Tip 1 : Kenalpasti Jenis Fesyen

3

Tahukah anda  bahawa terdapat 3 jenis ‘kitaran fesyen’ yang terdapat di pasaran – yang perlu anda kenalpasti kategorinya sebelum memilih dan melakukan transaksi pembelian??
Perasankah anda, ada jenis-jenis fesyen raya yang diperkenalkan tahun lepas , tidak kiralah samaada tudung atau baju raya …tidak lagi kelihatan rekaannya tahun ini? Tetapi sesetengahnya pula masih lagi popular dan diterima ramai walaupun setelah 12 bulan berlalu ? 
Ya, di dalam dunia fesyen, gaya dan rekaan akan sentiasa berubah-ubah. Apa yang menjadi trending musim ini , mungkin akan menjadi ‘out-dated’ pada tahun seterusnya. Malah, ada juga gaya yang tidak mampu bertahan walaupun hanya baharu sebulan ia dipasarkan.
Membelinya bukan satu kesalahan. Yang penting , sebagai penggemar fesyen atau sekurang-kurangnya jika anda seorang yang gemar bershopping , dalami ilmu tentang  perbezaan antara fesyen fad, trend dan juga klasik. Ia boleh memberikan anda panduan secara bijak daripada terus membiarkan diri terpesona dengan fesyen semasa dan tergolong di dalam kategori mangsa fesyen jika tersalah gayanya!
1)     Fesyen Fad
Cara yang paling mudah untuk mengkategorikan fesyen fad ini ialah – fesyen yang tidak kekal lama. Secara lazimnya, fesyen fad ini mampu bertahan untuk semusim atau 3 bulan sahaja, tetapi ia juga mampu berakhir di dalam tempoh sesingkat sebulan! Fad ini terhasil daripada pilihan fesyen terkini. Sebagaimana cepatnya ia dikeluarkan , begitu cepat juga ia akan dilupakan atau lenyap dari pasaran. Bagi memudahkan anda mengenalpasti fesyen fad ini – suatu fesyen yang tidak pernah terlihat di pasaran, in-trend katanya , satu kegilaan ramai !
2)     Trend Fesyen
Trend fesyen pula mempunyai jangka hayat yang lebih lama dari koleksi fesyen fad. Malah, ia masih boleh bertahan dari 2 hingga 4 tahun sehingga mencapai satu dekad. Perbezaan utama di antara fesyen fad dan trend fesyen ini adalah , trend mempunyai potensi pengaruh jangka-masa panjang di dalam pasaran . Di samping itu, trend sering melibatkan koleksi fesyen klasik yang telah diubah.
Ya, fesyen trend ini adakalanya agak sukar untuk dikesan, tetapi apa yang saya boleh sarankan di sini , satu peraturan yang anda boleh pertimbangkan ketika ingin menilai bahawa sesuatu fesyen itu fesyen trend atau klasik adalah dengan bertanyakan kepada diri sendiri “Adakah saya pasti, saya masih akan sukakan fesyen ini dalam tempoh lima tahun akan datang ?” Jika jawapannya lebih kepada ya, dan ianya mungkin satu rekaan yang telahpun anda lihat berada di pasaran beberapa tahun yang lepas, tetapi diubah sedikit – kemungkinan fesyen tersebut merupakan sebuah rekaan fesyen klasik , atau pembaharuan klasik , kedua-duanya pun mampu membuatkan si pemakainya kelihatan bergaya dan hebat.
3)    Fesyen Klasik
Koleksi fesyen klasik agak sukar untuk dilupakan apatah lagi untuk kita terlepas pandang darinya. Dikategorikan sebagai fesyen yang tidak lapuk ditelan zaman , ia lebih mudah dikenalpasti. Dari segi rekaan fesyen , ia diibaratkan tinggalan zaman berzaman, malah ada juga yang menjadi turun temurun keluarga kerana potongan klasiknya. Koleksi fesyen ini mempunyai nilai yang sangat tinggi malah mampu bertahan berdekad lamanya. Atas kelebihan ini jugalah ia mampu menyerlahkan penampilan seseorang individu itu , walaupun terpaksa bersaing dengan kebanjiran fesyen semasa.
Nah, bagaimana pula dengan pilihan baju raya anda tahun ini? Mampukah ia kekal sehingga tahun hadapan ? Dalam salah satu perkongsian saya di program Assalamualaikum TV Al Hijrah minggu lepas, antara tip saya kongsikan dengan penonton… (dan saya ulas lagi isu ini dengan lebih mendalam)
  1. Pastikan pembelian baju raya anda berbaloi dengan penggunaan yang kerap dalam setahun. Tidak kiralah berapa pun bajetnya, selain mengenalpasti fungsi baju , jangan lupa akan kategori jenis fesyennya. Pemilihan fesyen fad akan menghadkan kekerapan tersebut, malah anda juga akan terasa malu untuk memakainya, setelah ia tidak lagi menjadi popular dan dikira ‘out-dated’. Sehelai baju beratus-ratus harganya tetapi dipakai hanya 2 kali setahun adalah satu pembaziran sama sekali!

