Kod Pakaian, Jangan Main Redah!

Pagi tadi , kelihatan staf A tiba di Pejabat dengan berselipar, rambut masih basah dan blaus seakan hendak pergi ke pasar. Tidak kurang staf B yang bertudung tapi berseluar culottes tiga suku pendeknya , atau staf C pula gemar hadir dengan baju kurung moden yang penuh glamor ibarat menghadiri majlis kahwin.
Senario yang disebut seperti ini bukanlah sesuatu yang asing buat saya. Isu yang seringkali disuarakan dan ditekankan oleh pegawai-pegawai Unit Latihan dan Pembangunan Manusia mahupun Pengurus Sumber Manusia sendiri yang saya temui ketika menghadiri sesi taklimat kecil sebelum memulakan program atau bengkel imej yang bakal dikendalikan. Lebih mencabar apabila staf berikut dikenalpasti oleh pihak pengurusan sehingga isu ini dibawa ke Pejabat pengurusan sumber manusia.   Tetapi menariknya , bila dianalisa dan diselidiki ‘root cause’ permasalahan ini , penemuannya cenderung kepada isu berikut:-
  1. Tiada ‘dress code’ atau kod pemakaian ke Pejabat yang ditetapkan sebelum ini
  2. Kod pemakaian ditetapkan tetapi tidak pula ditekankan akan kepentingannya
  3. Kod pemakaian ada, tetapi tidak diketahui oleh staf
  4. Kedua-dua pihak, baik pihak pengurusan sumber manusia mahupun staf itu sendiri tidak memahami konsep di sebalik setiap kod pakaian dan elemen-elemen yang perlu ada padanya.
Tatacara pemakaian atau etiket pemakaian ke Pejabat harus berpandukan kod yang telah ditetapkan. Kod ini merupakan set piawai yang dikeluarkan oleh syarikat bagi memberi panduan juga rujukan kepada semua kakitangan bagaimana , dan apa pemakaian yang sesuai dipakai ke tempat kerja.
Formaliti kod pakaian ini juga sangat bergantung kepada jenis industri syarikat, interaksi kakitangan dengan pelanggan baik di dalam premis mahupun di luar, selain jawatan masing-masing. Bagi sebuah syarikat di mana pelanggan mereka mengharapkan setiap kakitangan tampil profesional, kemas , boleh dipercayai dan menjaga integriti , kod pemakaian haruslah di bawah kategori formal atau rasmi.
Jika anda salah seorang peminat filem sekuel Kingsman, pasti pernah mendengar ungkapan “Clothes make the man”. Mungkin kedengaran agak sedikit keterlaluan, kerana tentu ada sahaja faktor penentu lain, tetapi ianya sangat benar. Cara pemakaian memberikan clue atau petunjuk tentang siapa anda sebelum orang lain mula mendekati anda secara dekat. Malah, ahli psikologi bersetuju bahawa hampir 90 peratus daripada apa yang orang ramai ingati tentang suatu pertemuan (pertama) sangat berkaitan dengan komunikasi bukan lisan, di mana sebahagian besarnya adalah penampilan , ekspresi bahasa badan dan sikap keseluruhannya.
Cara pemakaian menyampaikan mesej komunikasi bukan lisan dan berkisar tentang latarbelakang – keperibadian, tahap pendidikan, status kewangan, pangkat dan kredibiliti si pemakainya. Jika visi sesebuah syarikat ingin menjadi syarikat nombor satu di rantau Asia atau di peringkat antarabangsa , maka setiap kakitangannya harus juga tampil kongruen dengan visi tersebut. Bukan sahaja dari segi pemakaian, tetapi sikap, tingkah laku dan cara berkomunikasi dengan orang ramai tidak harus diendahkan atau dianggap perkara kecil dan tidak penting.
Kod pemakaian ke Pejabat ,mengikut set piawaian yang dikeluarkan dan digunapakai oleh mereka yang pakar dalam industri perundingan imej , terdiri daripada empat peringkat.
  1. Formal (rasmi)
  2. Separa formal
  3. Kasual bisnes
  4. Kasual  atau ‘dressing down’ (tidak rasmi)
Tidak hairanlah , syarikat yang berasaskan teknologi maklumat, seperti di Silicon Valley, Amerika Syarikat atau di Cyberjaya, Malaysia lebih mengutamakan kod pemakaian yang lebih rileks dan santai yang jatuh di bawah kategori kasual bisnes dan kasual. Antara faktor jenis pekerjaan, budaya dan persekitaran, maka gaya pemakaian atau kod pakaian begini dipilih. Berpengalaman lebih 6 tahun di syarikat-syarikat ICT selain syarikat berstatus MNC (syarikat multinasional), saya juga melihat , mereka di peringkat pengurusan atasan tidak sesekali mensabotaj penampilan mereka, malah sebaliknya mereka bijak memilih kod pakaian yang lebih formal , atau sekurang-kurangnya separa formal (semi formal) terutamanya ketika mereka dijadual  berurusan dengan pelanggan yang berpangkat VIP . Malah kita juga melihat, ada juga syarikat yang menyarankan 2 jenis kod pakaian , bergantung kepada jawatan dan ‘nature of job’ masing-masing.
Tetapi antara cabaran utama hari ini adalah, elemen setiap kategori kod pakaian seringkali disalahertikan.
1. Apakah yang dikatakan formal, dan bagaimana pula mengenalpasti elemen pemakaian kasual atau dressing downini (tidak rasmi)?
2. Adakah semua jenis pakaian tradisional atau kebangsaan dianggap rasmi ?
3. Bagaimana warna, jenis fabrik, corak , hiasan , jahitan memainkan peranan malah memberikan panduan kepada kita tentang formaliti kategori setiap satu?
Apapun pilihan anda, penting untuk anda ketahui bahawa, kod pakaian secara tidak langsung sebenarnya membimbing kita bagaimana untuk berkelakuan, berinteraksi dengan orang ramai, kongruen dengan jenama peribadi dan penjenamaan syarikat. Ia juga satu komunikasi bukan lisan dalam menyampaikan mesej, dan ternyata penampilan profesional pastinya mencerminkan individu yang secara tidak langsung menghormati dirinya (latarbelakang – jawatan hari ini, kepakaran , kemahiran, wakil industri )  selain mereka turut bangga menjadi ‘brand ambassador’ kepada syarikat.

