Apa yang perlu anda tahu bila memilih baju raya!

APA YANG ANDA PERLU TAHU BILA MEMILIH BAJU RAYA!
Soalan saya mudah,
1. Anda membeli kerana fesyen dan trend terkini , atau kerana ia sesuai dengan bajet dan personaliti anda secara peribadi ?
Pilih Jawapan : 
A. Obses dengan fesyen terkini
B. Kesesuaian bajet dan personaliti
C. Tak kisah pun, saya ada banyak duit nak spend. Saya beli sebab saya suka.
IMG_7955
Ruffle di tangan, elakkan bagi mereka yang badannya berbentuk epal
2. Pernahkah anda terfikir atau tertanya-tanya bahawa fesyen yang dipilih itu mampu digayakan sehingga tahun depan (sekurang-kurangnya) ? 
Pilih Jawapan :
A. Tak pernah terfikir, yang penting saya beli trend terkini
B. Penting tu! Kebiasaannya baju yang dibeli adalah antara rekaan klasik tetapi diubah mengikut trend terkini. Saya juga pastikan walaupun untuk 2-3 tahun akan datang, saya masih tak malu menggayakannya.
C. Nama lagi fesyen. Saya suka menggayakan apa yang dikatakan fesyen in-trend. Haute couture , saya tak beli RTW (ready-to-wear). Tahun depan saya beli koleksi yang lain.
3. Pernahkah anda mengukur atau mengenalpasti bentuk dan jenis badan sendiri ?
Pilih Jawapan :
Penting : Pemilihan baju haruslah berdasarkan bentuk dan jenis badan. Saiz ? Cari saiz selepas anda sudah mengenalpasti bentuk dan jenis badan sendiri.
A. Bentuk badan ? Saya cari dulu baju apa yang saya suka, kemudian terus memilih saiz. Saya tak tahu pula kita kena beli mengikut bentuk badan.
B. Ya, saya sering memilih baju mengikut bentuk badan sendiri. Tak mahulah, beli fesyen terkini, tapi tetap serlahkan bahagian badan yang bermasalah. Contoh, kalau saya besar di bahagian perut, takkan nak pakai peplum lagi. Itu bukan tutup kekurangan, tapi buat orang pandang lagi di bahagian situ , adalah!
C. Saya tak mengikut rules dalam fesyen. Saya pakai apa yang saya suka.
Padanan tudung dengan baju raya
Padanan tudung : Jika tudung berbunga, warna baju haruslah dipilih berdasarkan salah satu warna paling kecil di dalam tudung tersebut. Lakukan sebaliknya jika warna tudung berona polos. Baru dilihat ada keharmonian di dalam sesuatu penggayaan..Perunding Imej Emi Idura
4. Warna membangkitkan emosi, mempengaruhi mood dan perasaan si pemakai juga mereka yang melihat – baik secara langsung dan tidak langsung. Warna juga mampu menyerlahkan penampilan seseorang individu , malah boleh menenggelamkannya jika tidak bijak menyuaipadan.
Nota :
– Pemilihan warna yang tepat mampu membuatkan anda jauh lebih muda dari usia sebenar. Dan saya tidak sebut tentang harga dan jenama ya!
– Pemilihan warna yang tepat, membantu anda nampak sangat ceria , wajah lebih putih berseri di dalam gambar potret raya!
– Pemilihan warna yang kurang tepat, lebih-lebih satu keluarga menggayakannya, membuatkan potret raya nampak boring, muka seakan pucat dan tidak menceriakan.
– Wajah pula lebih kusam, gelap. Dari jauh, hanya nampak warna baju dahulu yang timbul, si pemakainya tenggelam di sebaliknya.
Bagaimana anda memilih warna baju raya ? Pernahkah terfikir untuk memilih warna terbaik dan menepati kesesuaian setiap ahli keluarga?
Pilih Jawapan :
A. Saya pilih warna yang belum pernah digayakan sebelum ini. Tempah atau beli saja RTW . Tak kisah , yang penting kami sedondon.
B. Hmm, pernah terfikir juga. Kadangkala, bila pilih sesuatu warna tu, nampak cantik ketika dipamerkan. Tapi bila kami sekeluarga pakai, bergambar raya, aduhai…tak cantik pula. Ada strategi ya, Puan?
C. Saya suka kalau nampak outstanding dari yang lain. Tak kisah sesuai atau tidak. Asalkan baju designer terkenal, i’m happy.
Nah, jawapan anda ?
Jika ianya lebih cenderung kepada A
You need help! Pemilihan baju raya bukan hanya berkisar tentang fesyen dan trend terkini. Warna, bentuk dan jenis badan, personaliti gaya, bajet vs kos setiap penggunaan, jenis kitaran fesyen, ini antara ilmu yang perlu anda dalami.
Jika ianya lebih cenderung kepada B
Anda mempunyai sedikit ilmu tentang penggayaan. Seorang individu yang tidak terlalu obses dengan trend semasa, tapi tahu apa yang terbaikuntuk diri dan keluarganya.
Jika ianya lebih cenderung kepada C
Wow! Yang pasti anda tidak suka mengikut peraturan. Kebanyakkan waktu, mereka ini tergolong dalam individu berpersonaliti gaya dramatik dan kreatif. Mereka inginkan perhatian , dan tidak kisah tentang apa yang orang kata tentang dirinya.
Jom!
Nak tahu lebih lanjut? Jangan lupa LIKE, LOVE, SHARE video ni , di mana saya kongsikan sedikit tips pemilihan baju raya , di Assalamulaikum TV Al Hijrah , pada Rabu 6hb Jun yang lalu..