Silakan share jika bermanfaat.

Penting : Segala penulisan di atas adalah terpelihara, hakmilik TopToToeStyliesta Image Consulting 2018. Mohon tag nama penulis dan blog di atas. Terima kasih.


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !
pensijilan-ttt-pic

[Kelas Fast Track] : Image & Styling Workshop 24 Sept dan 1 Okt 2016

Anda PERLU DAFTAR DAN HADIR ke kelas Fast Track Image & Styling Workshop ini JIKA..

[+] Anda suka bershopping secara online tetapi selalu saja HAMPA apabila anda dapati warna, fabrik dan gaya tidak sesuai dengan anda.

[+] Masih muda , tapi sering DIGELAR atau dipanggil ‘MAKCIK’ oleh orang yang tidak dikenali seperti di pasaraya, di kaunter-kaunter jualan Pusat Membeli Belah..

[+] Suami belikan anda hadiah tudung Naelofa atau Sugarscarf tapi anda masih lagi SETIA dengan TUDUNG BAWAL lama yang dah hampir 5 tahun tak bertukar tu

[+] Ingin belajar cara yang paling mudah untuk BERJIMAT, TETAPI masih boleh BERGAYA (tanpa rasa bersalah)

[+] Cungkil RAHSIA mereka yang sentiasa nampak MUDA,  tidak pula menggunakan bahan terlarang atau berbotox untuk cantik.

[+] Mencari jawapan kepada KEKELIRUAN PERSONALITI GAYA sebenar anda – yang kadangkala romantik, kemudian kasual, tiba-tiba suka kepada gaya dramatik pula

[+] Selalu saja stress bila nak mencari baju dan padanan yang sesuai untuk ke pejabat atau hadiri majlis. End up pakai baju yang sama, sama, sama sahaja…

Nahh…serius, banyak yang anda boleh pelajari dan praktikkan serta merta bila anda keluar sebagai peserta program saya nanti!

Bukan sahaja Fast Track tetapi ‘content’ yang sangat padat dengan STRATEGI, TIPS, TEKNIK, FORMULA yang saya ‘reinvent’ dan permudahkan lagi hasil dari pembelajaran di luar negara dan rujukan selama beberapa tahun ini.

Bayangkan anda cuma bayar serendah RM300* jika dibandingkan pelaburan saya sebanyak RM100k untuk segenggam ilmu! Ya, seratus ribu untuk mempelajari dan berkongsi semula ilmu yang saya sendiri teruja untuk share dengan semua. Tentunya berbaloi-baloi untuk belajar , betul tak ? Saya pun nak juga tengok peserta saya cantik berseri-seri!

Kelas ini akan berikan anda pendekatan sistematik (dari mula modul analisis sampai bab suai padan untuk bershopping)

… Sampai anda rasa senang saja sebenarnya nak bershopping, suai padan dan bergaya! (Husband pun dah mula tertanya-tanya, projek apa yang you all buat ni..  Asyik-asyik keluar nama Puan Emi… Puan Emi kata jangan pilih warna tu, Puan Emi kata guna cara ni… Ehem, ehem almaklumlah dah pandai memilih!)

2

Saya akan menemui anda di 2 lokasi

Empire Tower, Subang Jaya pada Sabtu , 24hb September atau Equatorial Melaka , 1hb Oktober nanti!

