Pelantikan Sebagai Panel Penasihat Industri, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis

IAP1.JPG
Alhamdulillah..
Terima kasih Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis di atas kepercayaan kepada kami dan saya sebagai Pengarah syarikat TopToToeStyliesta Image Consulting untuk menganggotai Jawatankuasa/Panel Penasihat Industri Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) selama tempoh 2 tahun iaitu daripada 2019-2020.
Majlis pelantikan dan kolaborasi dua hala ini telah berlangsung dengan jayanya dan mengambil tempat di Dewan Harumanis PTSS pada Khamis 28hb Mac yang lalu. 
IAP2.jpg
Secara peribadi, saya teruja dengan pelantikan ini , selain memikul tanggungjawab yang besar dan berat memartabatkan anak bangsa ke peringkat yang lebih tinggi.
Antaranya :
  1. Kerjasama dalam pertukaran informasi berkenaan kepakaran latihan , pembangunan kemahiran, dan pembelajaran berterusan kepada pelajar dan pensyarah PTSS serta kakitangannya;
  2. Bekerjasama dalam mengadakan ruang dan memberi peluang kepada kebolehpasaran pelajar PTSS
  3. Memberi cadangan mengenai objektif  masa depan PTSS sejajar dengan kehendak industri semasa dan masa depan
  4. Menganjurkan program bersama antara kedua-dua pihak .
7A57A8AC-A5D9-4E86-BA49-82B2BB682BB5.jpg
Ya, siapa tak teruja melihat ikon legenda perfileman Malaysia, Datuk Yusof Haslam turut hadir dan dilantik sebagai panel Penasihat Industri kali ini!
Terasa kerdil saya berada di kalangan mereka yang hebat dan ternama ini, selain pakar-pakar dan wakil dari syarikat lain yang turut serta bergabung bersama memeriahkan lagi majlis pelantikan dan kolaborasi bersama PTSS pada petang Khamis yang lalu.
9F2CB74B-6FCB-4F68-9403-FA633E256FB7.jpg
Sempat bergambar kenangan bersama selebriti terkenal Che Ta (Rozita Che Wan) sebagai penampilan istimewa majlis tersebut juga ikon keusahawanan PTSS.  