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

    pensijilan-ttt-pic

Tip 2 : Terang tidak semestinya pilihan terbaik

4.png

Soalan ini seringkali diajukan kepada saya (terutamanya ketika mengendalikan program latihan Kecemerlangan Pengurusan Imej dan Etiket Profesional) di jabatan-jabatan kerajaan, korporat mahupun di bengkel keusahawanan atau anjuran persatuan wanita.
“Puan , bukankah warna yang terang dan menyerlah itu yang paling sesuai dengan kita?”
Nota kecil : soalan mereka ini bukanlah bertumpukan kepada fesyen semata-mata, tetapi bagaimana harus mereka suaipadankan pakaian terutamanya ke pejabat dan ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
Okay, tidak saya sangkal , ramai sebenarnya yang beranggapan begini. Pada mereka, warna yang paling terang dan menyerlah itulah yang paling cantik dan sesuai digayakan.
Percayalah, 7 tahun dahulu, saya juga tidak terkecuali daripada beranggapan sedemikian! Tetapi , siapa sangka setelah mendalami ilmu daripada Perunding Imej bertaraf Master ketika melanjutkan pengajian di United Kingdom , telah merubah pandangan saya – 360 darjah!
Di sebalik rahsia ini, sebenarnya tersirat satu ilmu mengenai analisis warna yang saya secara peribadi mengambil masa selama hampir 2 tahun menguasainya daripada mereka ternama di peringkat antarabangsa (2 daripadanya di UK, seorang daripada Australia). Pelaburan mempelajari ilmu analisis warna ini juga bukanlah murah, apatah lagi terpaksa berhabisan lebih 5 angka untuk satu modul ini sahaja. (Nah…anda pasti boleh mengagak kenapa saya begitu obses tentang isu warna, ini bukan?)
Apa yang PERLU ANDA TAHU sebelum memilih warna
  1. Jika tersalah membeli, warna tersebut mampu mendominasi visual penampilan anda lalu menenggelamkan raut wajah anda secara total. Sedangkan dalam konsep penggayaan – apa yang kita cari adalah keharmonian dalam gaya dan keseimbangan warna pakaian yang dipilih dengan warna tona kulit (melalui kaedah analisis warna, kita mencari ketepatan undertone seseorang).
  2. Pemilihan warna yang tidak tepat adakalanya mampu menyerlahkan lagi penuaan kulit, kedutan dan lingkaran hitam di bawah mata- ya secara tidak langsung si pemakainya nampak lebih berusia (matang), kulit kelihatan kusam, pucat, sakit dan sedikit kekuning-kuningan daripada kebiasaannya.
  3. Tidak salah memilih warna yang terang , tetapi biarlah ia disesuaikan mengikut suhu warna , nilai warna tona kulit,  intensiti (paras kekuatan atau darjah penepuan iaitu terang atau pudarnya sesuatu warna) . Jika diikutkan analisis warna, mereka yang tergolong dalam kategori musim Spring dan Winter dengan paras intensiti K.R.M.G yang tinggi , dan terang mampu mengenakan warna sebegini (contoh gambar di atas).
Tidak salah untuk anda mencubanya – tetapi impak yang saya maksudkan di sini adalah, orang ramai hanya akan dapat melihat atau perasan akan warna pakaian anda (dari jauh), bukan anda dan pakaian secara total. Ia merujuk kepada dua situasi yang berbeza.
4. Persoalan yang anda perlu tanya diri sendiri hari ini adalah :
Adakah pemilihan warna ini semata-mata untuk saya menarik perhatian orang ramai untuk melihat kepadanya….(kerana sebenarnya saya hanya mahu dipuji?)
atau…
Saya lebih teruja jika warna yang dipilih ini , cantik dan sesuai sekali dengan warna tona kulit saya, malah kelihatan harmoni bersama ketika digayakan.
Kenalpasti palet warna yang tepat agar dapat disuaipadankan dengan warna tona kulit (analisa undertone masing-masing) , agar pembelian anda seterusnya akan lebih bermakna dan berbaloi, walaupun dengan bajet yang kecil.
Untuk mendapatkan analisis warna anda secara lebih terperinci  – rujuk Perunding Imej dan Warna Profesional (CPICC) bertauliah kami untuk ketahui sama ada anda sesuai dengan warna-warna yang terang dan cerah sebegini, ataupun sebaliknya.
Hubungi +012 9023625 atau emel kami di top2toestyliesta@gmail.com dan tempah temujanji PERCUMA anda hari ini!