Harga ditawarkan adalah berdasarkan lokasi program juga jika di hotel, makan tengahari akan disediakan (pakej). Sila rujuk ruang ‘PENDAFTARAN’ di atas poster untuk mendapatkan maklumat lanjut.

3

 

3 Modul UTAMA yang anda akan pelajari dan praktikkan apabila program berakhir nanti

This slideshow requires JavaScript.

 

Seperti yang saya katakan tadi, infonya MEMANG PADAT!

Tetapi , saya juga tidak sesekali mengesyorkan kepada anda untuk mendaftarkan diri , JIKA ANDA RASAKAN…

[+] Anda tidak suka belajar , dan TIADA MASA  untuk ‘meng-improvekan diri sendiri’

[+] Pelaburan untuk ILMU itu bukan satu keperluan , malah tidak penting

[+] Anda sudahpun berjaya dan cukup bergaya , dan TAK PERLUKAN KONSULTAN seperti saya untuk mengajar

[+] Suka bershopping dan RELA MEMBAZIR (satu kepuasan , katanya!)

[+] Tak kisah NAMPAK TUA, pendapat orang lain itu ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri

[+] Anda boleh dapat YURAN PENDAFTARAN yang lebih MURAH (belajar dari konsultan yang ditauliahkan di peringkat tempatan sahaja) . Tepuk dada tanya selera.

[+] Anda tidak pentingkan IMEJ , dan bagaimana anda harus tampil di khalayak ramai – ikut hati nak pakai apa sahaja.

Jom kenali PERUNDING IMEJ , ETIKET DAN WARNA PROFESIONAL anda, Puan Emi Idura ..

LOST IN STOCKHOLM-2.png

Sedikit latarbelakang mengenai beliau..

Screen Shot 2016-09-15 at 3.57.27 PM.png

OKAY, OKAY.. TEMUI SAYA NANTI DI PROGRAM WORKSHOP TU YA!

DAH, JANGAN LUPA DAFTAR SEGERA ! KLIK KLIK ..SAYA NAK DAFTAR JUGA!

Screen Shot 2016-09-15 at 4.04.54 PM.png

 

Bijak Bershopping Elak Pembaziran – Kenali Jenis Fesyen Di Pasaran!

trends.jpgDi dalam dunia fesyen, gaya dan rekaan akan sentiasa berubah-ubah. Apa yang menjadi trending musim ini , mungkin akan menjadi ‘out-dated’ pada tahun seterusnya. Malah, ada juga gaya yang tidak mampu bertahan walaupun hanya baharu sebulan ia dipasarkan. Jadi, tidak hairanlah jika seseorang itu sanggup membelanjakan gaji bulanannya dan berhutang secara kredit , semata-mata untuk tampil kekal bergaya dengan mengikuti aliran fesyen semasa tanpa arah tujuan dan objektif pembelian.

Secara peribadi , saya sangat percaya, ia juga mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan fenomena global yang dipanggil ‘selfie’ – atau ‘self-portrait of the digital age’ yang memaksa generasi muda hari ini untuk ber-‘ootd’ melalui halaman sosial media popular seperti Instagram dan Facebook untuk menunjukkan gaya dan fesyen terbaru milik mereka.

Pada masa yang sama, ia menjadi satu obses yang memakan diri sendiri, apatah lagi jika tidak dibendung dan diberi kesedaran meluas, itulah yang menyebabkan kita mendengar ramai graduan di bawah 30 tahun hari ini diisytihar muflis – sanggup membuat pinjaman bank dan menggunakan kad kredit semata-mata untuk hidup mewah dan di luar kemampuan mereka. “Kebanyakannya cenderung untuk membeli gajet terbaharu, pakaian mengikut trend , selain tujuan membeli kereta dan bayaran pinjaman perumahan”, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) , Azaddin Ngah Tasir di dalam sebuah temubual bersama media baru-baru ini.

fdc100fc9b524b3f2e874f097186fd07.jpg

Walau bagaimanapun, berbalik kepada keterujaan untuk memiliki gaya dan fesyen terbaharu di pasaran, masih boleh dikawal, jika masyarakat atau penggemar-penggemar fesyen ini mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang perbezaan antara fesyen fad, trend dan juga klasik. Malah ia boleh memberikan anda panduan secara bijak daripada terus membiarkan diri terpesona dengan fesyen semasa dan tergolong di dalam kategori mangsa fesyen.