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic

Baju Raya 2019 : Tips Membeli Sebelum Rugi

Ini antara topik favorite saya setiap tahun.
Rasanya sudah beberapa kali juga saya menyentuh mengenai topik yang sama sejak 3 tahun yang lalu. Jom kita imbas kembali :-
  1. Apa yang anda perlu tahu apabila membeli baju raya
  2. Bentuk badan vs rekaan baju serlahkan WOW!
  3. 5 Tips Shopping Baju Raya
  4. Pilihan Baju Kurung Mengikut Bentuk Badan
Photoshoot for BKW-11.png
KENAPA TIPS MEMBELI SEBELUM RUGI?
Kerana kebanyakkan masa hari ini , kita membeli kerana mengikut kehendak diri. Kita membeli kerana terikut dengan trend terkini , dan secara tidak langsung rasa ingin bersaing dengan mereka yang lain. Sindrom fesyen FOMO.
Ya, seakan apa yang mereka miliki, kita turut mahu memilikinya juga. Nak sedapkan hati, (alaa….) sekurang-kurangnya nak juga satu! Betul ? 
Mulai hari ini, saya mahu anda merancang dan membeli dengan LEBIH BIJAK. Sebab itulah saya tidak jemu dalam berkongsi dan terus berkongsi walaupun topik ini sudah beberapa kali saya tekankan sejak beberapa tahun yang lalu. 
SOALAN UNTUK ANDA :
  1. Berapa ramai antara anda yang mahukan penampilan yang baik, menarik tetapi RUGI dalam jangkamasa pendek – apatah lagi untuk satu jangkamasa panjang? (Macam tak masuk di akal tetapi itulah yang sebenarnya berlaku hari ini). Sabotaj imej diri. 
  2. Adakah anda antara mereka yang ternanti-nantikan fesyen #bajuraya yang bakal menjadi trend dan bakal disebut-sebut pada tahun ini? Atau;
  3. Mungkinkah anda seorang yang berpersonaliti klasik dan terus setia dengan jenis gaya pilihan baju tradisional dari dahulu hingga sekarang? Pilihan fesyen terkini tidak begitu mengujakan anda walaupun pelbagai trend ditawarkan dan digayakan oleh selebriti.
Yang pasti, tiada siapapun yang MAHU RUGI ketika membuat pembelian. Saya yakin anda semua mahu tampil menarik dan menjadikannya kenangan di hari kemudian. 
Percaya atau tidak, apabila anda memilih berdasarkan trend terkini dan saiz semata-mata, di situlah BERMULANYA SATU KERUGIAN BESAR kepada poket raya anda.
Pernahkah anda bertanyakan diri sendiri..
  1. Apakah warna yang sesuai mengikut warna tona kulit  saya?
  2. Bagaimana nak suaipadan ?
  3. Apakah bentuk badan , jenis badan dan skala badan anda bagi menyesuaikannya dengan jenis fabrik, rekaan baju, skala corak ?
  4. Apakah pula personaliti gaya anda dan sesuaikah untuk menggayakan pilihan trend terkini?
  5. Apakah jenis kitaran fesyen yang ditawarkan ? Adakah ia berbentuk klasik, trend atau sekadar fad semata-mata?
  6. Antara jenis kitaran fesyen ini, yang manakah yang bakal memberikan saya satu kepuasan pembelian. Untung untuk satu jangka masa yang panjang?
  7. Bagaimana pula dengan bajet anda – adakah ianya satu keperluan atau kehendak?
  8. Adakah anda memilih berdasarkan kuantiti , jenis fesyen fad tetapi tiada kualiti? Atau;
  9. Kualiti, jenis fesyen klasik dan boleh digunakan untuk beberapa tahun akan datang 
Jika anda tidak dapat memberikan jawapan kepada sebahagian besar soalan di atas, ternyata selama ini anda hanya membeli mengikut kehendak, gerak hati – bukan atas ilmu dan tahu BAGAIMANA dan APA YANG SESUAI dengan anda (bukan hanya merujuk kepada kesesuaian pada orang lain dan anda pula begitu teruja untuk memilikinya).
Saya ulas semula…
  1. Tidak membeli mengikut warna tona kulit menyerlahkan pelbagai kekurangan , terutamanya di kawasan muka. Anda perlu ingat bahawa komunikasi bermula sebaik kita melihat atau memandang seseorang (tanpa perlu berkata apa-apa). Ruang muka adalah ‘focal point’ paling utama. Jika anda tidak mencari jawapan kepada kesesuaian warna mengikut warna tona kulit, sia-sia sahajalah pembelian tersebut. Tiada siapa mahu kelihatan tua, pucat, lesu, seakan sakit, tidak bersemangat. Pilihan WARNA yang sesuai boleh mengubah persepsi itu.
  2. Ada 7 cara suai padan kesemuanya jika anda rujuk kepada YouTube video saya yang lalu. Nak tahu caranya ? Lihat di sini Suai Padan Warna Dalam Gaya
  3. Bentuk badan ? Kenapa perlu rujuk bentuk badan? Ramai yang mungkin agak skeptikal dengan saranan saya ini. Tapi percayalah, kita perlu merujuk kepada bentuk badan kerana dari situ jugalah kita bakal mengenalpasti kawasan badan mana yang menunjukkan kekurangan, dan perlu ‘ditutupi’ bukan untuk diserlahkan. Kebanyakkan mereka yang gemar berfesyen, secara tidak langsungnya gemar menyerlahkan kekurangan bentuk badan mereka. Contoh, badan berbentuk epal, usahlah menggunakan baju rekaan jenis peplum. Itu bukan menutupi malah sebaliknya. Nah, buat anda yang pertama kali mendengar tentang bentuk, jenis dan skala badan..ketiga-tiga ini memberikan jawapan yang berlainan. Jom masuk program IMEJ saya, dan saya kongsikan bezanya!
  4. Personaliti gaya dan kitaran fesyen – berikut adalah 2 perkara yang berkait antara satu sama lain. Adakalanya jika anda gagal untuk mengenalpasti jenis kitaran fesyen yang ditawarkan, secara tidak langsung anda bakal menjadi MANGSA FESYEN. Kenapa? Jika anda sememangnya berpersonaliti gaya romantik, tetapi demi trend semasa, anda sanggup memilih fesyen fad yang lebih menjurus ke arah dramatik. Tidak cukup setahun, fesyen tersebut tidak lagi digunakan. Ouch! Siapa yang rugi?
  5. Pilihan terbaik adalah dengan memilih barangan berkualiti, dengan gabungan fesyen trend dan klasik (lupakan FAD!). Nak tahu kualiti atau tidak, pastikan anda menggunakan strategi kos bagi setiap belian. GUARANTEE jimat.