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic

Tip 1 : Kenalpasti Jenis Fesyen

3

Tahukah anda  bahawa terdapat 3 jenis ‘kitaran fesyen’ yang terdapat di pasaran – yang perlu anda kenalpasti kategorinya sebelum memilih dan melakukan transaksi pembelian??
Perasankah anda, ada jenis-jenis fesyen raya yang diperkenalkan tahun lepas , tidak kiralah samaada tudung atau baju raya …tidak lagi kelihatan rekaannya tahun ini? Tetapi sesetengahnya pula masih lagi popular dan diterima ramai walaupun setelah 12 bulan berlalu ? 
Ya, di dalam dunia fesyen, gaya dan rekaan akan sentiasa berubah-ubah. Apa yang menjadi trending musim ini , mungkin akan menjadi ‘out-dated’ pada tahun seterusnya. Malah, ada juga gaya yang tidak mampu bertahan walaupun hanya baharu sebulan ia dipasarkan.
Membelinya bukan satu kesalahan. Yang penting , sebagai penggemar fesyen atau sekurang-kurangnya jika anda seorang yang gemar bershopping , dalami ilmu tentang  perbezaan antara fesyen fad, trend dan juga klasik. Ia boleh memberikan anda panduan secara bijak daripada terus membiarkan diri terpesona dengan fesyen semasa dan tergolong di dalam kategori mangsa fesyen jika tersalah gayanya!
1)     Fesyen Fad
Cara yang paling mudah untuk mengkategorikan fesyen fad ini ialah – fesyen yang tidak kekal lama. Secara lazimnya, fesyen fad ini mampu bertahan untuk semusim atau 3 bulan sahaja, tetapi ia juga mampu berakhir di dalam tempoh sesingkat sebulan! Fad ini terhasil daripada pilihan fesyen terkini. Sebagaimana cepatnya ia dikeluarkan , begitu cepat juga ia akan dilupakan atau lenyap dari pasaran. Bagi memudahkan anda mengenalpasti fesyen fad ini – suatu fesyen yang tidak pernah terlihat di pasaran, in-trend katanya , satu kegilaan ramai !
2)     Trend Fesyen
Trend fesyen pula mempunyai jangka hayat yang lebih lama dari koleksi fesyen fad. Malah, ia masih boleh bertahan dari 2 hingga 4 tahun sehingga mencapai satu dekad. Perbezaan utama di antara fesyen fad dan trend fesyen ini adalah , trend mempunyai potensi pengaruh jangka-masa panjang di dalam pasaran . Di samping itu, trend sering melibatkan koleksi fesyen klasik yang telah diubah.
Ya, fesyen trend ini adakalanya agak sukar untuk dikesan, tetapi apa yang saya boleh sarankan di sini , satu peraturan yang anda boleh pertimbangkan ketika ingin menilai bahawa sesuatu fesyen itu fesyen trend atau klasik adalah dengan bertanyakan kepada diri sendiri “Adakah saya pasti, saya masih akan sukakan fesyen ini dalam tempoh lima tahun akan datang ?” Jika jawapannya lebih kepada ya, dan ianya mungkin satu rekaan yang telahpun anda lihat berada di pasaran beberapa tahun yang lepas, tetapi diubah sedikit – kemungkinan fesyen tersebut merupakan sebuah rekaan fesyen klasik , atau pembaharuan klasik , kedua-duanya pun mampu membuatkan si pemakainya kelihatan bergaya dan hebat.
3)    Fesyen Klasik
Koleksi fesyen klasik agak sukar untuk dilupakan apatah lagi untuk kita terlepas pandang darinya. Dikategorikan sebagai fesyen yang tidak lapuk ditelan zaman , ia lebih mudah dikenalpasti. Dari segi rekaan fesyen , ia diibaratkan tinggalan zaman berzaman, malah ada juga yang menjadi turun temurun keluarga kerana potongan klasiknya. Koleksi fesyen ini mempunyai nilai yang sangat tinggi malah mampu bertahan berdekad lamanya. Atas kelebihan ini jugalah ia mampu menyerlahkan penampilan seseorang individu itu , walaupun terpaksa bersaing dengan kebanjiran fesyen semasa.
Nah, bagaimana pula dengan pilihan baju raya anda tahun ini? Mampukah ia kekal sehingga tahun hadapan ? Dalam salah satu perkongsian saya di program Assalamualaikum TV Al Hijrah minggu lepas, antara tip saya kongsikan dengan penonton… (dan saya ulas lagi isu ini dengan lebih mendalam)
  1. Pastikan pembelian baju raya anda berbaloi dengan penggunaan yang kerap dalam setahun. Tidak kiralah berapa pun bajetnya, selain mengenalpasti fungsi baju , jangan lupa akan kategori jenis fesyennya. Pemilihan fesyen fad akan menghadkan kekerapan tersebut, malah anda juga akan terasa malu untuk memakainya, setelah ia tidak lagi menjadi popular dan dikira ‘out-dated’. Sehelai baju beratus-ratus harganya tetapi dipakai hanya 2 kali setahun adalah satu pembaziran sama sekali!

