Fenty Beauty telah buktikan, anda bila lagi?

Screen Shot 2017-09-21 at 5.18.30 PMKetika peminat di media sosial , para instafamous dan vloggers sibuk memperkatakan tentang Fenty Beauty , jenama alat solek kelahiran pertama penulis lirik , pelakon dan penyanyi popular Rihanna #riri #badgalriri kelahiran Barbados ini , sejujurnya saya akui telah menarik nafas lega selain teruja kerana akhirnya lahir juga sebuah koleksi barangan kosmetik yang benar-benar menawarkan solusi kepada pelanggannya dengan lebih 40 pilihan rona bedak asas (Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation) ketika ia dilancarkan.

Dengan kelebihan ini, ia memberikan Fenty Beauty satu kelebihan USP atau Unique Selling Proposition yang tidak pernah diperkenalkan oleh mana-mana pengeluar produk di dalam industri kecantikan lantas menjadikannya jenama pertama yang memecah tradisi dan memegang ekslusiviti produk itu sendiri.

Maka tidak hairan jugalah, pada hari yang sama Fenty Beauty dilancarkan di New York Fashion Week, Kylie Jenner, juga pemilik empayar Kylie Cosmetics memilih untuk unfollow penyanyi ini melalui Instagram kerana merasakan bahang pesaing yang bakal dihadapinya kelak. Kylie Cosmetics sebelum ini hanya mengeluarkan product line yang cenderung kepada wanita berkulit putih , tidak juga mahu mengalah lantas mempromosikan rona kuning-keperangan Brown Sugar lipstik jenis matte pada hari tersebut yang dihasilkan khas buat mereka yang berkulit gelap atau golongan women of color.

Screen Shot 2017-09-23 at 6.46.49 PM.png

Screen Shot 2017-09-23 at 3.09.58 PMDi sebalik keobsesan pengeluar jenama kosmetik yang tumbuh bagai cendawan dari kalangan selebriti terkenal , atau makeup artist profesional (MUA) baik dari luar atau dalam negara, Rihanna atau Riri mengambil langkah bijak dengan menawarkan sesuatu yang luar dari jangkaan iaitu, produk yang menepati setiap variasi undertone individu. Melalui pengalaman saya bersama beberapa MUA di Kuala Lumpur , termasuk yang telahpun bergelar selebriti MUA, baik ketika bekerjasama menjalankan program latihan dalam syarikat (in house program) atau secara peribadi bersama pelanggan wanita yang lain, jarang sekali saya melihat rakan-rakan MUA ini menyolek berdasarkan undertone pelanggan atau sekurang-kurangnya membuat sedikit analisis tentang undertone individu yang berada di hadapan mereka sebelum aktiviti menyolek. Ya, kemahiran dan pengalaman mungkin jawapannya, tetapi sejujurnya saya melihat masih ada ruang yang boleh diperbaiki dan ilmu yang boleh ditingkatkan sekiranya mereka mahu belajar dari mereka yang pakar.

Soalan – Jika Rihanna peka akan wujudnya jenis undertone yang berbeza , mengapa tidak MUA – yang seharusnya lebih mahir di dalam bidang ini (berbanding beliau yang hanya seorang penyanyi?) Nah..inilah persoalannya yang ingin kita cungkil.

Screen Shot 2017-09-23 at 3.12.43 PMUndertone setiap individu hanya terbahagi kepada 3 :-

  1. Cool Undertone (undertone sejuk)
  2. Warm Undertone (undertone panas/hangat)
  3. Neutral Undertone (undertone neutral)

Mengenalpasti jenis undertone individuMelihat kepada warna urat nadi di pergelangan tangan anda adalah salah satu cara paling pantas untuk mengenalpasti jenis-jenis undertone, tetapi harus saya tekankan di sini bahawa, ia BUKANLAH strategi paling tepat. Ya, sesuai untuk rujukan pantas tetapi tidak membantu keputusan akhir analisis sepenuhnya.

Mengenalpasti jenis undertone individu melalui analisis warna

Analisis Warna Peribadi merupakan salah satu strategi yang lebih tepat untuk menganalisa undertone seseorang individu.  Konsultasi yang hanya ditawarkan oleh Perunding Imej dan Warna bertauliah ini mampu memberikan pelbagai sentuhan magic kepada keseluruhan penampilan seseorang, secara tidak langsung. Dan kepercayaan orang ramai bahawa , hanya mereka yang berkulit putih dikategorikan cool undertone dan mereka yang berkulit gelap, bersawo matang pula sebagai warm undertone adalah tidak benar sama sekali.

Lihat contoh gambar di atas, kesalahan mengenakan warna fabrik gold ke atas individu yang berundertone sejuk akan membuatkan warna tersebut menenggelami skin tone beliau. Bukan sahaja kulitnya seakan lebih kekuning-kuningan, tetapi secara psikologinya (dari riak ekspresi muka) ia membuatkan si pemakai agak kurang selesa , tidak berkeyakinan.

 

Screen Shot 2017-09-23 at 3.53.52 PM.png

Di dalam temubual Rihanna eklusif bersama para media, beliau ada menyebut tentang keperihatinan dalam mengeluarkan produk yang dapat disesuaikan dengan individu yang berkulit gelap, berkulit putih pucat dan juga buat mereka yang di pertengahan.

Jangan keliru, kerana apa yang beliau cuba tekankan di sini adalah nilai tona warna kulit , iaitu merujuk kepada kecerahan dan kegelapan kulit individu dan bukan undertone (sejuk ,  panas/hangat atau neutral).