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !
pensijilan-ttt-pic

Warnai Diri Anda Dengan Mesej Positif

Pejam celik, pejam celik – rupanya sudah tiga tahun masa berlalu.
“Warnai Diri Anda Dengan Mesej Positif” ini begitu istimewa di hati saya, sehingga ia dipilih menjadi tajuk pertama yang diterbitkan di kolum Bicara Imej, MEGA-RONA Utusan Malaysia , 5 Ogos 2015 yang lalu.
Warna – ia memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan semua. Baik di dalam strategi pemasaran produk mahupun perkhidmatan, ia mampu memberikan impak yang positif mahupun negatif kepada pemiliknya. Tidak hairanlah , jenama terkenal antarabangsa sangat berhati-hati dalam pemilihan identiti jenama mereka, dan warna  tentunya salah satu elemen yang tidak boleh diendahkan sama sekali.
Setiap hari , ya setiap pagi kita membuat keputusan tentang WARNA.
Lebih tepat lagi, warna yang kita pilih untuk menghadiri suatu majlis atau ke destinasi seterusnya. Ke pejabat, bertemu bakal pelanggan, keluar bershopping – dari pilihan warna baju, tudung, aksesori, beg tangan malah warna solekan yang dikenakan ke atas diri sendiri setiap pagi , semuanya berkaitan dengan warna. Setuju?
Tertarik dengan kajian yang dilakukan oleh Marks & Spencer – ke atas sekumpulan 2000 lelaki dan wanita (2016) mereka mendapati bahawa kebanyakkan responden mengambil masa lebih 17minit sehari, bersamaan 4 hari setahun atau 6 bulan seumur hidup mencari baju setiap pagi.
Selain mencari baju yang sesuai untuk digayakan, tidakkah pilihan dan padanan warna turut menjadi isu di sini?
Sebagaimana cerewetnya kita membuat keputusan sehari-hari, iaitu dalam soal suai padan gaya peribadi, cerewetnya kita ketika membuat keputusan ke atas suatu belian produk, pasti tujuan akhirnya adalah kerana kita mahu sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri, bukan?
Tetapi pernahkah anda terfikir, bahawa pilihan anda itu tadi sebenarnya memberikan impak  gambaran positif ataupun negatif ? Ya, bukan sahaja kepada orang ramai tetapi diri anda secara emosi dan juga psikologi?
Buku Kuasa Warna bakal diperkenalkan di pasaran, dan dijangka menemui peminatnya pertengahan November 2018 ini – sebagai pakej asas dalam penjenamaan imej peribadi (personal image branding).
Ia merupakan solusi kepada kekeliruan dan pertanyaan, cabaran sedia ada terutamanya bab penampilan dan penggayaan peribadi, selain boleh juga dimanfaatkan ilmunya di dalam pelbagai bidang dan industri lain seperti kosmetik dan kecantikan, pembuatan dan hiasan kek, hiasan dan rekaan dalaman malah industri kesenian bunga.
Kuasa Warna direka khas dengan aspirasi agar pembaca semua dapat menguasai kemahiran menganalisa warna peribadi secara mudah. Diolah dengan begitu teliti, ia menawarkan panduan langkah demi langkah mengenalpasti undertone masing-masing secara Do-It-Yourself (DIY).
Sebuah buku rujukan pantas (teknikal) pertama seumpamanya di Malaysia, ia diterbitkan hasil inspirasi daripada maklumbalas peserta program yang sering meluahkan rasa ingin tahu mereka mengenai warna peribadi dan penggayaan mengikut kesesuaian kerjaya dan persekitaran, industri pekerjaan, gaya hidup, bajet peribadi dan bagaimana untuk mendalami topik ini dengan lebih baik lagi. Selain tampil lebih berkeyakinan, ramai juga yang ingin tahu bagaimana caranya untuk kelihatan hebat, anggun bergaya dan pesona penuh kredibiliti walaupun dengan pilihan bajet yang rendah.
Kuasa Warna,  solusi kepada :-
  1. Keyakinan diri, kredibiliti imej dan kejayaan kerjaya, kehidupan, pengurusan kewangan dan juga perhubungan.
  2. Pengurusan imej dan wardrobe secara mudah dan praktikal.
  3. Penjimatan perbelanjaan membeli-belah , secara bulanan mahupun tahunan.
  4. Pemilihan warna dan suai padan fesyen tanpa terikat dengan gaya trend terkini.
  5. Keremajaan terserlah secara semulajadi tanpa pengambilan ubat-ubatan dan suntikan terlarang.
  6. Penjimatan masa yang lebih efektif terutamanya dalam bab pengurusan imej peribadi. 