Silakan share jika bermanfaat.

Penting : Segala penulisan di atas adalah terpelihara, hakmilik TopToToeStyliesta Image Consulting 2018. Mohon tag nama penulis dan blog di atas. Terima kasih.


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !
pensijilan-ttt-pic

Datin Seri Rosmah serba merah di SPRM

34445066_10156566564534873_3197455864558518272_n

Datin Seri Rosmah Mansor tiba di perkarangan pejabat SPRM pagi ini dengan berselendang merah dan berbaju biru hangat musim Spring..

Selendang di kepala MERAH
Shawl di tangan MERAH
Handbag Versace MERAH
Kasut MERAH

Pendapat saya, ia satu pilihan yang kurang tepat terutamanya apabila beliau perlu menghadapi saat-saat sukar ketika menjawab pertanyaan pegawai nanti.(Almaklum, namapun ‘dipanggil’ bukan ‘dijemput’ SPRM…ia adalah 2 situasi yang berbeza. Mesej yang perlu disampaikan juga berbeza.)

MERAH, lambang kekuatan, kemegahan, kuasa.
Tetapi jika salah digunakan atau digayakan di tempat-tempat tertentu, boleh membawa ‘bencana’ kepada diri sendiri.

MERAH, mampu menjejaskan mood, tingkah laku juga tahap stress seseorang. Secara psikologinya , ia mampu meningkatkan kadar pernafasan dan tekanan darah , oleh kerana itu, muka kita cepat menjadi merah apabila dalam keadaan malu atau marah.

MERAH, walaupun menurut kajian oleh ahli psikologi , Andrew J. Elliot dari University of Rochester , New York, Amerika Syarikat pada tahun 2014 – kaum lelaki dikatakan gemar memandang WANITA berpakaian warna ini, kerana mereka dianggap lebih menarik juga mengghairahkan, tetapi saya pasti itu tidak berlaku di pejabat SPRM pagi ini …

MERAH, secara negatifnya pula , ia bermaksud kemarahan, bersifat ingin menguasai, tidak mudah bertolak ansur, keras kepala, ganas, kejam.Dikelilingi oleh terlalu banyak warna

MERAH juga boleh membuatkan sesuatu ruang (bilik), si pemakai atau orang di sekelilingnya berasa panas, gelisah akhirnya cepat marah.

