Pemberitahuan Penting Buku Kuasa Warna

Imej dan reputasi anda di mata orang ramai - itulah jenama peribadi anda-7.png

Keliru memilih warna makeup sesuai? Ini rahsianya!

Ketika penyanyi tersohor Rihanna melancarkan jenama kosmetik barunya, Fenty Beauty di New York , awal September 2017 yang lalu – saya sudah jangkakan – satu fenomena baru dalam industri kecantikan bakal meletup dan menggegarkan peminat semua.
Walaupun saya pernah menghasilkan artikel mengenai Fenty Beauty  sebelum ini dan berkongsi kepada semua bagaimana kepelbagaian variasi produk beliau membuatkan satu dunia teruja – sehinggakan setiap kali berkunjung ke Sephora, pasti saya lihat, barangan di kaunter kosmetik milik penyanyi ‘Diamond’  ini kosong dan terpaksa pula menunggu kemasukan stok seterusnya. Wow, amazing bukan?!
Tetapi percayalah , di sebalik kegilaan mendapatkan produk terbaru seperti ini, betapa ramai di antara kita yang sebenarnya pulang dengan kehampaan ? Ia bukan tentang kualiti yang saya maksudkan (sudah tentu kualiti dan long term result adalah keistimewaan USP dan keutamaan produk Fenty Beauty). 
Bercakap mengenai isu kualiti, adalah sangat subjektif. Tidak saya nafikan adakalanya produk yang ditawarkan rendah pada harganya memberikan satu kepuasan berbanding dengan yang tinggi nilainya. Jadi terpulang kepada citarasa dan bajet masing-masing untuk memilih yang terbaik. 
Terus terang dengan saya…berapa ramai di kalangan anda di sini yang tahu ‘exactly’ atau secara tepatnya untuk memilih warna makeup yang sesuai?
untuk membeli berdasarkan kepada skin tone atau warna tona kulit bukan undertone-3.pngNah, okay.. percayalah, segalanya yang dikongsi di atas ini, bukan anda seorang! Ternyata, saya sendiri pernah mengalaminya!
Dan penting untuk saya tekankan di sini bahawa, langkah pertama dalam memilih warna makeup yang sesuai adalah dengan mengenalpasti undertone kulit anda , samaada di bawah kategori undertone panas, sejuk atau neutral (warm, cool or neutral). Tapi malangnya seringkali saja kita membuat pilihan kerana terikut-ikut dengan yang lain atau terpengaruh dengan saranan oleh jurujual di kaunter untuk membeli berdasarkan kepada skin tone – light, medium, dark bukan undertone. Being a Malaysian – we always wanted to be nice and avoid hurting other people’s feeling by rejecting them, betul ? Saya faham! Kerana pengalaman seperti inilah , ramai yang akhirnya ‘tertipu’ dan akhirnya terpaksa akui – pembelian tadi tidak memberikan result yang memuaskan, walaupun resit di tangan menunjukkan RM300 untuk satu urusniaga pembelian sahaja!
Screen Shot 2018-08-01 at 3.11.18 PM.pngJadi, apa sebenarnya yang perlu anda tahu?   
Undertone!
Kenyataan : Undertone bukan skintone (nama pun berbeza,bukan?) Usah keliru!
Undertone merujuk kepada tona di bawah warna kulit, seakan bebayang kepada warna kulit anda. Berbeza dengan skin tone  atau tona kulit, undertone kita tidak sesekali akan berubah. Terhasil daripada sejumlah pengeluaran pigmen di dalam sel kulit, ia secara tidak langsung mengkategorikan setiap individu kepada warm undertone, cool undertone dan juga neutral undertone (setelah dianalisa oleh Perunding Imej dan Warna bertauliah seperti CFIP, CPICC). 
Ciri-ciri mereka yang berundertone sejuk
  • Urat di pergelangan tangan kelihatan kebiruan atau ungu
  • Terserlah bila disuaipadankan dengan warna putih (pure white) , hitam beserta aksesori bermetal silver.