1)     Fesyen Fad

Cara yang paling mudah untuk mengkategorikan fesyen fad ini ialah – fesyen yang tidak kekal lama. Secara lazimnya, fesyen fad ini mampu bertahan untuk semusim atau 3 bulan sahaja, tetapi ia juga mampu berakhir di dalam tempoh sesingkat sebulan! Fad ini terhasil daripada pilihan fesyen terkini. Sebagaimana cepatnya ia dikeluarkan , begitu cepat juga ia akan dilupakan atau lenyap dari pasaran. Bagi memudahkan anda mengenalpasti fesyen fad ini – suatu fesyen yang tidak pernah terlihat di pasaran, in-trend katanya , satu kegilaan ramai ! Walaupun mengenakan fesyen fad ini adakalanya menyeronokkan (kerana kelebihan pada trending semasa, rekaan terkini , jenis fabrik , warna yang menonjol dan terang), kebanyakkan masa ia merupakan satu pelaburan yang tidak berbaloi , baik dari segi kewangan mahupun masa.

2.png

2)     Trend Fesyen

Trend fesyen pula mempunyai jangka hayat yang lebih lama dari koleksi fesyen fad. Malah, ia masih boleh bertahan dari 2 hingga 4 tahun sehingga mencapai satu dekad. Perbezaan utama di antara fesyen fad dan trend fesyen ini adalah , trend mempunyai potensi pengaruh jangka-masa panjang di dalam pasaran . Di samping itu, trend sering melibatkan koleksi fesyen klasik yang telah diubah. Sebagai contoh, ada warna tertentu telah diisytiharkan sebagai sebuah ‘trend’ . Sekitar tahun 2014, warna-warna oren dan biru dikatakan telah mendapat banyak perhatian penggemar fesyen. Walau bagaimanapun, oren dan biru ini adalah warna-warna klasik; dalam erti kata lain, fesyen klasik yang telah diisytiharkan sebagai satu ‘trend’ pula.

Soalan seperti ‘Bagaimana pula hendak mengenalpasti fesyen trend ?’ , pasti bermain di fikiran anda ketika waktu ini, bukan?

Ya, fesyen trend ini adakalanya agak sukar untuk dikesan, tetapi apa yang saya boleh sarankan di sini , satu peraturan yang anda boleh pertimbangkan ketika ingin menilai bahawa sesuatu fesyen itu fesyen trend atau klasik adalah dengan bertanyakan kepada diri sendiri “Adakah saya pasti, saya masih akan sukakan fesyen ini dalam tempoh lima tahun akan datang ?” Jika jawapannya lebih kepada ya, dan ianya mungkin satu rekaan yang telahpun anda lihat berada di pasaran beberapa tahun yang lepas, tetapi diubah sedikit – kemungkinan fesyen tersebut merupakan sebuah rekaan fesyen klasik , atau pembaharuan klasik , kedua-duanya pun mampu membuatkan si pemakainya kelihatan bergaya dan hebat. Salah satu contoh fesyen trend yang boleh saya kaitkan di sini adalah fesyen turban yang sehingga kini masih popular sejak ia diperkenalkan dan diperagakan oleh penyanyi tahahair Yuna , selain YouTube vlogger terkenal dari Britain seperti Dina Tokio.

1.png

3)    Fesyen Klasik

Koleksi fesyen klasik agak sukar untuk dilupakan apatah lagi untuk kita terlepas pandang darinya. Tidak lapuk ditelan zaman , ia lebih mudah dikenalpasti. Dari segi aksesori perhiasan seperti berlian, batu permata, koleksi mutiara, ia sering menjadi peninggalan harta pusaka, turun temurun keluarga kerana potongan klasiknya juga kerana ia mempunyai nilai yang sangat tinggi, selain mampu bertahan berdekad lamanya. Atas kelebihan ini, ia juga mampu menyerlahkan penampilan seseorang individu itu , walaupun terpaksa bersaing dengan kebanjiran fesyen semasa.