Warna bukan sekadar hiasan.
Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan.

Pilihla warna yang tepat berdasarkan situasi dan mesej yang anda ingin sampaikan.Kalau nak tunjuk kuasa, biarlah ia ‘bertempat’…

Topik ini pernah saya kongsikan di Utusan Malaysia 2 tahun yang lalu, dan boleh dibaca di sini.


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.

Untuk sebarang konsultasi mengenai

  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic

Tambah ketinggian tanpa pil ? 7 strategi bijak wanita petite (seperti Neelofa) boleh amalkan…

Melihat kepada kekecohan di media sosial , dengan rata-rata netizen mem’bawang’kan isu selebriti Neelofa mempromosikan suplemen peninggi badan beberapa hari yang lepas, terpanggil pula untuk saya membahaskan isu ini dengan lebih mendalam.

Adakah saya ingin memperbetulkan isu ini dan turut sama mengecam beliau? Oh tidak, tidak…. sudah tentu, tidak sama sekali !

Tanpa
pil tinggi-5.png

Rasanya elok sahaja isu seperti ini dijawab oleh mereka yang pakar , dan ternyata jawapan dari Dr Beni Rusani dan Dr Amalina Bakri sudah cukup membantu kita untuk menilai sejauh mana ubat peninggi ini mampu membantu tumbesaran dari segi ketinggian seseorang apabila mengamalkannya.

 

This slideshow requires JavaScript.

Sesuatu yang menarik perhatian saya tentang isu yang hangat diperkatakan semua (setelah Neelofa memuatnaik status beliau di Instagram) ini adalah, kewujudan pil sebegini membuktikan adanya permintaan di pasaran!

Sasaran pasaran ? Tentulah mereka yang di bawah kategori petite !

Seperti selebriti….Neelofa 1.57m | Elfira Loy 1.54m 

Di dalam industri fesyen dan pakaian, saiz petite adalah saiz pakaian standard yang direka untuk wanita yang rendah ukurannya, iaitu 160 cm (5 kaki 3 inci) ke bawah- menurut sumber Wikipedia mengenai ‘Saiz Petite’.

Tetapi menariknya – berapa ramai di antara kita hari ini , yang bersikap optimistik dan memilih jalan selamat dengan mempelajari ataupun mendalami ilmu yang mampu memberikan anda mesej WOW (tingginya!), tanpa mengambil sebarang pil?

Apa yang anda perlukan hanyalah keinginan untuk belajar sesuatu yang baru. Belajar dan praktikkannya secara konsisten!

7 Strategi Anda Boleh Praktikkan Hari Ini Juga

STRATEGI PERTAMA – VAMP KASUT 

Dikatakan strategi ‘no brainer’ – tidak disangkal lagi penggunaan kasut bertumit tinggi mampu memberikan visual ketinggian kepada si pemakainya.

Tetapi di sebalik pemilihan kasut bertumit , rekaan dan potongannya haruslah juga diambil kira. Apa yang saya cuba maksudkan di sini adalah, potongan ‘vamp’ kasut tersebut.

Mereka yang petite , saya sarankan agar memilih kasut bervamp rendah (low vamp) bagi memberikan ilusi , visual ketinggian. Sekiranya kasut bervamp tinggi menjadi pilihan, ia bukan sahaja ‘memotong’ badan anda kepada beberapa bahagian , sekaligus memberikan persepsi anda seorang yang rendah.

Kasut-2

STRATEGI KEDUA – MUNCUNG KASUT BERBENTUK TIRUS V (Pointy Toe)

Siapa sangka muncung kasut turut memainkan peranan, bukan? Nah..ini sesuatu yang mungkin anda boleh praktikkan sekarang juga (tanpa berlengah!)

Pilihan muncung kasut berbentuk tirus V dikatakan membantu memberi ilusi kaki yang lebih panjang dan secara tidak langsung memberi visual ketinggian berbanding muncung bersegi atau bulat.

STRATEGI KETIGA – WARNA KASUT

Bagi wanita Muslimah, lebih cantik jika warna kasut yang dipilih adalah warna yang terdekat dengan garis kelepet (hem lines) seluar atau skirt.