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !
pensijilan-ttt-pic

SaveSave

SaveSave

SaveSaveSaveSave

Bergaya ala Indah Nada Puspita

Warna mengikut undertone.png

Setiap kali terpandang wajah wanita yang bergaya anggun tapi ringkas dalam penampilannya..saya pasti terdiam kaku (sambil cuba mengamati keistimewaan personaliti mereka). Dan ternyata, Indah Nada Puspita antara mereka yang istimewa.

Bersahaja tetapi hadir dengan penuh versatil, begitulah ungkapan yang dapat saya berikan. Ramai lagi contoh selebriti (baik dari dalam atau luar negara) yang mungkin dapat saya kongsi rahsia penggayaan mereka, tetapi jom… apa kata kita mulakan dengan Indah Nada Puspita ?

Percaya atau tidak, ramai wanita yang sering bertanyakan saya akan rahsia penggayaan dan suai padan. Dari pilihan warna, jenis fabrik, suai padan baju, kesesuaian mengikut bentuk tubuh, dan pelbagai persoalan yang menjadi dilema kebanyakan wanita hari ini. Ahh.. mungkinkah anda antara daripada mereka ? 🙂

Screen Shot 2017-09-26 at 3.55.11 PM

Dan saya juga percaya…ramai yang bakal menyangkal , dan berkata… “Ah..orangnya cantik, pakai apa pun pasti cantik” .. atau “Ah.. artis, mestilah kena cantik selalu”.

Daripada terus membiarkan diri ditenggelami emosi negatif dan keyakinan diri yang semakin mengurang, apa kata kita belajar dan aplikasikan serba sedikit tips yang saya nak kongsikan di sini?

RAHSIA#1

Beliau bijak bermain dengan warna. Indah Nada Puspita seorang yang berundertone sejuk (cool undertone) di bawah musim Summer.