  • Warna mata coklat kehitaman, atau seakan hitam
  • Kulit kelihatan seakan warna merah jambu, violet atau kebiruan.
  • Kulit mudah terbakar (burn) atau kulit menggelupas selepas berjemur atau menjalankan aktiviti di bawah panas terik matahari untuk beberapa lama
Maksudnya?
  • Pilihla bedak asas ( foundation) berdasarkan warna merah jambu (pink based)
  • Lipstik, blusher dan eyeshadow pula berdasarkan warna biru (blue based)
Ciri-ciri mereka yang berundertone panas 
  • Urat di pergelangan tangan kelihatan lebih kehijauan 
  • Terserlah cantik dengan warna-warna tanah (earthy colors), seperti warna emas, coklat mocha, ivory, kehijauan tanah , bata merah burgundy dan jingga.
  • Sesuai dengan pilihan makeup yang berasaskan warna kuning. 
  • Kulit kekuningan, keemasan , pic, atau kadangkalanya undertone seakan hijau olive (bagi mereka yang cenderung kepada undertone neutral)
  • Mudah tan selepas berjemur atau menjalankan aktiviti di bawah panas terik matahari untuk beberapa lama
Maksudnya?
  • Pilihla bedak asas ( foundation) , lipstik , blusher dan eyeshadow berasaskan warna kuning (yellow based).
Tapi, bagaimana pula anda bukan di kedua-dua kategori di atas ? Kelirunya!
Jika anda masih tidak dapat mengenalpasti undertone anda pada saat ini, kemungkinan besar anda di bawah kategori neutral.  Walaupun kelebihan mereka di bawah kategori neutral ini boleh mengenakan apa sahaja warna dan tampil tetap menarik , tetapi kecenderungan pasti akan terjurus kepada salah satu apabila disuaipadankan secara dekat. 
Berlainan dengan palet warna undertone panas (warm) atau undertone sejuk (cool) yang lebih ‘straightforward’ , menganalisa individu berundertone neutral memerlukan kepakaran Perunding Imej dan Warna bertauliah (CFIP, CPICC) untuk membantu mendapatkan jawapan yang lebih tepat.
Cuba lihat contoh warna foundation, powder, blusher dan eyeshadow di bawah ini. Dapatkah anda membezakan antara warna-warna yang berasaskan warna biru dan warna-warna berasaskan warna kuning ? Jika ya, tahniah! Saya yakin anda kini tahu di mana kumpulan kategori undertone anda berada..
untuk membeli berdasarkan kepada skin tone atau warna tona kulit bukan undertone-7.png
Saya percaya, jika anda seorang yang obses dengan kecantikan, pastinya anda pernah melihat label seperti
1. Neutral Cool (NC) – merujuk kepada mereka yang neutral tapi lebih cenderung kepada cool undertone*
2. Neutral Olive – merujuk kepada mereka yang neutral tapi cenderung kepada warm undertone.
3. Warm Peach – merujuk kepada mereka yang berundertone panas (warm)
4. Neutral Warm (NW) -merujuk kepada mereka yang neutral tapi lebih cenderung kepada warm undertone*
5. Cool – merujuk kepada individu berundertone sejuk (cool)
6. Warm- merujuk kepada individu berundertone panas (warm)
*Kecuali jenama kosmetik MAC, walaupun mereka menggunakan label NC, NW – tetapi maksud sebenar di sebalik N ini adalah NOT, iaitu NOT COOL (NC) dan NOT WARM (NW). Ya, agak mengelirukan labelnya, saya akui! Harus hati-hati ketika memilih nanti, ya!
Wow, kalau begitu di mana silapnya??
Apa yang sering disarankan oleh jurujual di kaunter-kaunter kosmetik hari ini , adalah pemilihan warna berdasarkan skin tone. Ternyata bukan salah anda, kerana sebelum ini , saya pasti , anda tidak tahu atau mungkin tidak pernah terdengar akan info yang saya kongsikan di atas ini , betul?