Sebaliknya, buat wanita bukan hijabi (memilih untuk tidak menutup bahagian bawah kaki, dari lutut ke pergelangan kaki)  boleh memilih warna nude – seakan warna kulit kaki bagi memberikan ilusi ketinggian secara tidak langsung.

Kasut-6.png

STRATEGI KEEMPAT – PILIHAN SKIM WARNA MONOKROMATIK 

Antara 7 skim warna yang ada, saya lebih gemar untuk menyarankan anda kepada pilihan skim warna monokromatik.

Ternyata skim warna ini antara yang favourites dan must-haves dalam setiap wardrobe si petite (termasuk saya!)

Pun begitu, ha… jangan sesekali confuse antara skim warna monokromatik dan akromatik ini. Walaupun ia ditandapagar (hashtags) begitu popular sekali di setiap platform media sosial , termasuk laman pengeluar fesyen terkenal Malaysia, ikon fesyen dan instafamous di sini – apa yang perlu anda tahu adalah…

Monokromatik BUKAN merujuk kepada warna-warna hitam, putih dan kelabu!

Mono = Satu , manakala Kromatik = Warna

Monokromatik bermaksud, satu warna tetapi berlainan tona (hasil campuran warna-warna putih, hitam juga kelabu iaitu campuran hitam dan putih itu tadi). Dapatkan jawapan perbezaan antara monokromatik dan akromatik di sini...

Elakkan Gaya Color Block – 

Wanita petite tidak disaran sama sekali menggayakan fesyen dengan pilihan ‘color block’. Ya, apa agaknya alasan di sebalik cadangan ini?

Gaya ‘color blocking’ ini , dengan pilihan warna yang pelbagai dan berlainan di setiap zon (bahagian badan), ia membuatkan ketinggian (visual) seseorang itu seakan lebih terbantut (rendah) dari biasa. Ia ibarat memotong setiap bahagian badan individu itu kepada beberapa peringkat.

STRATEGI KELIMA – PENGGUNAAN WOW FAKTOR ‘GARISAN’ DALAM REKAAN 

Ini juga antara strategi yang saya pasti – semua sedia maklum akan kesannya kepada individu yang menggayakan.

Garisan menegak, melintang dan menyerong menyampaikan mesej yang berbeza. Bagi si petite yang berimpian untuk nampak lebih tinggi, gunakan garisan menegak dengan skala yang sesuai dengan skala badan masing-masing.

Screen Shot 2018-04-28 at 6.33.30 PM.png

STRATEGI KEENAM – REKAAN HIGH WAISTED 

Antara rekaan fesyen yang mungkin anda boleh praktikkan , dengan bersyarat anda memiliki perkadaran atas badan yang panjang dan berkaki pendek (long torso,  short legs). Dengan pilihan rekaan high waisted, ia membantu perkadaran anda agar kelihatan lebih ideal , dengan visual bahagian kaki yang lebih panjang berbanding sebelumnya.

Pilihla high waisted skirt atau seluar dan padankan dengan strategi yang lain di atas!

STRATEGI KETUJUH – HELAH ‘POSE’ CARA INSTAFAMOUS

Jika anda gemar ber#ootd dan memuatnaiknya di status media sosial seperti instafamous, pastikan strategi terakhir ini memberikan anda sedikit idea untuk menghasilkan ‘pose’ gaya yang lebih menarik.

Antaranya

  1. Menyilang kaki ketika berdiri,
  2. Mengambil gambar ketika anda berjalan (atau sekadar pose seakan anda sedang berjalan),
  3. Posisi kamera diambil dari bawah bahagian badan
  4. Jaga postur badan!
  5. Pilihan kasut yang betul (Rujuk semula strategi kedua di atas)
  6. Pusingkan badan anda secara menyenget – Letakkan satu kaki di depan yang lain, arahkan kaki tersebut ke arah kamera, dan letakkan berat badan anda pada kaki belakang-sudut ini sesuai untuk membuat anda kelihatan lebih tinggi dan lebih langsing dalam foto. Sentiasa elakkan menghadap kamera secara berdepan.

Kasut-7.png



Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.

Untuk sebarang konsultasi mengenai

  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

PENSIJILAN TTT PIC

 

 

 

 

 

SaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSaveSave

SaveSave