Satu artikel yang menarik perhatian saya baru-baru ini, dan dikeluarkan oleh laman web marieclaire.co.uk , di mana satu kaji selidik telah dijalankan oleh pakar bag tangan vintage Baghunter, dan mereka mendapati bahawa ; di dalam 6 tahun yang lepas sahaja, nilai bag tangan Chanel telah meningkat sebanyak 70%. Ketika pertama kali, bag Chanel 2.55 flap dilancarkan pada bulan Februari 1955, harga runcitnya adalah US$220 (sekitar £154) . Pada 90-an , harganya mencecah US$1,150 (£ 810) dan hari ini harganya pasti membuatkan anda terpaku seketika, apabila ia dijual dengan harga setinggi US$4,900 atau (£ 3,493)!

Saya tidak sesekali menyarankan anda memilih fesyen klasik sebagai koleksi wardrobe anda semata-mata , tetapi bagi mereka yang berkemampuan, ia tentunya merupakan satu bentuk pelaburan jangka masa panjang yang sangat berbaloi dan sesuai digunakan walaupun berdekad lamanya. Aplikasikan strategi Price Per Wear seperti yang selalu saya sarankan , jika fesyen klasik menjadi pilihan utama anda.

3.png

Setelah mengenalpasti jenis-jenis fesyen yang ada, sudah pasti anda ingin mengetahui bagaimana pula caranya untuk memilih , menggunakan dan menyuaipadankan fesyen semasa ini agar ianya sesuai dengan personaliti anda hari ini , bukan?

Jika tidak mengikuti fesyen semasa, anda dikatakan ketinggalan zaman. Tetapi jika anda gemar kepada pakaian trendy dan memilih untuk menggayakan setiap fesyen yang dikeluarkan oleh majalah dan selebriti popular hari ini pula, berkemungkinan anda akan dilihat sebagai seseorang yang pelik atau terlalu mencuba.

Itulah sebabnya adalah penting untuk mempunyai pengetahuan asas dalam aspek penggayaan dan bagaimana menguruskan imej peribadi anda.

Trend fesyen terkini mampu meningkatkan keterujaan untuk memilikinya setiap kali ia dikeluarkan di pasaran , tetapi berubah dengan pantas pula sehingga menyebabkan kewangan kita tidak mampu untuk mengikutinya.

Jadi , bagaimana untuk memastikan anda memilih jenis fesyen ini dengan tepat ? Bagaimana pula untuk menyesuaikan diri dengan lambakan trend fesyen semasa ?

Jangan lupa!
Pastikan anda ‘follow’ blog kami dengan menekan butang ‘YES, COUNT ME IN!’ di laman utama, bagi mendapatkan strategi-strategi dan tips yang kami bakal kongsikan di artikel seterusnya!

 

Bongkar Rahsia Penampilan Diri !

Emi Idura Membongkar Rahsia Penampilan Diri Emi Idura Profile with Harian Metro.jpg

Kenali lebih dekat..

Pengasas dan Perunding Imej Prinsipal Top2ToeStyliesta Image Consulting

Bagaimana beliau memulakan karier di dalam industri ini…

Bongkar rahsia penampilan diri, WOW Faktor anda , dengan mengaplikasikan strategi berkesan, teknik dan formula pengurusan imej dan penjenamaan imej peribadi yang bakal dirungkai di dalam setiap Bengkel Imej, Program Latihan Korporat malah Konsultasi secara individu yang ditawarkan. 

Puan Emi Idura sebagai seorang Perunding Imej, Etiket dan Warna Profesional, Stailis Hijab, Blogger, Personal Shopper kepada selebriti terkenal tanah air , dan kini kolumnis mingguan Bicara Imej di Utusan Malaysia -MEGA yang menitikberatkan isu pengurusan imej yang efektif dan profesional.. 

—–

Sebuah temubual ekslusif bersama Harian Metro , terbitan Jumaat 18 September 2015. 

Tiada Lagi Alasan… Saya tiada baju!