Screen Shot 2018-08-01 at 5.24.06 PM.png

Rujukan kepada skin tone seperti di atas hanya akan memberikan anda pilihan warna  mengikut warna tona kulit anda, tetapi tidak tepat selagi anda tidak mengenalpasti undertone sendiri. Adakah anda cenderung kepada pilihan warna-warna sejuk , panas atau neutral?
Tidak saya nafikan , terlalu banyak kekeliruan mesej di atas, baik yang dikongsikan di YouTube channel , atau seminar-seminar kecantikan dan imej sehingga menyebabkan ramai wanita hari ini tetap melakukan kesalahan yang sama setiap kali membeli. Saranan saya, agar jangan mudah terpengaruh , dan pastikan anda mendapat konsultasi dari rakan-rakan Perunding Imej dan Warna Profesional yang bertauliah sahaja. 
Dapatkan jawapan kepada undertone anda, kemudian barulah anda mula rujuk kepada skintone pula. Langkah seperti ini lebih tepat dan membantu anda untuk berjimat lebih ratusan kali ganda dalam setahun…
Berita baiknya, anda boleh dapatkan jawapan di atas, dengan menempah buku Kuasa Warna kami , hari ini! Pertama di pasaran, sebuah buku praktikal dalam penguasaan warna , dengan aspirasi agar pembaca dapat menguasai kemahiran menganalisa warna peribadi secara mudah. Diolah dengan begitu teliti, ia menawarkan panduan langkah demi langkah mengenalpasti undertone masing-masing secara do-it-yourself (DIY).
Buku Kuasa Warna ini dihasilkan dengan merujuk kepada sistem analisis warna bermusim (seasonal color analysis) yang digunapakai oleh Perunding Imej antarabangsa seluruh dunia, juga menepati standard industri Perundingan Imej secara keseluruhannya.
Ia bukanlah untuk dibandingkan dengan mana-mana sistem analisis warna yang diperkenalkan dan hasil inovasi Perunding Imej antarabangsa yang lain tetapi lebih kepada panduan pantas menganalisa undertone peribadi tanpa mendalami konsep analisis warna yang rumit dan kadangkalanya tidak bersesuaian pula dengan orang Asia. Hubungi pihak kami di +012 9023625 jika berminat untuk menempahnya, hari ini!!!!
IMG_1509 2.PNG

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

pensijilan-ttt-pic

Kod Pakaian, Jangan Main Redah!

