Senarai ‘must haves’ – warna-warna neutral!

Skim Warna-39.png

Warna yang membosankan?

Ia merupakan warna asas bagi kebanyakkan wardrobe , bukan sahaja si fashionista. Mungkin agak membosankan untuk sesetengah individu, tetapi percayalah, kita tidak dapat menidakkan versatility warna neutral ini. Kasut, handbag , tali pinggang, juga koleksi pakaian yang lain, pasti ada sahaja yang memerlukan warna asas neutral sebagai padanan mix and match gaya. 

Senarai Must Haves!

Secara umum, warna-warna neutral ini terdiri daripada warna hitam , putih , kelabu (hasil campuran hitam dan putih itu tadi), biru navy, juga beberapa variasi tona warna perang (muda, cerah, gelap). Warna-warna ini diklasifikasikan neutral kerana penggunaannya yang boleh dicampurkan atau di-matchkan dengan warna lain. Asasnya, warna neutral BOLEH dimix and match dengan semua warna dan kombinasi warna yang lain – tidak menghasilkan banyak emosi. Disebabkan faktor serba guna ini  warna-warna neutral menggambarkan si pemakainya sangat elegan , stylish untuk ke sebarang majlis atau tema dan ianya amatlah digalakkan. 

Kenapa Warna Neutral

Trend proof : Boleh diterima untuk digayakan ke pelbagai majlis.

Fleksibel : Disuai padan dengan warna pilihan anda tanpa dilihat terlalu ‘mencuba’. Mudah digayakan kerana hampir semua warna boleh dimix and match.

Gaya Klasik : Suaikan dengan mana-mana pakaian yang anda ingin kurang perhatian (kerana warna neutral ini tidak memberikan banyak tarikan emosi kepada yang melihatnya).

Kepelbagaian suai padan : Anda akan dapati mudahnya untuk menghasilkan kombinasi pakaian menggunakan koleksi warna neutral. Ya…tanpa perlu berfikir panjang..’hmmmm, warna apakah yang sesuai untuk dipadankan dengan warna merah?’

Tip Membeli Warna Neutral

1. Sentiasa utamakan warna neutral sebelum membeli baju yang agak rumit corak dan warnanya – yang tidak mudah untuk disuaipadan dengan warna lain.

2. Untuk mengelakkan pembaziran, baju yang paling mahal juga digalakkan dalam warna-warna neutral.

3. Baju yang sering dipakai ke pejabat, atau ianya sebahagian daripada kod pakaian ke pejabat, pastikan warna-warna neutral diutamakan terlebih dahulu.

4. Jika anda berundertone panas, Spring atau Autumn , warna neutral terbaik adalah seperti warna gold, krim dan perang coklat.

5. Manakala jika anda berundertone sejuk pula, seperti Summer atau Winter, warna neutral terbaik adalah silver, putih, kelabu dan biru navy.

Pilihan warna bajet ? 

Sekiranya anda masih merancang, bagaimana untuk tampil bergaya dengan bajet bulanan yang terhad, inilah jawapannya! Warna neutral ternyata tidak lapuk ditelan zaman malah kekal segar di hati peminat fesyen.


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, atau anda ingin menjadi sebahagian daripada kami (Perunding Imej dan Warna Profesional) , sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.

Bergaya ala Indah Nada Puspita

Warna mengikut undertone.png

Setiap kali terpandang wajah wanita yang bergaya anggun tapi ringkas dalam penampilannya..saya pasti terdiam kaku (sambil cuba mengamati keistimewaan personaliti mereka). Dan ternyata, Indah Nada Puspita antara mereka yang istimewa.

Bersahaja tetapi hadir dengan penuh versatil, begitulah ungkapan yang dapat saya berikan. Ramai lagi contoh selebriti (baik dari dalam atau luar negara) yang mungkin dapat saya kongsi rahsia penggayaan mereka, tetapi jom… apa kata kita mulakan dengan Indah Nada Puspita ?

Percaya atau tidak, ramai wanita yang sering bertanyakan saya akan rahsia penggayaan dan suai padan. Dari pilihan warna, jenis fabrik, suai padan baju, kesesuaian mengikut bentuk tubuh, dan pelbagai persoalan yang menjadi dilema kebanyakan wanita hari ini. Ahh.. mungkinkah anda antara daripada mereka ? 🙂

Screen Shot 2017-09-26 at 3.55.11 PM

Dan saya juga percaya…ramai yang bakal menyangkal , dan berkata… “Ah..orangnya cantik, pakai apa pun pasti cantik” .. atau “Ah.. artis, mestilah kena cantik selalu”.