Photoshoot for BKW-3.jpg

Bersediakah anda, untuk merungkai rahsia warna WOW peribadi anda , hari ini?
Kuasa Warna – Pencetus Keyakinan, Kredibiliti dan Karisma Diri

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic

Pemberitahuan Penting Buku Kuasa Warna

Imej dan reputasi anda di mata orang ramai - itulah jenama peribadi anda-7.png

Bila Menteri pun buat silap. Tag Nama : Kanan atau Kiri Dada?

Tag atau tanda nama. Adakala peranannya seringkali diperkecil-kecilkan.
Ramai yang mungkin tidak sedar, bahawa sebagaimana pentingnya membawa kad bisnes dalam mana-mana majlis networking atau mesyuarat yang dihadiri, begitu juga pentingnya memakai tag nama di dada sebagai tanda pengenalan diri.
Ya, tidak saya nafikan , keperluan untuk mengenakannya sangat bergantung kepada kod pemakaian atau tatacara pemakaian yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Ada yang menjadikannya satu aksesori kemestian , tidak kurang yang telah siap disulam pada baju korporat yang disediakan.
Apa yang menarik ingin saya kongsikan kali ini adalah hasil pemerhatian, maklumbalas peserta program malah melalui bahan bacaan dan berita trending di media sosial.
Ia bukanlah kali pertama saya melihat isu tag nama ini. Walaupun bukan isu trending semasa di laman Twitter , tetapi kerana cara pemakaian seorang Menteri ketika beliau hadir di sebuah persidangan antarabangsa Forum Ekonomi Dunia ASEAN 2018 di Hanoi, Vietnam sejak 11 September yang lalu, telah menarik perhatian saya untuk berkongsi serba sedikit mengenai tatacara penggunaannya.
IMG_3579 2
Tag nama? Bukanlah satu aksesori yang asing, malah sudah menjadi kebiasaan, dalam pemakaian ke Pejabat di negara kita. Lihat sahaja pegawai-pegawai di Kementerian mahupun di agensi kerajaan, tentunya mereka mendokong tatacara pemakaian ke pejabat mengikut peraturan-peraturan yang telah digariskan dalam Surat Pekeliling AM Bil. 8 Tahun 1983.
Berikut adalah garis panduan yang ditetapkan
(a) semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf berwarna putih berlatarbelakangkan hitam dan berukuran 7.5cm x 2.5cm seperti contoh yang dilampirkan
Contoh tag atau tanda nama
(b) hanya satu nama sahaja digunakan
(c) tidak ada had huruf dan saiz yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke dalam ukuran tanda nama yang telah ditetapkan.
(d) gelaran-gelaran darjah kebesaran, keturunan, profesyen, akademik atau initial, tidak boleh dituliskan.
(e) nama jawatan dan logo Jabatan juga tidak haras dimasukkan dalam tanda nama berkenaan, jabatan-jabatan yang hendak menggunakan logo Jabatan, ianya hendaklah diadakan secara berasingan dari tanda nama
(f) tanda nama hendaklah disematkan dibaju di dada sebelah kiri , dan
(g) tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.
image
Sebelum itu secara peribadi saya ucapkan tahniah buat YB Syed Saddiq , antara delegasi mewakili Malaysia ke WEF ASEAN 2018 kali ini. Tentunya sebagai anak muda, beliau patut rasa berbangga atas pencapaian peribadi yang diraih dalam usia sebegini.
Berdiri gah di pentas antarabangsa memerlukan seseorang individu itu untuk menguasai etiket bisnes dan sosial dalam waktu yang sama.
Untuk membantu beliau, saya ingin menekankan sedikit tentang nametag blunders atau kesalahan tag nama yang dikenakan sepertimana dilihat di dalam gambar di atas.