Pagi tadi , kelihatan staf A tiba di Pejabat dengan berselipar, rambut masih basah dan blaus seakan hendak pergi ke pasar. Tidak kurang staf B yang bertudung tapi berseluar culottes tiga suku pendeknya , atau staf C pula gemar hadir dengan baju kurung moden yang penuh glamor ibarat menghadiri majlis kahwin.
Senario yang disebut seperti ini bukanlah sesuatu yang asing buat saya. Isu yang seringkali disuarakan dan ditekankan oleh pegawai-pegawai Unit Latihan dan Pembangunan Manusia mahupun Pengurus Sumber Manusia sendiri yang saya temui ketika menghadiri sesi taklimat kecil sebelum memulakan program atau bengkel imej yang bakal dikendalikan. Lebih mencabar apabila staf berikut dikenalpasti oleh pihak pengurusan sehingga isu ini dibawa ke Pejabat pengurusan sumber manusia.   Tetapi menariknya , bila dianalisa dan diselidiki ‘root cause’ permasalahan ini , penemuannya cenderung kepada isu berikut:-
  1. Tiada ‘dress code’ atau kod pemakaian ke Pejabat yang ditetapkan sebelum ini
  2. Kod pemakaian ditetapkan tetapi tidak pula ditekankan akan kepentingannya
  3. Kod pemakaian ada, tetapi tidak diketahui oleh staf
  4. Kedua-dua pihak, baik pihak pengurusan sumber manusia mahupun staf itu sendiri tidak memahami konsep di sebalik setiap kod pakaian dan elemen-elemen yang perlu ada padanya.
Tatacara pemakaian atau etiket pemakaian ke Pejabat harus berpandukan kod yang telah ditetapkan. Kod ini merupakan set piawai yang dikeluarkan oleh syarikat bagi memberi panduan juga rujukan kepada semua kakitangan bagaimana , dan apa pemakaian yang sesuai dipakai ke tempat kerja.
Formaliti kod pakaian ini juga sangat bergantung kepada jenis industri syarikat, interaksi kakitangan dengan pelanggan baik di dalam premis mahupun di luar, selain jawatan masing-masing. Bagi sebuah syarikat di mana pelanggan mereka mengharapkan setiap kakitangan tampil profesional, kemas , boleh dipercayai dan menjaga integriti , kod pemakaian haruslah di bawah kategori formal atau rasmi.
Jika anda salah seorang peminat filem sekuel Kingsman, pasti pernah mendengar ungkapan “Clothes make the man”. Mungkin kedengaran agak sedikit keterlaluan, kerana tentu ada sahaja faktor penentu lain, tetapi ianya sangat benar. Cara pemakaian memberikan clue atau petunjuk tentang siapa anda sebelum orang lain mula mendekati anda secara dekat. Malah, ahli psikologi bersetuju bahawa hampir 90 peratus daripada apa yang orang ramai ingati tentang suatu pertemuan (pertama) sangat berkaitan dengan komunikasi bukan lisan, di mana sebahagian besarnya adalah penampilan , ekspresi bahasa badan dan sikap keseluruhannya.
Cara pemakaian menyampaikan mesej komunikasi bukan lisan dan berkisar tentang latarbelakang – keperibadian, tahap pendidikan, status kewangan, pangkat dan kredibiliti si pemakainya. Jika visi sesebuah syarikat ingin menjadi syarikat nombor satu di rantau Asia atau di peringkat antarabangsa , maka setiap kakitangannya harus juga tampil kongruen dengan visi tersebut. Bukan sahaja dari segi pemakaian, tetapi sikap, tingkah laku dan cara berkomunikasi dengan orang ramai tidak harus diendahkan atau dianggap perkara kecil dan tidak penting.
Kod pemakaian ke Pejabat ,mengikut set piawaian yang dikeluarkan dan digunapakai oleh mereka yang pakar dalam industri perundingan imej , terdiri daripada empat peringkat.
  1. Formal (rasmi)
  2. Separa formal
  3. Kasual bisnes
  4. Kasual  atau ‘dressing down’ (tidak rasmi)
Tidak hairanlah , syarikat yang berasaskan teknologi maklumat, seperti di Silicon Valley, Amerika Syarikat atau di Cyberjaya, Malaysia lebih mengutamakan kod pemakaian yang lebih rileks dan santai yang jatuh di bawah kategori kasual bisnes dan kasual. Antara faktor jenis pekerjaan, budaya dan persekitaran, maka gaya pemakaian atau kod pakaian begini dipilih. Berpengalaman lebih 6 tahun di syarikat-syarikat ICT selain syarikat berstatus MNC (syarikat multinasional), saya juga melihat , mereka di peringkat pengurusan atasan tidak sesekali mensabotaj penampilan mereka, malah sebaliknya mereka bijak memilih kod pakaian yang lebih formal , atau sekurang-kurangnya separa formal (semi formal) terutamanya ketika mereka dijadual  berurusan dengan pelanggan yang berpangkat VIP . Malah kita juga melihat, ada juga syarikat yang menyarankan 2 jenis kod pakaian , bergantung kepada jawatan dan ‘nature of job’ masing-masing.
Tetapi antara cabaran utama hari ini adalah, elemen setiap kategori kod pakaian seringkali disalahertikan.
1. Apakah yang dikatakan formal, dan bagaimana pula mengenalpasti elemen pemakaian kasual atau dressing downini (tidak rasmi)?
2. Adakah semua jenis pakaian tradisional atau kebangsaan dianggap rasmi ?
3. Bagaimana warna, jenis fabrik, corak , hiasan , jahitan memainkan peranan malah memberikan panduan kepada kita tentang formaliti kategori setiap satu?
Apapun pilihan anda, penting untuk anda ketahui bahawa, kod pakaian secara tidak langsung sebenarnya membimbing kita bagaimana untuk berkelakuan, berinteraksi dengan orang ramai, kongruen dengan jenama peribadi dan penjenamaan syarikat. Ia juga satu komunikasi bukan lisan dalam menyampaikan mesej, dan ternyata penampilan profesional pastinya mencerminkan individu yang secara tidak langsung menghormati dirinya (latarbelakang – jawatan hari ini, kepakaran , kemahiran, wakil industri )  selain mereka turut bangga menjadi ‘brand ambassador’ kepada syarikat.

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !
pensijilan-ttt-pic

SaveSave

SaveSave

SaveSaveSaveSave

Apa yang perlu anda tahu bila memilih baju raya!

APA YANG ANDA PERLU TAHU BILA MEMILIH BAJU RAYA!
Soalan saya mudah,
1. Anda membeli kerana fesyen dan trend terkini , atau kerana ia sesuai dengan bajet dan personaliti anda secara peribadi ?
Pilih Jawapan : 
A. Obses dengan fesyen terkini
B. Kesesuaian bajet dan personaliti
C. Tak kisah pun, saya ada banyak duit nak spend. Saya beli sebab saya suka.
IMG_7955
Ruffle di tangan, elakkan bagi mereka yang badannya berbentuk epal
2. Pernahkah anda terfikir atau tertanya-tanya bahawa fesyen yang dipilih itu mampu digayakan sehingga tahun depan (sekurang-kurangnya) ? 
Pilih Jawapan :
A. Tak pernah terfikir, yang penting saya beli trend terkini
B. Penting tu! Kebiasaannya baju yang dibeli adalah antara rekaan klasik tetapi diubah mengikut trend terkini. Saya juga pastikan walaupun untuk 2-3 tahun akan datang, saya masih tak malu menggayakannya.
C. Nama lagi fesyen. Saya suka menggayakan apa yang dikatakan fesyen in-trend. Haute couture , saya tak beli RTW (ready-to-wear). Tahun depan saya beli koleksi yang lain.
3. Pernahkah anda mengukur atau mengenalpasti bentuk dan jenis badan sendiri ?
Pilih Jawapan :
Penting : Pemilihan baju haruslah berdasarkan bentuk dan jenis badan. Saiz ? Cari saiz selepas anda sudah mengenalpasti bentuk dan jenis badan sendiri.
A. Bentuk badan ? Saya cari dulu baju apa yang saya suka, kemudian terus memilih saiz. Saya tak tahu pula kita kena beli mengikut bentuk badan.
B. Ya, saya sering memilih baju mengikut bentuk badan sendiri. Tak mahulah, beli fesyen terkini, tapi tetap serlahkan bahagian badan yang bermasalah. Contoh, kalau saya besar di bahagian perut, takkan nak pakai peplum lagi. Itu bukan tutup kekurangan, tapi buat orang pandang lagi di bahagian situ , adalah!
C. Saya tak mengikut rules dalam fesyen. Saya pakai apa yang saya suka.
Padanan tudung dengan baju raya
Padanan tudung : Jika tudung berbunga, warna baju haruslah dipilih berdasarkan salah satu warna paling kecil di dalam tudung tersebut. Lakukan sebaliknya jika warna tudung berona polos. Baru dilihat ada keharmonian di dalam sesuatu penggayaan..Perunding Imej Emi Idura
4. Warna membangkitkan emosi, mempengaruhi mood dan perasaan si pemakai juga mereka yang melihat – baik secara langsung dan tidak langsung. Warna juga mampu menyerlahkan penampilan seseorang individu , malah boleh menenggelamkannya jika tidak bijak menyuaipadan.
Nota :
– Pemilihan warna yang tepat mampu membuatkan anda jauh lebih muda dari usia sebenar. Dan saya tidak sebut tentang harga dan jenama ya!
– Pemilihan warna yang tepat, membantu anda nampak sangat ceria , wajah lebih putih berseri di dalam gambar potret raya!
– Pemilihan warna yang kurang tepat, lebih-lebih satu keluarga menggayakannya, membuatkan potret raya nampak boring, muka seakan pucat dan tidak menceriakan.
– Wajah pula lebih kusam, gelap. Dari jauh, hanya nampak warna baju dahulu yang timbul, si pemakainya tenggelam di sebaliknya.
Bagaimana anda memilih warna baju raya ? Pernahkah terfikir untuk memilih warna terbaik dan menepati kesesuaian setiap ahli keluarga?
Pilih Jawapan :
A. Saya pilih warna yang belum pernah digayakan sebelum ini. Tempah atau beli saja RTW . Tak kisah , yang penting kami sedondon.
B. Hmm, pernah terfikir juga. Kadangkala, bila pilih sesuatu warna tu, nampak cantik ketika dipamerkan. Tapi bila kami sekeluarga pakai, bergambar raya, aduhai…tak cantik pula. Ada strategi ya, Puan?
C. Saya suka kalau nampak outstanding dari yang lain. Tak kisah sesuai atau tidak. Asalkan baju designer terkenal, i’m happy.
Nah, jawapan anda ?
Jika ianya lebih cenderung kepada A
You need help! Pemilihan baju raya bukan hanya berkisar tentang fesyen dan trend terkini. Warna, bentuk dan jenis badan, personaliti gaya, bajet vs kos setiap penggunaan, jenis kitaran fesyen, ini antara ilmu yang perlu anda dalami.
Jika ianya lebih cenderung kepada B
Anda mempunyai sedikit ilmu tentang penggayaan. Seorang individu yang tidak terlalu obses dengan trend semasa, tapi tahu apa yang terbaikuntuk diri dan keluarganya.
Jika ianya lebih cenderung kepada C
Wow! Yang pasti anda tidak suka mengikut peraturan. Kebanyakkan waktu, mereka ini tergolong dalam individu berpersonaliti gaya dramatik dan kreatif. Mereka inginkan perhatian , dan tidak kisah tentang apa yang orang kata tentang dirinya.
Jom!
Nak tahu lebih lanjut? Jangan lupa LIKE, LOVE, SHARE video ni , di mana saya kongsikan sedikit tips pemilihan baju raya , di Assalamulaikum TV Al Hijrah , pada Rabu 6hb Jun yang lalu..

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), Personal Branding Strategist (CPBS-USA), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan personaliti TV yang sentiasa mendapat jemputan bagi memeriahkan program seperti TV Al Hijrah Assalamualaikum #Lifestyle malah pernah menjadi hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1 pada tahun 2017 yang lalu.
Untuk sebarang konsultasi mengenai
  1. Imej peribadi anda,
  2. Pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan Imej, Etiket juga Grooming di Pejabat, Institusi Pengajian, Persatuan atau, mungkinkah anda…
  3. Berimpian untuk menjadi sebahagian daripada team Perunding Imej dan Warna Profesional seperti kami , sila hubungi Puan Emi Idura di talian +012-9023625 atau emel top2toestyliesta@gmail.com hari ini !

    pensijilan-ttt-pic

Bergaya ala Indah Nada Puspita

Warna mengikut undertone.png

Setiap kali terpandang wajah wanita yang bergaya anggun tapi ringkas dalam penampilannya..saya pasti terdiam kaku (sambil cuba mengamati keistimewaan personaliti mereka). Dan ternyata, Indah Nada Puspita antara mereka yang istimewa.

Bersahaja tetapi hadir dengan penuh versatil, begitulah ungkapan yang dapat saya berikan. Ramai lagi contoh selebriti (baik dari dalam atau luar negara) yang mungkin dapat saya kongsi rahsia penggayaan mereka, tetapi jom… apa kata kita mulakan dengan Indah Nada Puspita ?

Percaya atau tidak, ramai wanita yang sering bertanyakan saya akan rahsia penggayaan dan suai padan. Dari pilihan warna, jenis fabrik, suai padan baju, kesesuaian mengikut bentuk tubuh, dan pelbagai persoalan yang menjadi dilema kebanyakan wanita hari ini. Ahh.. mungkinkah anda antara daripada mereka ? 🙂

Screen Shot 2017-09-26 at 3.55.11 PM

Dan saya juga percaya…ramai yang bakal menyangkal , dan berkata… “Ah..orangnya cantik, pakai apa pun pasti cantik” .. atau “Ah.. artis, mestilah kena cantik selalu”.

Daripada terus membiarkan diri ditenggelami emosi negatif dan keyakinan diri yang semakin mengurang, apa kata kita belajar dan aplikasikan serba sedikit tips yang saya nak kongsikan di sini?

RAHSIA#1

Beliau bijak bermain dengan warna. Indah Nada Puspita seorang yang berundertone sejuk (cool undertone) di bawah musim Summer.