                   DJOi42zWsAEisYt-2.jpgfenty-beauty-foundation-shades-swatches

Gambarajah di atas merujuk kepada kecerahan dan kegelapan kulit individu.

Dengan lebih 40 tona warna bedak asas , saya pasti ia akan memberikan lebih banyak pilihan kepada wanita yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, budaya, dan personaliti di seluruh dunia hari ini.

Tidak berakhir di situ, walaupun dibekalkan dengan pelbagai rona warna pilihan (lighter to darker shades), pengguna juga harus bijak dalam memilih jenis undertone .

Sebagai contoh, wanita berkulit cerah (putih) dan berundertone sejuk. Untuk memudahkan anda, bedak asas yang berdasarkan pink base, adalah sesuai buat mereka yang berundertone sejuk. Sebaliknya yang memilih yellow base , ianya sesuai buat mereka yang berundertone panas/hangat.

Screen Shot 2017-09-23 at 4.16.23 PM.png

Foundation Shade Finder merupakan tools yang sangat mesra pelanggan dan inovasi yang bijak kerana ia memberikan anda panduan nilai tona warna kulit juga undertone sekaligus. Anda akan lihat variasi tona warna kulit dari cerah kepada gelap (light , medium, tan , deep) di sebelah atas halaman page tersebut dan undertone pula di bahagian bawah.

Tetapi, saya juga harus akui bahawa, ia hanya bermanfaat JIKA ANDA SUDAHPUN MENGENALPASTI JENIS UNDERTONE MASING-MASING SEBELUM INI. Walaupun anda boleh memilih bedak asas ini berdasarkan tona warna kulit tetapi kesalahan pemilihan jenis undertone (panas/hangat , sejuk atau neutral) tidak dapat memberikan anda keputusan yang anda inginkan, malah pembaziran beratus ringgit tanpa disedari. Antaranya , kesan kulit yang asalnya putih tetapi kelihatan seakan kuning-kekuningan . Atau bagi mereka yang berkulit gelap akan kelihatan bertambah kusam dan pucat pula.

Screen Shot 2017-09-23 at 11.41.06 PM

Rihanna membuktikan beliau berjaya mengeluarkan sebuah produk kosmetik yang bukan sahaja berkualiti tinggi (mengikut tinjauan peminat) tetapi menawarkan pelbagai variasi tona warna bedak asas untuk disesuaikan dengan semua jenis tona warna kulit , beserta shade finder yang ekslusif .  Secara tidak langsung ia cuba mendidik pelanggan satu ilmu baru yang harus mereka pelajari sebelum membeli.

Beliau percaya bahawa setiap wanita, dilahirkan unik – dengan tona warna kulit dan undertone yang berbeza antara satu sama lain, jadi mengapa mengehadkan pilihan yang ada dengan menawarkan produk yang hanya bertumpukan kepada golongan tertentu sahaja.

Bagi anda yang pertama kali ingin menggunakan shade finder seperti ini, saya sangat mengesyorkan agar anda dapatkan konsultasi analisis warna peribadi daripada Perunding Imej dan Warna bertauliah (CPICC, CFIP) terlebih dahulu. Walaupun mungkin anda melihat ini sebagai satu perkara yang remeh (tidak penting) , tetapi manfaatnya sangatlah besar dan bakal mengujakan anda untuk

  1. Anda mula percaya bahawa tiada jalan yang pintas untuk tampil cantik, tetapi dengan sedikit ilmu , segalanya menjadi mudah ,  menjimatkan masa, tenaga dan…
  2. Berjimat lebih ratusan malah ribuan ringgit setahun. Melalui pengalaman peribadi, mengenalpasti undertone seseorang individu bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada pemilihan warna kosmetik, tetapi warna pakaian (termasuk tudung), warna kanta lekap berwarna, pewarnaan rambut, dan pilihan aksesori fesyen.
  3. Rakan-rakan mula menegur dan memuji bagaimana anda semakin kelihatan muda dan lebih anggun bergaya dari tahun-tahun sebelumnya. Ini terjadi kerana padanan tona warna yang sesuai dengan undertone boleh mengurangkan kesan visual penuaan (garisan halus, kedutan di muka) , lingkaran hitam di bawah mata, bayang-bayang juga visual berdagu dua.
  4. Secara kesimpulannya ia membantu dalam mengimbangi warna kulit anda dan mengharmonikan pakaian anda secara keseluruhan. 
  5. Tidak perlu gusar untuk terlalu mengikut trend ,label dan jenama mewah seperti rakan-rakan yang lain. Jika dulu, anda terpaksa berbelanja lebih untuk mendapat tempat ‘di hati’ followers di sosial media, kini dengan ilmu yang anda peroleh, segalanya menjadi lebih mudah , ringkas, dan bijak dalam memilih apa yang sesuai dengan anda, bukan kerana trend semata-mata. 
  6. Aktiviti bershopping kini menjadi singkat (masa) , malah pulang dengan penuh kepuasan dan result yang sangat berbaloi.

Penulis merupakan seorang Perunding Imej , Etiket dan Warna Profesional (UK) , kolumnis di Utusan Malaysia MEGA-Rona dan hos kepada segmen WOW! Apa Kata Wanita RTM TV1. Untuk sebarang konsultasi mengenai imej peribadi anda, atau pertanyaan mengenai program bengkel berkaitan dengan imej dan etiket, sila hubungi Puan Emi Idura di +012-9023625 atau top2toestyliesta@gmail.com.