postur badan – Percaya atau tidak , postur yang baik boleh membuatkan anda kelihatan lebih kurus, tinggi dan nampak muda. Ia juga membuatkan anda kelihatan lebih yakin kerana postur yang baik adalah sinonim dengan sikap yang tenang, sentiasa bersedia dalam apa jua situasi , juga kelihatan anggun – lebih-lebih lagi ia membawa kepada kesihatan yang baik dan penampilan yang hebat! Lihat sahaja Kate Middleton, walaupun bertumit tinggi, beliau tetap berdiri , duduk, berjalan dengan mengamalkan postur yang baik. Sesuatu yang patut kita semua amalkan!
  • Tingkatkan kemahiran etiket dan skil sosial anda – pelajarilah nilai yang tersembunyi dan potensi yang tidak ternilai ini – dan bagaimana ia mampu mengubah kehidupan anda – baik karier, secara peribadi mahupun perniagaan anda. Dari berjabat salam, cara memperkenalkan diri, menyampaikan kad perniagaan, bahasa badan, gerak isyarat, ekspresi muka, dan kesan (impak) dari kata-kata yang dilontarkan, anda akan pelajari betapa pentingnya menampilkan imej diri yang baik dan mengamalkan etiket perniagaan yang betul. Program seperti ini akan membantu anda menjadi individu yang lebih profesional sekaligus membantu meningkatkan penjenamaan imej peribadi dan imej syarikat anda ke peringkat seterusnya!

Bengkel Imej Dan Grooming – Apakah pulangannya?

Ramai yang ketahui bahawa  program latihan dalaman berbentuk kemahiran insani ataupun soft skills , merupakan pilihan dan keutamaan kedua kebanyakkan Jabatan Latihan mahupun Jabatan Sumber Manusia sesebuah organisasi (agensi kerajaan, syarikat korporat mahupun di peringkat IPTA dan IPTS) untuk menghantar kakitangan mereka sebagai peserta program berbanding latihan berbentuk kemahiran (hard skills) setiap tahun.

Apakah pula bentuk pulangan pelaburan yang dinikmati oleh organisasi hari ini apabila mereka mengadakan program seperti Bengkel Imej dan Grooming secara in-house ataupun bertempat di hotel-hotel seluruh negara , selama beberapa hari dan menghabiskan lebih ribuan ringgit bagi setiap sesi program ?

Elite Image Branding Academy , syarikat induk kepada Top2ToeStyliesta Image Consulting, juga sebuah syarikat Perundingan Imej diasaskan oleh Perunding Imej, Etiket dan Warna Profesional , Puan Emi Idura , baru baru ini telah memperkenalkan program Profesional Imej dan Etiket Perniagaan yang berteraskan standard antarabangsa dan setiap modul yang diperkenalkan ini telah diperakui oleh badan selaku ISO kepada semua program Imej dan Etiket seluruh dunia – iaitu Institute of Image Training and Testing International (IITTI) yang berpusat di Vancouver, Kanada.

Screen Shot 2014-12-22 at 7.49.17 PM
Puan Emi Idura sebagai Associate Pertama IITTI

Kebanyakkan organisasi hari ini sering beranggapan bahawa Perunding Imej hanya memperkenalkan konsep dan modul grooming (seperti kursus dandanan diri, gaya rambut, kebersihan badan ) dan ini menimbulkan kekeliruan dan percanggahan akan erti pengurusan imej yang sebenar.

Pengurusan imej haruslah bermula daripada individu itu sendiri dan ianya harus dilaksanakan sebaik mungkin setelah mengenalpasti visi, misi , objektif peribadi mahupun perniagaan juga nilai-nilai peribadi yang telah disemai semenjak kecil. Imej peribadi ini terhasil  daripada persepsi dan pandangan orang ramai terhadap diri individu itu , baik secara negatif mahupun positif sesingkat 30 saat pertemuan pertama berlaku. Inilah yang dinamakan “Sains di sebalik tanggapan pertama” atau “Science of First Impression”.

Sebagai Associate pertama kepada IITTI juga yang pertama mewakili Malaysia, Puan Emi sangat komited dalam memperkenalkan modul penjenamaan imej peribadi ini kepada setiap syarikat dan organisasi yang beliau adakan program seluruh negara.

12088454_10153803111719873_7624182613516080471_n
Puan Emi ketika ditemubual Wardah Samarahan, sebuah online newsletter milik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Di antara bentuk pulangan pelaburan yang ditawarkan oleh Puan Emi selaku Associate kepada IITTI adalah, dengan memperkenalkan pensijilan IITTI (bertaraf antarabangsa dan diperakui seluruh dunia) kepada setiap peserta program premium. Program ini merangkumi keseluruhan penjenamaan imej peribadi iaitu melibatkan modul penampilan diri dan grooming, etiket perniagaan juga etiket di majlis makan rasmi termasuk komunikasi perniagaan . Selain itu peserta juga akan diaudit dan ‘dibimbing’ secara peribadi , beberapa minggu selepas tamat program.

Ini merupakan satu program tambah nilai yang ditawarkan kepada organisasi yang berminat di dalam menaikkan kredibiliti syarikat mereka di mata dunia dan bersaing di peringkat antarabangsa.

Persoalannya :

  1. Apakah organisasi hari ini hanya melepaskan batuk di tangga dengan menghantar kakitangan syarikat mereka menghadiri program dan tidak mengharapkan para peserta  itu kembali dengan sebarang perubahan ?
  2. Apakah bentuk pulangan pelaburan yang mereka harapkan ?
  3. Bagaimanakah pemantauan dan pengurusan imej para kakitangan itu dilakukan setelah 30 hari tamat program ?
  4. Bagaimana pula pemantauan dilakukan untuk merekod pencapaian kakitangan sebelum, semasa dan selepas program dilakukan ?

Organisasi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan modul yang kami tawarkan, sila emel kepada : imagebrandingacademy@gmail.com

Puan Emi Idura, Pengasas juga Perunding Prinsipal (Elite Image Branding Academy dan Top2ToeStyliesta Image Consulting) Atau terus hubungi beliau di talian +012 9023625.