  1. Di dalam penggayaan, bagi seorang wanita Muslimah, warna hijab sebenarnya lebih cantik jika ia dipilih dan dipadankan dari warna yang paling minimal terdapat pada baju tersebut.
  2. Dengan memiliki kelebihan berundertone sejuk atau cool undertone, warna tudung yang cenderung kepada tona yang cerah dan lembut akan memberikan efek yang lebih WOW kepada si pemakainya!
  3. Tidak hairanlah , beliau memilih soft pastel teal , bukan mustard yellow atau magenta yang terdapat pada kimono long cardigannya.

RAHSIA#2

Keseimbangan dalam gaya.  Tidak disangkal lagi, beliau sememangnya seorang ikon fesyen yang mempunyai sense of style tersendiri.

Menyebut tentang keseimbangan , apa yang perlu diperhatikan adalah

  1. Jumlah warna yang terdapat di dalam gaya tersebut
  2. Penggunaan aksesori dan jumlah POI
  3. Keseimbangan antara pilihan warna tudung dan baju
  4. Solekan dan keharmonian keseluruhannya

Ramai yang beranggapan dengan mengenakan warna tudung yang lebih terang menyerlah, baju yang penuh hiasan , aksesori lengkap seperti cincin, gelang, rantai, kerongsang, tali pinggang, subang – bersaiz besar dan bling bling , solekan ala gaya nak ke majlis makan malam yang akan memberikan efek WOW kepada si pemakai.

Malangnya , sangkaan itu hanyalah impian mereka bergelar yang fashion victim atau mangsa fesyen. Uhhh… saya harap anda tidak tergolong di antara mereka di bawah kategori ini ya!

RAHSIA#3

Suai padan dengan hanya mengulangi warna yang sama di dalam satu gaya. Ya,  berikut adalah salah satu strategi mudah yang boleh anda praktikkan. Antara kesalahan yang perlu dielak ketika menyuai-padankan pakaian dengan hijab :-

  1. Jangan cuba ulangi warna hijab dengan warna paling banyak / besar yang ada pada baju tersebut. Pilih sebaliknya.
  2. Jika hijab anda jenis bercorak , maka pilihan warna baju hendaklah diulangi dengan memilih warna yang paling minimal pada hijab tersebut.
  3. Tidak mengapa , jika anda memilih warna yang paling banyak pada hijab untuk diulangi pada baju. Cuma kesan efek WOW! agak kurang menyerlah di situ..

RAHSIA#4

Tidak melebihi 4 warna. Pastel teal, mustard yellow, teal, magenta. Walaupun anda mungkin perasan bahawa latarbelakang kimononya berwarna putih. Tidak mengapa kerana ia merupakan warna asas dalam baju ini dan ditenggelami di sebalik coraknya.

TIPS OLEH PERUNDING IMEJ EMI IDURA

RAHSIA#5

Suai padan menggunakan RODA WARNA. Untuk penggayaan , beliau menggunakan skim warna triad (rujuk segitiga di atas) .

Nak tahu apa itu Roda Warna dan bagaimana nak suai padankan menggunakan alat ini ? Jangan lupa , dengarkan perkongsian saya mengenai topik Roda Warna di http://bit.ly/SuaiPadanGayadenganRodaWarna

RAHSIA#6

Point of interest (POI) yang minimal iaitu dengan hanya menggunakan aksesori seperti jam di tangan. Ya, less is more!

  1. Solekan di muka (checked!)
  2. Baju dan tudung bercorak (checked!)
  3. Kanta lekap berwarna  (checked!)
  4. Aksesori di hijab (checked!)
  5. Aksesori fesyen seperti jam tangan, gelang, tali pinggang , rantai berfesyen, cincin di jari (checked!)

Wanita yang tampil versatil tidak memerlukan banyak POI untuk menunjukkan status mereka, atau terlalu berusaha untuk menyerlahkan diri. Mereka simple tetapi cukup menawan!

Nah, duduk bergaya  di atas trolley bag seperti Indah Nada Puspita pun sudah vogue! Anda, bagaimana pula?


Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK), kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, atau anda ingin menjadi sebahagian daripada kami (Perunding Imej dan Warna Profesional) , sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.