Percayalah, di antara keluhan seorang wanita berkerjaya , pada lewat malam Isnin atau setiap pagi ketika bersiap ke tempat kerja .. soalan-soalan seperti ‘Apa lagi baju yang boleh dipakai?’ , ‘Saya tiada baju!’ , ‘Baju mana yang sesuai?’ , ‘Bagaimana nak mix and match ni?’ dan pelbagai lagi keluh kesah bermain di benak fikiran.

monday blues women nothing to wear.jpg

Sepanjang pengalaman berurusan dengan pelanggan wanita ketika konsultasi ‘image makeover’ atau bengkel imej yang diadakan, tidak kira usia, jawatan dan industri , rata-ratanya mengakui bahawa mereka mengalami cabaran yang sama seperti saya sebut di atas, ya…ianya satu dilema!

Menariknya, mereka ini mempunyai persamaan dan obsesi yang tinggi untuk ‘bershopping’ – cenderung untuk membeli sesuatu yang mereka suka (pada pandangan pertama), tetapi sebaliknya berlaku , selain menikmati dan memakai baju yang telah dibeli itu tadi, ia disimpan rapi pula di dalam almari.

Sebenarnya, ada pelbagai alasan mengapa ini boleh berlaku. Antaranya, kita lebih suka berfantasi dan terinspirasi dari gaya idola terkenal, seorang selebriti, model majalah atau jenama popular , atau mungkin juga terpengaruh dengan rakan-rakan sendiri, selain membeli mengikut kesesuaian gaya hidup yang sebenar. Mungkin anda telah jatuh cinta dan berkeinginan untuk memiliki kasut but bertumit tinggi dengan bertatah paku (stud) yang menunjukkan gaya bohemian (boho chic) selebriti Hollywood yang meraikan Festival Seni & Muzik Coachella , berlangsung di Indio, California, Amerika Syarikat , April lepas. Tetapi, sesudah memilikinya dan pulang ke rumah, anda sedari, dengan menjawat jawatan di sebuah syarikat korporat dan kehidupan yang sibuk dengan anak-anak kecil dan bersekolah, anda sebenarnya tiada ruang atau majlis sesuai untuk menggayakannya.

Antara pelbagai alasan lain diberi, kenapa wanita gemar menyimpan koleksi pakaian mereka, berbulan dan bertahun lamanya – adalah kerana mereka masih menaruh harapan dan menunggu agar satu hari nanti, mereka akan dapat menurunkan berat badan , hilang 5kg dan menyarungkannya semula bila tibanya waktu yang sesuai!

can-a-wi-fi-enabled-bathroom-scale-help-you-lose-weight-review-90898cf2dd.jpg

Dan ada juga, kebanyakkan sebab wanita menyimpan koleksi pakaian mereka (sama seperti sayangnya untuk menggunakan koleksi mewah pinggan mangkuk Noritake di dalam almari hiasan), adalah kerana mereka merasakan koleksi itu terlalu cantik dan takut jika dikotori. Disebabkan alasan itu, mereka mengekalkan gaya ‘makcik-makcik’ , selekeh , gaya yang agak ‘boring’ dari minggu ke minggu , menunggu sehingga dijemput ke majlis majlis rasmi atau hari yang istimewa untuk mengenakan pakaian yang cantik, yang disimpan rapi berbulan lamanya itu tadi.

Apa yang saya boleh kaitkan senario pertama di atas, tiada baju untuk dipakai dengan obsesi suka membeli belah , tetapi lebih gemar menyimpan koleksi baju yang dibeli dari mengenakannya?

Bagaimana pula jika saya senaraikan strategi-strategi yang pembaca semua boleh pelajari dan praktikkan agar tiada lagi alasan , dan keluh kesah setiap pagi .. “Bantu saya ! Saya tiada baju untuk dipakai!” ??

Peruntukkan satu hari khas untuk ‘wardrobe spring cleaning’

Ketepikan segalanya yang tidak pernah disentuh semenjak setahun yang lalu, tidak muat untuk dipakai , bukan lagi ‘in-trend’ , atau sesuatu yang anda tidak lagi gemari. Asingkan koleksi yang tidak boleh dipakai itu tadi dan koleksi yang anda gemari tapi langsung tidak sentuh sepanjang beberapa tahun lepas ke dalam satu kotak dan disimpan rapi. Hasilkan satu koleksi wardrobe yang benar-benar mewakili siapa anda hari ini, jawatan dan industri anda dan keperluan mengikut majlis. Jika perlu pengubahan pakaian (alteration) , hantar kepada tailor anda dengan segera.