Daripada terus membiarkan diri ditenggelami emosi negatif dan keyakinan diri yang semakin mengurang, apa kata kita belajar dan aplikasikan serba sedikit tips yang saya nak kongsikan di sini?

RAHSIA#1

Beliau bijak bermain dengan warna. Indah Nada Puspita seorang yang berundertone sejuk (cool undertone) di bawah musim Summer.

  1. Di dalam penggayaan, bagi seorang wanita Muslimah, warna hijab sebenarnya lebih cantik jika ia dipilih dan dipadankan dari warna yang paling minimal terdapat pada baju tersebut.
  2. Dengan memiliki kelebihan berundertone sejuk atau cool undertone, warna tudung yang cenderung kepada tona yang cerah dan lembut akan memberikan efek yang lebih WOW kepada si pemakainya!
  3. Tidak hairanlah , beliau memilih soft pastel teal , bukan mustard yellow atau magenta yang terdapat pada kimono long cardigannya.

RAHSIA#2

Keseimbangan dalam gaya.  Tidak disangkal lagi, beliau sememangnya seorang ikon fesyen yang mempunyai sense of style tersendiri.

Menyebut tentang keseimbangan , apa yang perlu diperhatikan adalah

  1. Jumlah warna yang terdapat di dalam gaya tersebut
  2. Penggunaan aksesori dan jumlah POI
  3. Keseimbangan antara pilihan warna tudung dan baju
  4. Solekan dan keharmonian keseluruhannya

Ramai yang beranggapan dengan mengenakan warna tudung yang lebih terang menyerlah, baju yang penuh hiasan , aksesori lengkap seperti cincin, gelang, rantai, kerongsang, tali pinggang, subang – bersaiz besar dan bling bling , solekan ala gaya nak ke majlis makan malam yang akan memberikan efek WOW kepada si pemakai.

Malangnya , sangkaan itu hanyalah impian mereka bergelar yang fashion victim atau mangsa fesyen. Uhhh… saya harap anda tidak tergolong di antara mereka di bawah kategori ini ya!

RAHSIA#3

Suai padan dengan hanya mengulangi warna yang sama di dalam satu gaya. Ya,  berikut adalah salah satu strategi mudah yang boleh anda praktikkan. Antara kesalahan yang perlu dielak ketika menyuai-padankan pakaian dengan hijab :-

  1. Jangan cuba ulangi warna hijab dengan warna paling banyak / besar yang ada pada baju tersebut. Pilih sebaliknya.
  2. Jika hijab anda jenis bercorak , maka pilihan warna baju hendaklah diulangi dengan memilih warna yang paling minimal pada hijab tersebut.
  3. Tidak mengapa , jika anda memilih warna yang paling banyak pada hijab untuk diulangi pada baju. Cuma kesan efek WOW! agak kurang menyerlah di situ..

RAHSIA#4

Tidak melebihi 4 warna. Pastel teal, mustard yellow, teal, magenta. Walaupun anda mungkin perasan bahawa latarbelakang kimononya berwarna putih. Tidak mengapa kerana ia merupakan warna asas dalam baju ini dan ditenggelami di sebalik coraknya.

TIPS OLEH PERUNDING IMEJ EMI IDURA

RAHSIA#5

Suai padan menggunakan RODA WARNA. Untuk penggayaan , beliau menggunakan skim warna triad (rujuk segitiga di atas) .

Nak tahu apa itu Roda Warna dan bagaimana nak suai padankan menggunakan alat ini ? Jangan lupa , dengarkan perkongsian saya mengenai topik Roda Warna di http://bit.ly/SuaiPadanGayadenganRodaWarna

RAHSIA#6

Point of interest (POI) yang minimal iaitu dengan hanya menggunakan aksesori seperti jam di tangan. Ya, less is more!

  1. Solekan di muka (checked!)
  2. Baju dan tudung bercorak (checked!)
  3. Kanta lekap berwarna  (checked!)
  4. Aksesori di hijab (checked!)
  5. Aksesori fesyen seperti jam tangan, gelang, tali pinggang , rantai berfesyen, cincin di jari (checked!)

Wanita yang tampil versatil tidak memerlukan banyak POI untuk menunjukkan status mereka, atau terlalu berusaha untuk menyerlahkan diri. Mereka simple tetapi cukup menawan!

Nah, duduk bergaya  di atas trolley bag seperti Indah Nada Puspita pun sudah vogue! Anda, bagaimana pula?


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, atau anda ingin menjadi sebahagian daripada kami (Perunding Imej dan Warna Profesional) , sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.