  1. Di dalam penggayaan, bagi seorang wanita Muslimah, warna hijab sebenarnya lebih cantik jika ia dipilih dan dipadankan dari warna yang paling minimal terdapat pada baju tersebut.
  2. Dengan memiliki kelebihan berundertone sejuk atau cool undertone, warna tudung yang cenderung kepada tona yang cerah dan lembut akan memberikan efek yang lebih WOW kepada si pemakainya!
  3. Tidak hairanlah , beliau memilih soft pastel teal , bukan mustard yellow atau magenta yang terdapat pada kimono long cardigannya.

RAHSIA#2

Keseimbangan dalam gaya.  Tidak disangkal lagi, beliau sememangnya seorang ikon fesyen yang mempunyai sense of style tersendiri.

Menyebut tentang keseimbangan , apa yang perlu diperhatikan adalah

  1. Jumlah warna yang terdapat di dalam gaya tersebut
  2. Penggunaan aksesori dan jumlah POI
  3. Keseimbangan antara pilihan warna tudung dan baju
  4. Solekan dan keharmonian keseluruhannya

Ramai yang beranggapan dengan mengenakan warna tudung yang lebih terang menyerlah, baju yang penuh hiasan , aksesori lengkap seperti cincin, gelang, rantai, kerongsang, tali pinggang, subang – bersaiz besar dan bling bling , solekan ala gaya nak ke majlis makan malam yang akan memberikan efek WOW kepada si pemakai.

Malangnya , sangkaan itu hanyalah impian mereka bergelar yang fashion victim atau mangsa fesyen. Uhhh… saya harap anda tidak tergolong di antara mereka di bawah kategori ini ya!

RAHSIA#3

Suai padan dengan hanya mengulangi warna yang sama di dalam satu gaya. Ya,  berikut adalah salah satu strategi mudah yang boleh anda praktikkan. Antara kesalahan yang perlu dielak ketika menyuai-padankan pakaian dengan hijab :-

  1. Jangan cuba ulangi warna hijab dengan warna paling banyak / besar yang ada pada baju tersebut. Pilih sebaliknya.
  2. Jika hijab anda jenis bercorak , maka pilihan warna baju hendaklah diulangi dengan memilih warna yang paling minimal pada hijab tersebut.
  3. Tidak mengapa , jika anda memilih warna yang paling banyak pada hijab untuk diulangi pada baju. Cuma kesan efek WOW! agak kurang menyerlah di situ..

RAHSIA#4

Tidak melebihi 4 warna. Pastel teal, mustard yellow, teal, magenta. Walaupun anda mungkin perasan bahawa latarbelakang kimononya berwarna putih. Tidak mengapa kerana ia merupakan warna asas dalam baju ini dan ditenggelami di sebalik coraknya.

TIPS OLEH PERUNDING IMEJ EMI IDURA

RAHSIA#5

Suai padan menggunakan RODA WARNA. Untuk penggayaan , beliau menggunakan skim warna triad (rujuk segitiga di atas) .

Nak tahu apa itu Roda Warna dan bagaimana nak suai padankan menggunakan alat ini ? Jangan lupa , dengarkan perkongsian saya mengenai topik Roda Warna di http://bit.ly/SuaiPadanGayadenganRodaWarna

RAHSIA#6

Point of interest (POI) yang minimal iaitu dengan hanya menggunakan aksesori seperti jam di tangan. Ya, less is more!

  1. Solekan di muka (checked!)
  2. Baju dan tudung bercorak (checked!)
  3. Kanta lekap berwarna  (checked!)
  4. Aksesori di hijab (checked!)
  5. Aksesori fesyen seperti jam tangan, gelang, tali pinggang , rantai berfesyen, cincin di jari (checked!)

Wanita yang tampil versatil tidak memerlukan banyak POI untuk menunjukkan status mereka, atau terlalu berusaha untuk menyerlahkan diri. Mereka simple tetapi cukup menawan!

Nah, duduk bergaya  di atas trolley bag seperti Indah Nada Puspita pun sudah vogue! Anda, bagaimana pula?


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, atau anda ingin menjadi sebahagian daripada kami (Perunding Imej dan Warna Profesional) , sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.