Tentukan gaya yang sesuai dengan anda , mengikut personaliti, bajet membeli belah bulanan atau tahunan juga mengikut gaya kehidupan terkini (lifestyle).

  • Senaraikan keperluan ‘wardrobe’ mengikut aktiviti hari minggu bekerja dan hujung minggu. Bagi wanita yang berkarier , saya cadangkan , perbanyakkan pilihan koleksi wardrobe yang tertumpu kepada pakaian-pakaian kerja (pakaian pejabat) berbanding pakaian kasual. Jika sebaliknya yang anda dapati, mungkin anda perlu menganalisa semula keperluan wardrobe agar ia mewakili siapa anda hari ini.

1426612691-carrie-bradshaw-spring-cleaning.png

Elakkan pembelian mengikut gerak hati

Saya percaya, dengan kuasa beli dan bajet ‘bershopping’ yang tinggi, tiada siapa yang mampu membeli tanpa mengikut gerak hati. Segalanya didorong oleh rasa kehendak dan kebanggaan untuk memiliki bukan lagi keperluan itu sendiri. Hati-hati dengan kesilapan pembelian sebegini, kerana kebanyakkan waktu , ia bakal berakhir dengan barangan tersebut disimpan dengan tag harga sehingga beberapa tahun lamanya!

Elakkan pilihan gaya trendy atau fad fesyen. Jika bajet untuk membeli belah merupakan salah satu sebab untuk anda tidak bershopping, maka lupakan fad dan fesyen trendy terkini. Lebihkan koleksi fesyen klasik kerana ia merupakan penampilan yang tidak lapuk ditelan zaman, dan sentiasa kelihatan eklusif , walaupun berdekad lamanya. Fesyen trendy boleh dipertimbangkan jika ianya boleh disesuaikan dengan koleksi fesyen klasik itu tadi dan memberi lebih impak ‘wow’ kepada penampilan anda.

ss15_stripes

Pilih minimum tiga warna neutral sebagai asas (contoh : biru navy, hitam , kelabu, putih, taupe, kuning air) – dan pastikan ianya boleh disuai-padankan dengan mana-mana koleksi wardrobe anda agar gaya penampilan boleh dimaksimakan sebaik mungkin

MTMzODYwNjI0MDE3OTY3MTE0.jpg

Bijak merancang dalam setiap pembelian – antara persoalan yang anda harus tanya diri sendiri ketika bershopping secara online atau di pusat membeli belah adalah seperti

  • Adakah pembelian ini boleh disuaipadankan dengan sekurang-kurangnya 3 pakaian yang saya miliki hari ini?
  • Kualiti vs Kuantiti – bagaimana jika anda memilih barangan berkualiti yang bertahan sehingga dua hingga tiga tahun lamanya berbanding barangan yang murah, tiada kualiti tetapi membenarkan anda membelinya dalam kuantiti yang banyak? Kebanyakkan masa, barangan yang murah dan tiada kualiti hanya boleh bertahan kurang dari setahun jika ianya kerap digunakan. Hmm… yang mana satu pilihan anda ?
  • Tidak sesekali berkompromi dengan ketidakselesaan dan padanan baju yang tidak mengikut saiz badan anda. Ya, jangan sesekali membayar sesuatu yang cantik di mata, fesyen trendy terkini, tetapi tidak mewakili jenama dan personaliti anda , malah memerlukan anda mengeluarkan lagi belanja untuk pengubahsuaian (alteration). Kecuali anda pasti , ia sangat sesuai dengan gaya hidup, jawatan, industri pekerjaan anda, dan personaliti gaya, mungkin ia sesuatu yang boleh dipertimbangkan, ‘worth buying’ dan sesuai mengikut bajet yang telah diperuntukkan.

Berminat untuk menganjurkan Workshop atau Bengkel Imej untuk Organisasi, Jabatan , Kelab atau Persatuan anda? Atau mungkin anda memerlukan konsultasi profesional kami secara peribadi ?

Hubungi Pakar Perunding Imej, Etiket dan Warna Profesional (UK) anda hari ini!                            Puan Emi Idura Che Hashim  | +012 9023625  | Email : top2toestyliesta@gmail.com