  1. Kedudukan tag nama
  2. Kekemasan
Kedudukan Tag Nama
Haruslah disematkan di sebelah kanan dada.
Ya, bertentangan dengan garis panduan Surat Pekeliling AM, Bil.8 tahun 1983, etiket pemakaian yang betul bagi tag nama adalah di sebelah kanan, atas dada si pemakai.
Menurut etiket bisnes dan sosial antarabangsa, dan mengikut industri standard perundingan Imej yang digariskan oleh pakar Perunding Imej dan Etiket sedunia bertaraf Master dan Profesional , kedudukan tag nama di atas dada sebelah kanan ini memudahkan lagi komunikasi terutamanya ketika hendak berjabat tangan.  Dengan menghulurkan tangan kanan, secara automatiknya mata (dan seluruh muka) akan mengikut aliran tangan dan sepintas lalu dapat melihat tag nama tanpa perlu memusingkan kepala ke sebelah kiri dada seseorang itu untuk mencari nama mereka.
Make sense? Ya. Cuba praktis dengan rakan anda di Pejabat dan lihat bagaimana ia membantu anda mencari nama mereka dengan begitu mudah!
Kekemasan
Sebagaimana anda mahu diingati, dikenali sebagai seorang yang berkepentingan, pastikan kekemasan baju berada pada tahap tip top sentiasa. Muka yang tampan seperti YB sudah tentu satu plus point di sini, cuma pastikan kekemasan tag nama , dengan kedudukan yang betul dan tidak senget seperti di dalam gambar – sudah cukup membantu untuk memberikan mesej WOW kepada audience.
Jika anda tidak memiliki tag nama tetapi dibekalkan di dalam majlis networking?
  • Pastikan anda menulis nama pertama dan terakhir (first and last name).
  • Elakkan sama sekali nama timangan manja seperti Baby, Love, Honey sebagai nama pilihan. Ia menunjukkan anda tidak menghormati tuan rumah sebagai hos.
  • Tulis nama dengan kemas dan berhuruf besar, mudah untuk dibaca.
  • Elakkan dari menulis pangkat, jawatan, keturunan, darjah kebesaran.
  • Pakai setiap masa, terutamanya ketika majlis berlangsung.
Kesimpulannya,
Penggunaan tag nama selain sebagai identiti jenama peribadi, ia juga berfungsi sebagai alat atau aksesori yang membantu dalam mengurangkan rasa janggal ketika bertemu seseorang buat pertama kalinya. Selain memberikan anda info pantas berkenaan nama seseorang, ia juga digunakan sebagai alat untuk membina hubungan yang baik, terutamanya jika anda kerapkali mengulang nama mereka di dalam perbualan.
Nota :
Jika anda dapati perkongsian ini bertentangan dengan apa yang mungkin anda telah pelajari di program-program Imej atau bengkel Ketrampilan Imej dan Etiket sebelum ini, jangan khuatir!
Ini kerana di TopToToeStyliesta Image Consulting , kami merupakan Associate kepada Institut Latihan Imej dan Pusat Ujian Antarabangsa berpusat di Kanada, di mana kami mendokong standard industri perundingan imej yang diperkenalkan dan digariskan oleh Perunding Imej dan Etiket yang bertaraf Master dan Profesional (dunia). Modul yang diterapkan di dalam program kami adalah berstandard antarabangsa dan boleh digunapakai oleh para peserta program walaupun mereka berada di luar negara. Ia bertujuan mengurangkan konflik di dalam etiket sosial dan bisnes dan situasi janggal seperti contoh penggunaan tag nama yang saya kongsikan di atas ini.

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic